demi masa..huhu
banyak sungguh perkara yang perlu di setelkan sebelum tibanya masa bercuti yang panjang untuk ibu..baru semalam ayah luahkan rasa penat dia 'hari cuti kita lagi penat dari hari bekerja'..ermmm memang pun..ayah cuti just hari sabtu dan satu-satunya hari yang ibu dan ayah gunakan sepenuhnya (dari awal pagi sampai malam) untuk selesaikan bermacam2 urusan sebelum sepenuhnya masa kami di gunakan untuk jaga sayang nanti..kalau hari biasa memang tak sempat nak buat apa2 memandangkan ayah balik dari kerja pun dah hampir waktu magrib..ermmm
selepas subuh..
ayah akan ke taman bandar untuk bersenam..sebelum ini ibu akan temankan tapi semalam udah tidak mampu nak temankan coz kaki ibu bengkak dan sangat la sakit bila nak berjalan (dah semingu kaki membengkak)..so ayah kasi ibu rest kat rumah jek
lepas tu pergi ke KMC tuk check up baby..sekarang dah setiap minggu kena check up..dah 38 minggu ( baby masih selesa di dalam)..check baby hari sabtu coz ayah pun nak 'jumpa' baby..
then, mesti pergi cari barang2 untuk rumah..ayah tengah berusaha supaya rumah kita setel hujung bulan ni..sekarang wiring in progress..semua kipas n lampu yang nak di pasang dah di beli..semalam sudah setel beli cat dan tempah langsir..fuuhhhh...kiranya semalam last thing in our list yang nak di setelkan..buat masa sekarang semua persiapan basic jek untuk rumah tu coz after bb lahir masih belum tinggal kat situ..just siapkan rumah supaya boleh pindahkan barang dari rumah sewa nanti..
selalunya dah dekat magrib baru sampai rumah..lepas tu siap2 untuk balik ceneh lak..ayah tak berani tinggalkan ibu seorang diri setiap ahad..ahad ayah kerja, so sabtu malam mesti balik ceneh..
sebenarnya ayah tak percaya nak tinggalkan ibu seorang sebab ibu akan buat kerja rumah yang semestinya dia tak izinkan ibu buat..huuhhu
so sekarang ibu hanya menuggu masa untuk menyambut kedatangan sayang ke dunia ni..ayah pun dah tak sabar..dulu masa ibu masuk hospital dan di beri 2 kali suntikan matangkan paru2 baby semua orang assume ibu akan lahirkan baby awal..tapi nampaknya bb masih selesa dalam perut..hehe..ibu tak kisah..yang penting bb sihat..semoga masa yang bakal tiba dapat ibu dan ayah hadapi dengan tenang dan segalanya di permudahkan oleh ALLAH s.w.t..
0 comments:
Post a Comment