Thursday, March 1, 2012

Hobi Baru Saya (by Faris)

Salam..

Hai kawan-kawan ibu....

Sekarang saya ada hobi baru, memandangkan ibu selalu nasihatkan supaya saya jadi abang yang baik, good boy, dan tolong ibu. So saya biasakan diri dari sekarang untuk berdikari, harapan saya supaya ibu nanti leh goyang kaki jaga adik dengan tenang..=)

Nak tau apa hobi baru saya??


inilah dia..saya suka basuh kenderaan saya sendiri..tiap petang, bila ibu sampai di rumah, saya akan minta izin tuk basuh basikal saya ni..tapi saya sedikit kecewa kerana ibu tak pernah kasi saya basuh kereta merah kesayangan saya. Katanya takut kereta rosak kena air..tapi ayah selalu je basuh kereta dia,tak pernah pulak saya tengok ibu halang ayah..ermmmm..


 Saya jugak dah belajar basuh pinggan sendiri selepas makan, selain pinggan, cawan dah botol susu pun saya akan basuh sendiri. Tapi saya masih tak faham kenapa kadang-kadang ibu kata, 'abang tak payah nak buat semua, ada yang abang boleh buat, ada yang ibu kena ibu'..apa maksud tu?

 kawan-kawan, gambar saya basuh cawan takde..nak basuh botol susu selalu 'berperang' dulu dengan ibu, sebab ibu malas dukung saya di sink..berat katanya..Tapi, thanks kepada ayah coz dah pasang pelapik tahan licin tu di bilik air, kurang lah risiko tuk saya jatuh kan?Bertambah semangat saya masuk toilet tuk membasuh..

hah kawan-kawan, selain basuh pinggan dan kenderaan, saya pun dah pandai basuh baju sendiri, nampak berus dalam gambar tu? itu berus yang saya selalu gunakan untuk memberus baju saya. Kalau pasal basuh baju, ibu tak pernah halang, ibu siap kasi saya sabun lagi..saya suka dapat ringankan beban ibu..

Kalau tak dapat basuh baju, saya akan berus apa sahaja yang ada dalam toilet tu, baldi, botol yang dulunya ibu letak ikan saya or pelapik lantai..:)


***********************************************************************************

Agaknya inilah kata hati anakanda kan?huhu
Ibu agak pening kepala dengan hobi baru dia nih, semua benda dia nak buat sendiri. Sekarang bekas air masak pun dah di letakkan di kawasan senang capai, coz dia suka nak ambil air sendiri. So setiap kali sampai rumah, adalah pertanyaan si kecik ni 'sayang..sayang nak air?abang ambilkan ye' (anakanda yang romantik).Yang paling tak 'menahan' kalau dia minta nak bancuh susu sendiri, botol pun nak basuh sendiri. Serius pening, sebab nanti akan tambah kerja ibu. Kerja nak angkat dia di sink, kerja nak lap tumpahan susu dia..huhu..Tapi tak boleh mengeluh lah kan? Allah dah makbulkan doa ibu supaya abang menjadi anak dan abang yang baik..=). Semoga kerajinan anakanda berterusan sehingga ke dewasa. 

Rutin menjaga jadual makan ubat ibu pun anakanda yang handle, hari-hari dia akan ingatkan n berikan ubat ibu..:)

Ibu sayunk abang, ibu sayunk ayah dan adik juga..:)

Thank you ALLAH

p/s: kebelakangan ni selalu terbaca entry kwn2 blog yg menceritakan ada pembaca yang tak suka dengan cerita hepi dalam blog diorang..ermm..knapa ye ada yg berperasaan camtu?tak elok kan camtu?harap korang yg sedang membaca tu semuanya berfikiran positif untuk setiap cerita dlm blog ni k. peace no war

Tuesday, February 28, 2012

7months pregnant

Salam...

Tadaaaaa...


Huhu..mulakan entry dengan wajah ceriaku..ahaks..ceria la sangat..bibir sangat kering gara-gara gatal nk ber'lipstik'..dari dulu lagi kalau pakai lipstik bibir akan mengering..so memang takleh nk melaram dengan bibir merah/pink..hehe..

******************************************abaikan************************************
Alhamdulillah...7 bulan sudah...

Dulu masa pregnant Faris, 7bulan still dengan baju kurung, still muat dengan baik, sekarang tidak lagi..hohoho..masuk 6bulan pun dah tinggal beberapa pasang je baju yang masih muat di pakai. Bila dah penghujung 6bulan, bagaikan kata pepatah 'tak sedap' mata memandang, sendat perut yang memikul'..hehe. So kompemlah bila dah masuk 7bulan semua baju kurung dah boleh masuk ke barisan belakang almari..Kebetulan semalam baru mengemas almari baju bersama hero-hero tersayang.

Pagi tadi dah pergi check up baby bersama ayah..ibu hepi coz terselamat daripada kena minum air gula..Last check up, berat naik mendadak (6bulan naik 10kg), menyebabkan nurse minta ibu minum air gula. (tuk kesan kemungkinan kencing manis) tuk next appointment. Tetapi ibu dengan bijaknya, skip check up minggu lepas..ngeh2..So bila pagi tadi datang, berat turun 1kg, maka dengan itu terselamatlah kita (ibu n baby) dari air gula tu. Don't worry, ibu tak 'tahan makan' or diet, just kurangkan aiskrim magnum dan ayah perlu banyakkan outstation..hehe

Nama baby?sampai sekarang gelarannya still 'anak ibu' or 'adik'..sama juga dengan Faris, sentiasa berbeza pendapat dan minat bila mencari nama anak ibu..Kami sedang berusaha..dont worry, ayah tak banyak masa, sure nanti bila sampai masa adik nak keluar, dia akur je dengan pilihan nama ibu..:)

terasa masa sangat pantas berlalu....jaga diri baik2, main baik2 dalam perut ibu ya sayunk...love u so much... 

p/s: Di sebabkan hari ini berat dah turun, n baby sihat so ibu reward baby dengan aiskrim magnum kegemaran ibu baby..

Wednesday, February 22, 2012

Breastfeeding journey n weaning off process

Salam..

Apa eh istilah graduation Faris untuk penyusuan?hehe..Walau apapun istilahnya, Alhamdulillah anakanda dah genap 2 tahun, walaupun sudah pun merasa FM sebelum usia 2 tahun, tapi sehingga sekarang Faris masih lagi melekap dengan ibu..

Alhamdulillah tuk nikmat ALLAH, memberikan keizinan kepada ibu menyusukan Faris secara eksklusif (penyusuan susu ibu tanpa makanan lain termasuk air masak) selama 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sepenuhnya sehingga usia 1 tahun 6 bulan, sebelum belajar menerima susu lain coz ibu sudah berhenti mengepam. 

Cabaran
Kalau nak di imbas, memang banyak dugaan dan cabarannya. Kehabisan stok EBM, kurangnya hasil mengepam dan kekangan masa untuk mengepam..semua tu dugaan kecil yang sudah pun ibu lalui. Kenapa ibu katakan kecil?coz ibu boleh melepasi semua saat-saat tu, so insyaALLAH semua orang boleh menghadapi perkara seperti itu dengan mudah. Tertekan? kompem la kan..kalau tak percaya cuba baca kisah panik ibu ni dan yang ni. Apa pun, semoga dengan segala rintangan yang sudah ibu hadapi sepanjang menyusukan Faris, perjalanan penyusuan anak ke2 ibu akan terasa lebih mudah dan dapat mencapai 2tahun BF sepenuhnya.insyaALLAH..hehe

Cubaan 'weaning off' kerana pregnant
Entry ni ibu buat coz ramai yang bertanya tentang cara ibu berhentikan BF faris. Sepanjang 2 tahun ni, Faris hanya ditinggalkan tanpa neneng selama 9 hari sepanjang ibu berkursus pada Disember lepas, niat asal nak menggunakan masa berpisah tu sebagai cara tuk weaning off, tapi tak tertanggung rasa kerinduan dan kesedihan tuk berpisah susu..huhu..(tak besedia sebenarnya). So bila berjumpa dan Faris minta neneng (walaupun dengan muka malu-malu) ibu terus berikan. So sehingga sekarang masih lagi menyusu. Bezanya, dia tak perlukan candunya selepas waktu tidur, means malam dia akan tidur nyenyak tidak lagi terjaga untuk minta neneng sehingga pagi

Cara BUKAN PILIHAN 
Cara yang ibu senaraikan ni antara cara yang pernah ibu dengar:
i. Menyapu nipple dengan perasa yang kurang enak, contohnya: minyak cap kapak dan garam
ii. Jampi pisah susu
iii. Pertolongan bomoh

Ibu bukan senaraikan ikut apa yang terpikir, tapi ada antara 3 senarai itu yang di cadangkan kepada ibu dan sebahagiannya pula yang di amalkan oleh orang-orang terdekat. Ada seorang ibu yang buat cara ni dan beritahu ibu untuk JANGAN lakukan kesalahan yang sama seperti dia. Menyesal katanya, coz hasilnya anak seolah-olah merajuk, langsung tidak mahu bermanja dengan ibunya. Pada pendapat ibu, seperti mana kita mengajar anak-anak mengamalkan sesuatu, kita juga perlu bersabar untuk mengajar dia meninggalkan amalan biasa dia. Kejam dan sangat salah sampai mencari bomoh semata-mata tuk weaning off (tak pernah kenal mana-mana bomoh..huhu).  Sebab itu, cara yang di atas bukan pilihan ibu, ibu biarkan ia berlaku dengan sendiri secara natural. 

Mengajar Faris
Cara ibu dengan Faris, oleh kerana anakanda sudah pandai berkomunikasi dan boleh faham dengan setiap arahan dan kata-kata ibu, so ibu buat secara lisan. Setiap kali Faris nak neneng, ibu akan katakan 'neneng ibu sakit', itu cara ibu. Anakanda sangat memahami, minta nak tolong ubatkan lagi dan ayat kebiasaannya 'nanti baik ya' or 'nanti malam baik ya bu'. So bila malam dia minta ibu akan kasi. Sekurang-kurangnya ibu dapat kurangkan sedikit waktu kebiasaan dia untuk neneng. Selain daripada cara alihkan perhatian dia dengan aktiviti lain seperti aktiviti 'berkuda' dengan ayahnya (ayah jadi kuda, Faris panjat belakang..huhu).  Bila dia terlalu kusyuk menyusu, cara untuk hentikan ibu akan katakan 'neneng ibu sakit' or 'ibu nak g toilet', alhamdulillah anakanda terus lepaskan neneng..:). Setiap kali menyusu ibu akan bisikkan pada dia, lepas ni susu kena share dengan adik tau. Ibu tak sampai hati nak cakap 'susu adik punya' risau kalau anak yang sudah memahami tu akan kecil hati, semua hak dia di rampas..huhu. 

Respon Anakanda
Kadang-kadang anakanda akan buat tunjuk perasaan, mengamuk bila tak dapat neneng, or menangis tanpa henti  bila terjatuh. Semua tu sebab nak menarik perhatian ibu atau meraih simpati supaya di berikan 'upahnya'. Ibu ikut situasi, kadang-kadang bila badan tengah penat, malas nak melayan kerenahnya ibu berikan supaya dia senyap. Tapi kekadang, minta ayah alihkan perhatiannya.

Pada yang bertanya dan yang minta pendapat, itulah cara ibu, yang ibu amalkan setakat ni., mungkin bukan cara yang terbaik dan mungkin tidak sesuai dengan semua ibu, so tapislah mana yang patut..:)..Alhamdulillah  untuk ibu, dalam 27 minggu mengandung dan menyusukan Faris, kesihatan baby dan ibu tidak pernah terganggu. Semoga ALLAH terus memberikan nikmat kesihatan ini kepada kami dan mempermudahkan segalanya demi kedua-dua anak ibu.

Bagi pembaca lain, entry ini bukan untuk mengajar, just sharing cara dan pendapat sahaja k..Maaf sekiranya ada penulisan yang membuatkan anda berkecil hati..peace no war..hehe

Untuk ibu-ibu lain mungkin di sini ada fakta yang boleh membantu anda..SILA KLIK http://sajirahazlan.blogspot.com/2012/02/panduan-menceraikan-susu-ibu.html
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang