Saturday, February 27, 2010

Sudah ada blog

Zima menulis blog..berjaya gak akhirnya..so check it out

Pertama Kali

Menatap mata Faris
Pukul 1pagi @ KMC..sejak ibu lahirkan Faris ibu hanya berpeluang tengok anu Faris yang doktor tunjukkan di OT sahaja..selepas di hantar ke bilik dan Faris di bawa ke nursery ayah hanya tunjukkan gambar Faris dari handphone dia jek..ibu betul-betul tak dapat nak tidur dan memaksa ayah bawakan Faris..Alhamdulillah dapat tengok anak ibu..ibu sebak..menangis dalam hati dengan senyum di bibir

Faris senyum
ibu baru jek angkat Faris dari bb cot..Faris senyum pada ibu dengan mata terbuka..mata kita bertentangan..ibu ingat lagi..25 feb 2010 pukul 11.30mlm..sayang anak ibu

Ibu cuci popoo Faris
Selepas seminggu ibu lahirkan Faris baru la ibu berpeluang cuci popoo Faris..huhu..sebelum ni semuanya ayah yang uruskan..tapi kebetulan pada hari ke 7 itu hanya ibu dan Faris di rumah..

Ibu susukan Faris
Hari ke2 Faris lahir ke dunia ni ibu dah ajarkan Faris untuk menyusu..sejak dari awal kehamilan ibu dah tanamkan tekad hendak susukan Faris dengan susu ibu..i'ALLAH selagi ibu terdaya..ibu akan berikan Faris hak Faris tuk menyusu sepenuhnya..banyak yang ibu nak kongsikan tentang 1st time breastfeeding ni..so ibu akan buat satu entry khas tuk topik ini nanti

Faris tido lena malam
26hb Feb..selepas seminggu..mungkin Faris baru jek dapat biasakan dengan keadaan sekeliling..malam tadi Faris baik sangat..bangun untuk menyusu dalam pukul 1.30pagi..ibu susukan Faris selama sejam..lepas menyusu Faris merengek-rengek..ibu ingatkan Faris belum kenyang rupa-rupanya anak ibu popoo..ibu cucikan dan Faris tido semula hampir pukul3pagi..selepas itu Faris hanya terjaga pukul6 pagi..baik sungguh anak ibu..berbanding sebelum ini setiap jam Faris terjaga sampai ibu dan ayah tak dapat tidur malam..

Ayah mandikan Faris
Pulang dari KMC pada hari Ahad 21 Feb 2010..ayah mandikan Faris petang tu..ayah memang bagus(hehe..kembang la kalau ayah baca nih)..ayah belajar cara nak mandikan Faris masa Faris di nursery lagi..ayah request nak belajar dari nurse yang jaga Faris..sebelum ni dah pergi kursus tapi tengok cara mandikan anak patung jek..hehe..semuanya ayah yang uruskan..tiada lagi yang petama kali untuk ibu..belum berpeluang..i'ALLAH ibu sihat nanti ibu akan mandikan Faris pulak

Tali pusat Faris tanggal
Pagi tadi masa ayah nak mandikan Faris..alhamdulillah dah tanggal tali pusat pada hari ke8..ayah lambat sangat bawa FAris ke toilet pagi tadi sampai Faris sempat 'menyirami' ayah dengan air suci Faris..huhu..nakal anak ibu

ini baru permulaan setelah 8 hari Faris melihat dunia..ibu percaya selepas ini lagi banyak perkara yang akan buatkan hari-hari ibu dan ayah lebih berharga, bahagia dan bermakna..akan ada pelbagai lagi memori indah yang Faris akan tinggalkan dalam kotak memori ibu dan ayah sepanjang membesarkan Faris..dan itu bermakna bertambah lah lagi coretan dan nukilan ibu tentang Faris dan keluarga kecil kita..ibu doakan anak ibu akan menjadi anak yang soleh..sentiasa di berkati dan di murahkan rezeki..Thank You ALLAH for this perfect life...


Tuesday, February 23, 2010

Perjuangan untuk sebuah kelahiran

Since last check up pada Jumaat 12 Feb 2010 aku dah mula merasai apa yg di panggil contraction..doc wat check up seperti biasa..gunakan ultrasound tuk tgk kedudukan baby dan kata doctor memamg perutku dah mula ada contraction..sepanjang minggu terakhir itu aku sering kali berasa kesakitan di pangkal ari2 (di bwh perut)..dan perut pun mengeras lain dari kebiasaan..mengeras dengan sedikit rasa sakit..aku n hb menantikan waktu 'kemuncak' sakit tu setiap hari dengan penuh debaran..dalam minggu tu jugak sebelum tido hb akan tanya kalau2 bb dah nak keluar..hehe..

Sampai la pada hari Jumaat 19.02 .2010..kira-kira jam 1 pagi aku terjaga kerana terasa sakit perut yang agak kuat..cuba kejutkan hb..tapi dia dah tidur mati aku pulak tak berdaya nak gerakkan badan..tapi yang peliknya sempat lagi aku tertido sambil menahan sakit..kira-kira pukul 2.45 pagi aku terjaga kerana terasa sesuatu mengalir di bahagian bawah..(censored nih)..apa lagi..dengan kalut aku kejutkan hb..dia lagi la kalut bila tengok yang keluar adalah darah..seperti yang semua sedia maklum 4 sure korang akan amik tau tanda2 kelahiran kalau dah tengah pregnant..dan itu adalah salah satu tanda..pernah aku dengar kata orang2 yang berpengalaman..kalo turun darah tak perlu kalut nak ke hospital coz lambat lagi..tapi kalo turun air ketuban kena segera ke hospital coz risiko untuk baby..tapi bagi hb aku..takde lagi dah tunggu2..dia terus kejut kan mak mertua aku dan bersiap ke hospital..anak sulung la katakan..masing-masing takde pengalaman lagi so better tak buat-buat pandai..kitorang pilih jalan selamat..iaitu terus ke hspital



Sampai di KMC (Kuantan Medical Centre) kira-kira pukul3.30 pagi..nurse terus bawa aku ke labour room kerana tiada bilik wad biasa yang kosong waktu itu..so nurse yang bertugas periksa bukaan rahimku..tapi hampa..lansung takde bukaan tapi memang ada darah..tambah debaran aku..aku minta tuk pulang coz selalunya anak sulung ambil masa yang lama..tapi bila wat ujian CTG tuk periksa denyutan jantung bb dan tahap contraction nurse bagi tau yang aku tak boleh keluar coz contraction terlalu tinggi..mengikut mesin tu dalam bacaan antara 80-90....alat pengesan jantung baby (CTG) tuh di pasangkan di perutku untuk memantau tahap contraction dan denyutan jantung bayi dan nurse mengarah kan suamiku untuk membawa masuk baranga bayi supaya dapat di persiapkan untuk kelahirannya nanti..aku sangat2 la berharap pada waktu ini supaya aku di permudahkan untuk melahirkannya dan tidak mengambil masa yang lama..

Tuesday, February 9, 2010

pot pet bersama hubby

sejak 2 menjak ni perasaan n persiapan menjadi parent makin terasa..huhu..teruja n tertunggu2 saat yang bakal mengubah hidup aku n hubby selepas ni..sure pas ni lagi busy dari sekarang..dah takleh tido suka suki ikut time sendiri..si kecik yang akan tentukan waktu tido ibu n ayah dia pasni..ayah pun??sure la ayah pun terlibat..mana leh ibu berjaga tapi ayah tido..hehe..tapi kalo waktu ibu cuti n ayah kerja aku leh consider..jangan risau sayunk..ima akan jaga gak kebajikan abang~~~huhu

teringat beberapa topik (cheewah) perbualan aku n hubby semenjak pregnant ni..(walaupun dah ingat2 lupa dialog sebenarnya)

paling aku ingat sebab baru jek berlaku semalam:

me: abg tau tak, tak boleh letak gula or garam dalam makanan baby?
hb: tau..(yakin jek jawab..tapi aku rasa secara kebetulan tekaan tu tepat..kui2..tul tak abang?)
me: so nak letak apa kalo nak kasi ada rasa masin2 sket?
hb: letak kentang..
me: hah??kentang masin ke??(aku terus sembahyang n suh hb pk jawapan..berusaha dia bagi jawapan walaupun aku dah angkat takbir..saja nak kacau la tuh)
hb: (tengah2 sembahyang aku dengar dia jawab) letak t*** hidung
me: (siap jek sembahyang) cess..ima dengar..ima tak nak bagi abang jaga anak..hahaha (kantoi tak khusyuk)

**hampeh tul...

ada satu masa tu aku cerita sal EBM (susu perahan)..tiba-tiba..
hb: kalau kasi bb susu tu letak nestum atau makanan lain dalam botol tu la eh?
me: eh mana ada..baby sebelum 6bulan mana makan pape lagi selain susu ibu jek..kalo dah isap susu ibu minum air masak pun tak perlu dah la abang..(adeii)
hb: ooww...

hehehe...sesungguhnya hb aku ni sangat la bersemangat untuk menjadi seorang ayah..dah berkali2 dia cakap 'abang akan jadi ayah yang terbaik'..tapi di sebabkan kekangan masa tak sempat nak menambah pengetahuan melalui pembacaan..sebab tu la aku selalu bawa topik2 yang perlu sebelum tido..hehe..sharing is fun kan??

dah habis pot pet malam tadi tiba-tiba aku bagi tau hb, aku teringin nak minum air gas strawberi (apa kes la) ngn buah rambutan..haha..sibuk berzikir sal buah rambutan sampai tertido..hb aku gelak2 jek..mana la nak cari buah rambutan malam2 ni..aku lak duk sebut2..'ima nak rambutan..nak rambutan gula batu'..hahahha..

nak jadi sentimental sikit..ima sayang bangat kat abang..thanks tuk layanan n kesabaran abang selama ini..luv u..muah2..

Sunday, February 7, 2010

penat mengejar masa

demi masa..huhu

banyak sungguh perkara yang perlu di setelkan sebelum tibanya masa bercuti yang panjang untuk ibu..baru semalam ayah luahkan rasa penat dia 'hari cuti kita lagi penat dari hari bekerja'..ermmm memang pun..ayah cuti just hari sabtu dan satu-satunya hari yang ibu dan ayah gunakan sepenuhnya (dari awal pagi sampai malam) untuk selesaikan bermacam2 urusan sebelum sepenuhnya masa kami di gunakan untuk jaga sayang nanti..kalau hari biasa memang tak sempat nak buat apa2 memandangkan ayah balik dari kerja pun dah hampir waktu magrib..ermmm

selepas subuh..
ayah akan ke taman bandar untuk bersenam..sebelum ini ibu akan temankan tapi semalam udah tidak mampu nak temankan coz kaki ibu bengkak dan sangat la sakit bila nak berjalan (dah semingu kaki membengkak)..so ayah kasi ibu rest kat rumah jek

lepas tu pergi ke KMC tuk check up baby..sekarang dah setiap minggu kena check up..dah 38 minggu ( baby masih selesa di dalam)..check baby hari sabtu coz ayah pun nak 'jumpa' baby..

then, mesti pergi cari barang2 untuk rumah..ayah tengah berusaha supaya rumah kita setel hujung bulan ni..sekarang wiring in progress..semua kipas n lampu yang nak di pasang dah di beli..semalam sudah setel beli cat dan tempah langsir..fuuhhhh...kiranya semalam last thing in our list yang nak di setelkan..buat masa sekarang semua persiapan basic jek untuk rumah tu coz after bb lahir masih belum tinggal kat situ..just siapkan rumah supaya boleh pindahkan barang dari rumah sewa nanti..

selalunya dah dekat magrib baru sampai rumah..lepas tu siap2 untuk balik ceneh lak..ayah tak berani tinggalkan ibu seorang diri setiap ahad..ahad ayah kerja, so sabtu malam mesti balik ceneh..

sebenarnya ayah tak percaya nak tinggalkan ibu seorang sebab ibu akan buat kerja rumah yang semestinya dia tak izinkan ibu buat..huuhhu

so sekarang ibu hanya menuggu masa untuk menyambut kedatangan sayang ke dunia ni..ayah pun dah tak sabar..dulu masa ibu masuk hospital dan di beri 2 kali suntikan matangkan paru2 baby semua orang assume ibu akan lahirkan baby awal..tapi nampaknya bb masih selesa dalam perut..hehe..ibu tak kisah..yang penting bb sihat..semoga masa yang bakal tiba dapat ibu dan ayah hadapi dengan tenang dan segalanya di permudahkan oleh ALLAH s.w.t..


Monday, February 1, 2010

biSikan seOrang ibu..

weekend yang lepas ibu makan di kedai makan kawan kepada ayah ibu.tauke kedai yang ibu panggil pakcik nan sempat berikan satu nasihat berguna untuk bakal ibu..katanya..

pakcik nan: ini ada nasihat dari orang2 alim..tak selalu orang beritahu perkara camni..tapi memang elok di amalkan..bila bb lahir nanti, doktor akan letak baby di dada ibu kalau ibu masih sedar..so kalau ada kesempatan..bisikkan di telinga anak tiga kepakaran yang kita harapkan untuk anak..
aku: oww..kepakaran camne ek?
pakcik nan: kalau nak anak jadi pakar dalam matematik ke, fasih baca al-quran or pakar dalam bahasa arab..bisikkan di telinga dia..sebelum dia dengar benda lain..(means supaya bisikan dari kita jadi yang pertama di dengari oleh baby)

ok..menurut pakcik nan lagi..kalau ibu tak mampu buat..ayah boleh buat masa nak azankan anak..i'ALLAH itu akan menjadi doa seorang ibu / bapa untuk anaknya yang baru di lahirkan..dengan niat kerana ALLAH s.w.t..berkat doa n didikan kita, semoga anak-anak kita menjadi penegak agama dan bangsanya..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang