Friday, February 10, 2012

Mood dan Masa

Salam..

Lama tak menjengah blog dan kawan-kawan..di sebabkan oleh:

mood menaip dan mengadap lappy yg sangat merundum..

dan

kekangan masa..di sebabkan kelas dah bermula dan 4 hari seminggu adalah waktu untuk kelas, so baki sehari bekerja adalah untuk menyiapkan kerja dan persiapan kelas. Maka agak sukar mencari waktu untuk bercanda dengan blog kesayangan..:)

Doakan kesihatan ibu dan anak ini ye..dah 6bulan +, semakin menembam dan semakin berdebar..hehe..

Thursday, January 26, 2012

CNY @ Waterfall

Salam..

Tahun ni kami 'beraya' di kampung. Sepanjang cuti (weekend + CNY) di habiskan bersama keluarga ibu dan ayah secara bergilir. Syukur bertemu jodoh dengan orang dekat, tak perlu berebut untuk tentukan 'turn' balik kampung..hehe..

Banyak cerita dan gambar tersimpan dalam lappy, ntah kemana semangat menaip dan mengarang ibu. Semangat 'upload' gambar pun nampaknya semakin pudar..huhu..So sementara 'rajin' masih bercebis ni, ter'update' juga lah blog ni..Just berkongsi cerita 'sambutan' CNY kami. Kami bercuti bersama keluarga nenek (ibu kepada ayah) di Waterfall Panching, Kuantan. Cerita banyak tadak guna..jom tengok gambar..hehe

 Anak ibu panaskan badan kejap, sampai dah menggigil berendam


 Faris dan sepupunya, Aqila..seronok main dalam 'kolam' ciptaan diorang..huhu

 Nenek pun join berendam..kawasan ni airnya memang cetek, sesuai untuk kanak-kanak

 Kurang sebulan je lagi anakanda genap 2 tahun..terasa anakanda terlalu cepat membesar..:)

 Praktis beranak dalam air..huhu..



 2 beradik, Azer dan Aqila..seronok main pasir

 Kami berempat..ibu yang semakin tembam..hohoho

Antara yang join 'family day' kecil-kecilan..huhu..Ayah Chik dan Ayah tak masuk dalam gambar

Waterfall ni bagi ibu memang sesuai dijadikan tempat berkelah sekeluarga, kami sediakan juadah yang simple sebelum ke sini. Sandwich, mi goreng, keropok dan jagung rebus untuk santapan. Semuanya di habiskan dengan jayanya sebelum dan selepas berendam..huhu..Korang perhatikan gambar, nampak waterfall di belakang kami? Sangat syok k mandi manda di waterfall tu, cuma sayang takde gambar di situ. Ibu dah beritahu ayah, nanti kena datang lagi..huhu, memandangkan tempat ni dekat je dengan rumah kami.


Sunday, January 15, 2012

First Night

Salam...

Haishh apa la korang ni..korang tak pikir ibu nak tukar blog ibu-anak ni kepada blog 18sx kan?Huhu

Ini masih lagi cerita anak bujang ibu. Hampir sebulan yang lepas ayah  dan ibu decide tuk set up bilik bujang tuk anakanda..So far, hiasan dinding je yang belum selesai..=)             

Malam tadi adalah malam pertama anakanda di tinggalkan tidur sendirian dalam bilik dia. Sebelum ni ibu dah pernah cuba bawa Faris tidur dalam bilik tu tapi ibu temankan.

Tujuan kami adalah tuk biasakan Faris tidur sendiri sebelum adik 'join the family'..hehe..Sebelum ni Faris tidur dalam bb cot yang kami letakkan dalam bilik kami. So sebelum berlaku rampasan kuasa oleh adik dia, kami berikan sesuatu tuk abang dulu..huhu

 ok tak?impian ibu dan ayah masa kecil tuk abang

 
 lena abang tdo..kul7 pagi dengar dia menjerit 'ibu......'..hehe

 p/s: entry ni ibu tulis semalam..so kelmarin la perkara ni berlaku k..cuma atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, terpaksa tangguh dan publish hari ini..

update status blog: (sejak bila lak blog ada status??huhu)..ibu baru dapat tenaga selepas pitam hari Jumaat lepas, hari ni baru mampu nak berdiri lama dan jalankan tugas di rumah cam biasa..hehe..punca masih belum dapat dikenalpasti sepenuhnya..;p

Wassalam..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang