Since last check up pada Jumaat 12 Feb 2010 aku dah mula merasai apa yg di panggil contraction..doc wat check up seperti biasa..gunakan ultrasound tuk tgk kedudukan baby dan kata doctor memamg perutku dah mula ada contraction..sepanjang minggu terakhir itu aku sering kali berasa kesakitan di pangkal ari2 (di bwh perut)..dan perut pun mengeras lain dari kebiasaan..mengeras dengan sedikit rasa sakit..aku n hb menantikan waktu 'kemuncak' sakit tu setiap hari dengan penuh debaran..dalam minggu tu jugak sebelum tido hb akan tanya kalau2 bb dah nak keluar..hehe..
Sampai la pada hari Jumaat 19.02 .2010..kira-kira jam 1 pagi aku terjaga kerana terasa sakit perut yang agak kuat..cuba kejutkan hb..tapi dia dah tidur mati aku pulak tak berdaya nak gerakkan badan..tapi yang peliknya sempat lagi aku tertido sambil menahan sakit..kira-kira pukul 2.45 pagi aku terjaga kerana terasa sesuatu mengalir di bahagian bawah..(censored nih)..apa lagi..dengan kalut aku kejutkan hb..dia lagi la kalut bila tengok yang keluar adalah darah..seperti yang semua sedia maklum 4 sure korang akan amik tau tanda2 kelahiran kalau dah tengah pregnant..dan itu adalah salah satu tanda..pernah aku dengar kata orang2 yang berpengalaman..kalo turun darah tak perlu kalut nak ke hospital coz lambat lagi..tapi kalo turun air ketuban kena segera ke hospital coz risiko untuk baby..tapi bagi hb aku..takde lagi dah tunggu2..dia terus kejut kan mak mertua aku dan bersiap ke hospital..anak sulung la katakan..masing-masing takde pengalaman lagi so better tak buat-buat pandai..kitorang pilih jalan selamat..iaitu terus ke hspital
Sampai di KMC (Kuantan Medical Centre) kira-kira pukul3.30 pagi..nurse terus bawa aku ke labour room kerana tiada bilik wad biasa yang kosong waktu itu..so nurse yang bertugas periksa bukaan rahimku..tapi hampa..lansung takde bukaan tapi memang ada darah..tambah debaran aku..aku minta tuk pulang coz selalunya anak sulung ambil masa yang lama..tapi bila wat ujian CTG tuk periksa denyutan jantung bb dan tahap contraction nurse bagi tau yang aku tak boleh keluar coz contraction terlalu tinggi..mengikut mesin tu dalam bacaan antara 80-90....alat pengesan jantung baby (CTG) tuh di pasangkan di perutku untuk memantau tahap contraction dan denyutan jantung bayi dan nurse mengarah kan suamiku untuk membawa masuk baranga bayi supaya dapat di persiapkan untuk kelahirannya nanti..aku sangat2 la berharap pada waktu ini supaya aku di permudahkan untuk melahirkannya dan tidak mengambil masa yang lama..
Kira-kira pukul 5 pagi kami di tempatkan di wad biasa..aku dan suami lansung tidak dapat melelapkan mata tapi aku takde pulak merasakan kesakitan..Pukul 9 pagi doktor datang untuk sekali lagi periksa jalan..kali ni ada perubahan walaupun sedikit..bukaan hanya 1cm..doktor menasihatkan aku untuk berjalan2 sekiranya masih lagi mampu untuk membantu bukaan..ya memang aku mampu kerana sehingga waktu itu aku tidak merasakan kesakitan yang kuat dan aku lakukan apa yang di nasihatkan doktor..pukul12.00tgh hari doktor cadangkan untuk induce supaya bukaan lebih cepat..waktu tu aku masih lagi tidak berasa sakit yang kuat dan nurse sempat mengingatkan aku 'kalau dah induce awak dah tak boleh senyum2 macam ni'..selepas di induce pada pukul 12.45tengah hari aku perbanyakkan berjalan lagi di sekitar wad dengan harapan jalan cepat terbuka..3.30 petang bermula la episod kesakitan aku..mungkin kerana induce..kesakitan yang teramat kuat dan tidak berhenti aku rasakan..di tahap ni aku bukan aje tak mampu tersenyum malah dah tak mampu nk berjalan..kesakitan yang teramat sangat pada bahagian perut dan pinggang..waktu ini lah aku minum segala jenis selusuh sebagai usaha untuk di permudahkan..aku hanya mampu menahan kesakitan di atas katil..tak pernah lepaskan bacaan yang sepatutnya untuk memudahkan perjuangan aku pada hari itu..hb pun tak tinggalkan aku..sentiasa menggenggam tangan aku dan gosokkan badan aku setiap kali kesakitan menyerang..waktu itu aku betul-betul perlukan dia dan syukur kerana dia sentiasa berada di samping aku (thanks abang). Kerana contraction yang kuat dan aku dah tak berdaya tuk menahan doktor berikan suntikan ubat tahan sakit pada pukul 4.30 ptg..kata nurse 'ubat ni ada tiga kesan samaada tak berkesan means still rasa sakit yang sama, sakit dapat dijarakkan atau mungkin juga dapat percepatkan bukaan'..untuk aku..kesan ubat itu membuatkan aku tetap merasai kesakitan tapi kesakitan itu dapat di jarakkan..kalau sebelum itu sakit tanpa henti setiap saat..selepas di masukkan ubat tahan sakit, kesakitan hanya setiap 5minit sekali..dan pkul6.30 ptg bukaan dah 3cm..jadi doktor arahkan tuk masuk labour room..belum sampai setegah jam di tolak masuk ke labour room air ketuban aku pecah dengan sendiri kira-kira pukul6.58..tak berkesempatan aku nak tengok macam mana rupa air ketuban..hanya hb yang dapat melihat kerana aku dah terbaring di atas katil dengan di pasangkan CTG di perut ku..ermm..bila air ketuban dah pecah..kesakitan yang aku rasakan adalah 10kali ganda dari kesakitan sebelumnya..terasa ada 'sesuatu' yang menolak2 bahagian bawah ku sampai aku rasa hendak pecah..Tuhan saja yang tahu kesakitan tu..setiap kali sakit aku akan beritahu pada suamiku 'abg..ima sakit'..dia hanya mampu katakan 'sabar'..sebelum aku melalui perkara ini aku pernah membaca cerita pengalaman bersalin dari blog seseorang..betul la kata orang..tak perlu tanya macam mana rasa sakit nak bersalin sebab korang hanya akan tahu bila korang rasakan sendiri..cerita takkan dapat menceritakan kesakitan itu..dan aku percaya setiap orang merasakan kesakitan yang berlainan..tapi jangan risau atau takut kerana ALLAH anugerahkan sesuatu yang sangat berharga untuk setiap kesakitan itu..

Ya ALLAH besarnya dugaanMu..sejak 6.58 ptg air ketuban pecah dan bukaan aku hanya 5cm..tiba-tiba doktor menasihatkan untuk aku dibedah kerana denyutan jantung bayi semakin lemah sedangkan bukaan baru 5cm..aku menangis kerana setelah separuh jalan aku mengharapkan kelahiran secara normal selepas merasai segala kesakitan akhirnya ia terpaksa berakhir dengan pembedahan..lama menanggung kesakitan itu..agak kecewa bila doktor membebritahu bahawa bukaan belum sepenuhnya..walhal dah beberapa kali aku memberitahu suamiku yang aku dapat rasakan seperti kepala baby dah nak keluar..tapi nurse tak mengizinkan aku untuk push selagi bukaan belum 10cm..setelah lama bertarung nyawa..namun aku redha kerana bimbangkan keselamatan bayi yang telah aku kandungkan selama 40 minggu..aku pandang mata suamiku..dia hanya mampu katakan 'sabar'..cepat2 aku lupakan kesedihan dan minta percepatkan proses itu..setiap masa aku bertanya bila akan di bawa ke OT (operation theater)..
Pukul10 malam aku di bawa ke OT dengan iringan doa seluruh ahli keluarga yang telah berada di hospital sejak petang lagi..Alhamdulillah..hari yang panjang dan memenatkan..akhirnya berbaloi juga setelah bayi aku lahir pada pukul 10.19malam 19 Februari 2010..bila doktor mengeluarkan dia dari perutku dan tunjukkan hanya kemaluannya pada aku..air mata bergenang tanda syukur yang tidak terhingga..pada waktu itu aku di bius separuh badan..doktor sempat memberitahu sesuatu terjadi kepada telinga anakku semasa aku di bedah tetapi aku tidak dapat memberikan respon kerana padaku anakku keluar dengan sempurna dan selamat sudah memadai..aku bersyukur..doktor memberitahu bahawa dia akan menejelaskan keadaan telinga anakku kepada suamiku..keluar dari OT aku menangis lagi bila menerima kucupan tahniah dari suamiku..detik ini takkan pernah aku lupa selama-lamanya..bertambah sebak melihat wajah2 orang yang aku sayangi menunggu aku dengan penuh sabar..terim kasih kepada semua..ahli keluarga aku dan suami..terima kasih kepada sahabat yang paling aku sayangi, Zima kerana turut berada di luar OT menunggu aku keluar..bila terpandang zima mengalir lagi air mata aku sampai kan nurse panik..dia ingat kan aku sakit..
Sehingga ke hari ini rasa sebak masih lagi ada..setiap kali teringat kan proses yang aku lalui dan setiap kali melihat wajah anakku yang di beri nama Faris Amsyar bin Mohd Fakhrurazi air mata ini akan bergenang..aku masih lagi tertanya2 di mana kesilapannya sehingga aku tak dapat melahirkan Faris secara normal walaupun bukaan dah pun 5cm..doktor memberitahu kerana telinga Faris tersangkut di bahagian pelvik menyebabkan denyutan jantung nya semakin lemah..kata doktor kedudukan rahim aku sedikit senget mungkin kerana faktor kedudukan aku sepanjang menahan sakit..aku sentiasa mengiring kerana kata nurse yang menjaga aku..mengiring dapat mengurangkan sikit rasa sakit..mungkin dek kerana kedudukan itulah rahim aku turut menyeget..walau apa pun aku terima semua ini sebagai dugaan dari ALLAH..ALLAH berikan aku kedua2 nya..aku dapat rasai kesakitan untuk bersalin secara normal dan melalui proses kelahiran cara c-sar..aku redha...mungkin dengan kesakitan ini akan membuatkan aku lebih tabah dan menjaga amanah Mu ini dengan sempurna untuk menjadi seorang hamba yang beriman.
Pertama kali menatap wajahnya..ibu bersyukur dapat melahirkan Faris ke dunia ini..semoga Faris menjadi anak yang soleh..
Anak ibu dan ayah..
Faris Amsyar bin Mohd Fakhrurazi
Lahir pada 19.02.2010
Jam 10.19 malam
@ Kuantan Medical Centre
Berat 3.06kg
Tinggi 49.5cm
0 comments:
Post a Comment