Friday, September 9, 2011

2 Tahun Sudah

Happy Birthday to you
Hari ini genaplah kamu berusia 2 tahun
Tanpa di sangka 2 tahun lalu pada tanggal yang sama 9 September, kamu wujud dalam hidupku..
Terima Kasih kerana muncul dan menjadi temanku
Semoga segala memori yang ku simpan bersamamu akan kekal hingga ke akhirnya
Agar kau dapat menjadi pencerita aku suatu hari nanti..

::Khas untuk blog ku..ahaks...::

Tak sangka ibu dapat bertahan berblog sehingga ke hari ini. Daripada awal kemunculan dulu hanya 1 entry sebulan, sekarang dah bertambah dan semakin berkembang maju. Walaupun tak berapa maju dan berjaya setaraf dengan blogger-blogger glamour seperti kak wahida da story teller dan punyai ramai follower seperti kak diana senyum sokmo tapi ibu cukup sayaaaaaaaaaang pada blog ini.

Ibu mula berblog semasa mengandungkan Faris, pada masa itu ibu selalu melawat blog ibu-ibu untuk menggali ilmu keibubapaan dan ilmu tentang penyusuan bayi. Blog kak sarah adalah blog pertama yang ibu jumpa dan ikuti sehingga sekarang. Tertarik dengan kemampuan dia untuk menyusukan anak pertamanya dahulu, kemudian ibu jumpa dengan blog lain seperti ummi ummair. Cukup memberikan manfaat yang berharga dalam memastikan ibu berjaya untuk menyusukan Faris dari awal kelahiran. Alhamdulillah..

Blog ini lah yang memperkenalkan ibu kepada kawan-kawan maya ibu seperti kak yus, kak izwa, kak maya, dan ummu Muhammad dan ramai lagi (sorry tak dapat nak type semua) . Walaupun tidak pernah berjumpa tetapi melalui penceritaan dah cukup membuatkan ibu rasa rapat dan menghargai mereka seperti sahabat lain. Sebab itu kalau ibu tiada entry baru, ibu hanya membaca cerita-cerita mereka untuk melengkapkan hari ibu.

2 tahun usianya bersama 102 follower..ahaks..jangan gelak k..secara jujurnya, ibu tidak kisah dengan jumlah follower tetapi yang penting ibu berharap dapat mencatatkan segala kenangan ibu bersama keluarga kecil kita agar suatu hari nanti, Faris dapat membaca semula segala coretan ibu.

Kepada yang sudi follow dan tanpa jemu memberikan komen pada setiap entry ibu di ucapkan Terima Kasih, belum pandai nak buat giveaway tu semua, mungkin akan belajar selepas ini supaya dapat ibu hargai jasa mereka yang sudi menjadi teman tapi mesra ku..hehe

Sekian sahaja ucapan hari jadi untukmu wahai blogku..insyaALLAh kalau ada kerajinan yang lebih ibu akan cuba mengubah rupamu nanti, touch up sikit2..huhu..

wassalam...


eh kenapa masa 1st year dulu takde camni ek?huhuhu...



Tuesday, September 6, 2011

Raya 2011

Tahun ni giliran beraya di kampung ibu..kalau ikut sebelum ini petang raya pertama dah bertolak ke kampung ayah tapi di sebabkan beberapa masalah teknikal..hehe..terpaksa delay balik kampung ayah pada pagi raya kedua..

Bila tengok balik gambar-gambar yang ada, baru perasan gambar raya sangatlah sedikit berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Selepas sembahyang raya kami bersalaman, anakanda agak meragam semasa sesi bersalaman, orang lain tengah salam-salam dia lak tarik ibu masuk bilik nak neneng. Bila lepas bersalaman kami ke kubur arwah mak pula untuk tahlil. Bila kembali ke rumah, saudara mara tak putus datang sampai ke malam. So masa bergambar satu family sangatlah terhad di pagi raya itu sahaja.

Jom layan gambar yang tak seberapa ni...

 lama atuk jaga Faris..thanks n mohon ampun sepanjang setahun lebih atuk menjaga Faris..dapat RM50 dari atuk..ngeh3

anakanda suka sangat pakai baju melayu lengkap ni..tapi selesai bersalam kebocoran pulak, terpaksa basuh seluar dan samping..hehe

 ni yang sedih ni..gambar ibu salam ayah pun takde, gambar Faris dengan ayah yang ni je yang ok..huk..

 anak ibu encem..yang belakang lagi encem..huhu

 nasib baik banyak gambar dengan atuk..sibuk nak masuk jugak 'ball' dia tu..

 anakanda buat 'peace' yang tak berapa menjadi

 bajet nak buat outdoor session..tapi lepas tahlil tuk mak dah tak sempat lak..:(

 adik beradik ibu..tahun depan kemungkinan besar tak dapat bergambar lengkap macam ni coz mumy Faris dah nak kawin..terpaksa pula bergilir dengan ibu beraya di rumah atuk tuk pastikan rumah atuk ada tukang masak..sedeyyyyyyyy
 yang ni lagi frust..satu je gambar family kecil kami...


 encem anakanda ibu..

bermain dengan sepupu...semuanya merah tahun ni..:)

Sekian...

Monday, September 5, 2011

Mise en Place Raya

Salam...

Hari ini kita belajar perkataan baru k..mise en place..asal dari perkataan France, bermaksud preparation atau persediaan..

Huhu..itu dialog kalau nak perkenalkan perkataan tu pada student..mise en place ni selalu di gunakan merujuk kepada persediaan untuk memasak..tapi hari ini penggunaannya agak melencong sedikit..:)

Anyway, gambar raya semuanya guna kamera ayah..hari ni ibu kalut (lambat), so terlupa nak bawa memory card kamera. Kalau tak, dapat layan gambar rayakan?jeles tengok orang lain dengan cergasnya upload gambar raya ..hehe

Takpela..hari ni kita warming up dulu..selepas seminggu meningglkan blog..

Sebagai permulaan kata di bulan September ini...ibu persembahkan...


 Hero aka anakanda ibu..beberapa hari sebelum raya, memperagakan baju melayu pemberian nenek, nenek
jahit sendiri..
bersama cousin..abang iman pun pakai baju nenek jahit..:)



Keluar ke bandar Temerloh tuk last minute shopping barang rumah ,sehari sebelum raya, setelah berpenat lelah mengemas rumah atuk yang hampir setahun di tinggalkan (coz atuk duduk dengan ibu dan Faris di Kuantan)

  Jumpa pulak dengan 'tabung duit' ni..layankan je anakanda nak naik..ball besar, RM5 ibu belikan coz nak kasi berhenti merengek kacau ibu shopping..hehe..

Maka dengan itu, tamatlah kisah sebelum raya kami..insyaALLAH esok sambung cerita raya yang agak luar biasa dari tahun sebelumnya..hehe..

Raya tahun ni berjaya buat kuih sendiri 4 jenis..tat nenas, choc chip, snow almond dan suji..malas nak buat entry coz takde gambar sangat..lagipun saya budak baru belajar..yang penting ibu happy banget dapat beraya dengan gemilang dan terbilang (sempena merdeka) tahun ini selepas sebulan berpuasa bersama Faris dan ayah..Alhamdulillah..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang