Friday, September 23, 2011

Perarakan Merdeka

Kenapa lah kebelakangan ni mood menulis menaip semakin jauh belayar???Bulan ni meriah dengan pelbagai aktiviti tapi di sebabkan takde mood nak menaip semua cerita di abadikan dalam gambar aje..hehe..Sure ramai (ramai ke??..haha) yang boring masuk blog ni, takde story baru..huhu..

OK..nak up satu story zaman Tok Janggut, cerita tentang Hari Malaysia dan Sambutan Kemerdekaan yang lalu..Dengan bangganya ibu war-warkan bahawa ibu menjadi peserta perarakan pada hari tersebut..Sambuta untuk peringkat negeri Pahang sahaja..ekekke..dan dengan bangganya juga (tak baik kan?), kontinjen kami memenangi tempat pertama perarakan kategori IPTA..

Jom kita tengok serba sedikit gambar hari kejadian..hehe


 inilah barisan perarakan kami yang gagah dan ayu berkawad pada hari tersebut..di pimpin oleh pensyarah dari program ibu juga, En Mohd Fadzly..hehe


Tetamu terhormat..
    







PLKN berarak sambil menjulang bendera Malaysia..

si comel pun berarak juga..

Ini gambar yang berjaya ayah snap, dapat gambar ibu berkawad dari belakang sahaja..huhu..

gambar seterunya ni adalah dari aktiviti anak dan ayah semasa ibu masih di padang bersedia untuk berarak..hehe

besarnya motor Faris


Serius lak dia..

inilah penambah semangat ibu untuk berkawad..heheh..ayah dan Faris turun padang kasi support.. 
 

 Seronok dapat join perarakan untuk sambutan Merdeka ni, 1st time ni k..Sekarang tengah menunggu bila habuan kemenangan dapat di rasai..hehe..Korang yang tinggal di Kuantan ada yang datang tengok tak?

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday - All About Faris Amsyar



Faris Amsyar..1 tahun 6 bulan..




 Faris batuk + selesema + jangkitan di terlinga..amik nab coz ada kahak dalam paru2..alhamdulillah Faris makin sihat..:)

 yang ni memang favourite..tak perlu suruh coz air memang 'mainan' Faris..:)

selalu tengok ayah cuci kereta, Faris pun nak bersihkan 'motor' Faris..:)

dah semakin cekap membantu ibu dan ayah dalam hal kerja rumah..Faris memang boleh di harap untuk kerja-kerja ringan..

Thank you ALLAH..

Tuesday, September 13, 2011

Beraya di Luar Negara

Salam..

Ada ke antara kawan-kawan yang beraya di oversea tahun ni?kami sekeluarga sempat beraya di luar negara beberapa jam..hehe..jam?pelik tak?pelik tapi benar dan sememangnya tak mustahil k..

Nak tau kemana kami pergi?..kami ke Thailand..hehe

Alkisahnya, pada raya ke3 kami sekeluarga bersama aki, nenek dan adik ayah ke Kelantan melawat saudara mara di sana. Kebanyakan keluarga aki Faris semua masih di Kelantan, negeri asal aki. Perjalanan ke Kelantan pada hari raya sangatlah mencabar, ayah memandu kereta berseorangan, ibu pun rasa kesian coz keadaan jalan yang sesak. Perjalanan pergi kami mengambil masa hampir 12jam hanya dari Kuala Terengganu ke Tanah Merah. Perjalanan pulang pula kami stuck selepas Pasir Puteh selama 5 jam untuk perjalanan sejauh 15km. Terlalu banyak kenderaan punca kesesakan. Ramai pula yang kurang sabar, memotong dari sebelah kiri hinggakan sesak pabila mereka cuba kembali untuk masuk ke jalan yang betul, betul-betul menguji kesabaran, nasib baik anakanda banyak tidur kerana kebosanan.

Pada keesokan harinya (raya ke4) kami ke Mundok Thailand, bukan kerana melawat saudara mara tetapi pergi untuk 'shopping'. Sempadan berdekatan dengan Rantau Panjang juga (sowi, tak tau lokasi sebenar..hehe). Seronok juga ke sana, kerana barang yang di jual sangat murah. Sekilo ikan bilis di sana boleh di dapati dengan harga RM20, kalau di sini ibu beli 100gm pun dah RM3++. Menurut mak saudara yang menjadi penunjuk arah kami, orang tempatan selalu ke Munduk untuk membeli barang keperluan harian. Bagi kami yang first time pergi ni, teruja juga dengan pelbagai barangan lain yang di jual murah, terutamanya tudung. Itu je yang menarik perhatian ibu sebenarnya. Kami hanya berada di sana selama 2 jam. Cuaca sangat panas so tak elok tuk anakanda.

Jom layan gambar

 bot yang membawa kami ke seberang
 Kaya pengusaha bot tu, ramai sungguh orang..

 yang dalam botol tu minyak motor tau..penunggang motor just tuang ke dalam tangki je..hehe..suka lak tengok

 ayah yang pada awalnya cuak tengok bot yang kami bakal naiki. Bot kecil tapi muatannya macam dah terlebih je. Kami tunggu sampai tak ramai orang nak naik baru kami naik..:)


 with ma..ma banyak shopping

Faris suka sangat naik bot..dapat main air, walaupun perjalanan tak sampai 5 minit. Tambang RM1 seorang

Selepas 'beraya' di Munduk, kami beraya pula di Rantau Panjang, cuaca sangat panas, ibu pula terlupa bawa topi anakanda, so belikan topi Bruno ni tuk anakanda..huhu..


wassalam..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang