Monday, June 27, 2011

Stepping stone

Ini aktiviti minggu lepas..ibu join kursus menghasilkan stepping stone anjuran Kolej ibu. Seronok jugak sekali sekala lari bidang ni, walaupun buat kerja tengah panas terik. Insaf jugak memikirkan betapa susah rupanya nak menghasilkan stepping stone ni. Kursus diadakan di perkarangan surau Taman Pandan Aman dan di sertai lebih 20 orang peserta yang kebanyakannya adalah wanita..
ahli kumpulan ibu sedang tekun siapkan frame tuk stepping stone kami..ibu tak ingat dah berapa lama tak pegang tukul..sampai bengkok-bengkok paku ibu kerjakan..huhu

dah siap frame, proses tuang simen ke dalam frame lak..


dah siap masuk simen, tunggu lebih kurang 30 minit sebelum proses deko menggunakan batu-batuan..hehe..

sambil-sambil tunggu simen..posing dulu..cam kanak-kanak lak rasa..ibu jek mak orang, yang sebelah kiri paling hujung ibu mengandung n yang lain bujang terang tang-tang lagi..hehe
erk..abaikan pakaian buruhku yang tak berapa sesuai itu..yang penting semua kerja ibu buat k..hehe

yang tengah tu design pertama ibu..ngeh2..haruslah 'F'untuk anak ibu n ayah..nak pijak pun sayang nih..hehe

hasil 'kreativiti' kami..hehe..di sebabkan cuaca hari tu agak redup, so lambat tuk keringkan produk kami ni, so kena tunggu lama sikit untuk di pasarkan..hehe..


Semua peserta berkobar-kobar buat stepping stone ni, ada yang sanggup buat semula keesokan harinya coz produk diorang tak menjadi (pecah)..berbaloi-baloi belajar benda ni, pasni tak perlu beli di kedai k..kita design sendiri jek untuk rumah kita k..korang nak tempah??ngeh2...

Tuesday, June 21, 2011

Mandi Manda @ Gambang waterpark

Ini program kami sekeluarga Ahad lepas..sempena Fathers day gitu..leh?haha..program bersama keluarga kawan sekerja ayah, dah beberapa kali plan tuk bawa anak-anak jalan tapi selalu jek ter'cancel'..Sabtu lepas ayah ada perlawanan boling, berbaloi ayah bertarung coz berjaya dapat tempat ke2, dapat lah hamper n voucher membeli belah di Giant..hehe..Kebetulan Ahad Terengganu diisytiharkan cuti kan?So kami pun plan tuk ke Gambang Waterpark nih...kira ini kali ke2 anak ibu ke waterpark..Faris memang suka sangatlah kalau dapat main air ni kan?

Jom layan gambar...

Seronok gak sini, ombaknya lebih hebat dari Bukit Merah, sampai ada pelampung yang terbalik..kami bawa pelampung sendiri tuk Faris, so tak perlu sewa or beli di sini..

Tengok tu..excited banget..

ayah dera panjat pokok pas penat berenang

ni time mak2 lak main..first time naik slide nih..terjerit-jerit coz cuak..tapi memang seronok..hehe

Ini dia Thaqif n Faris..seronok sgt diorang dengan slide nih..asyik duk ulang naik benda alah ni beberapa kali

kami sekeluarga..

anakanda yang slim dengan swimming suit nya..huhu

Family Ju..akhirnya termakbul gak plan nak spend time ngn diorang ni selepas macam-macam halangan sebelum ni..huhu

Sedikit Info sal Gambang Waterpark City
Nak masuk Waterpark nih siap ada checking bag lagi..tengok ada makanan, siap tanya lagi..kebetulan ibu bawa pasta tuk bekalan anakanda aritu. So bila bagitahu untuk baby, dia kata 'ok'..tiket harganya RM21.90..kanak-kanak bawah 90cm leh masuk tanpa bayaran..Dalam waterpark semua pembelian atau sewaan menggunakan e-value. Means tiap kali pembelian just scan bar code pada tiket kita jek. Kalau tak cukup e-value tu boleh topup masa dalam waterpark tuh. Seronok jugak sekali sekala pergi tuk hiburkan anak-anak. seronok tengok diorang gelak n bersuka ria. So kalau nanti rasa gian nak ke waterpark lagi leh g Gambang ni jek...:)


Monday, June 20, 2011

i Love surprise..tq

ini entry back dated..

14 Jun yang lalu ayah minta ibu mohon cuti supaya boleh ikut dia berkursus di KL selama 3 hari (14 - 16 Jun). Ibu n Faris memerapkan diri di Ritz Carlton KL selama  ayah berkursus di tempat yang sama sepanjang hari. Dapat jugak shopping dengan mumy n mama Faris pada hari ke2 untuk hilangkan bosan. Pada 16 Jun pula, ibu genap berusia 27 tahun..huhu..makin meningkat umurku..Alhamdulillah di panjangkan umur untuk bersama dengan keluarga tersayang. Ini adalah birthday pertama selepas bergelar isteri yang berjaya untuk berada di samping ayah n Faris. 16 Jun 2009, ibu berkursus di Pangkor dan ayah di Dubai..16 Jun 2010 pula ibu di Kuantan tetapi ayah bekerja di KL. Alhamdulillah tahun ni berkesempatan bersama keluarga kecil ibu..

Sebelum pulang ke Kuantan pada malam 16 Jun, ayah bawa ibu makan malam di Fullhouse KL..rupa-rupanya ayah dah plan tuk celeb birthday ibu di sana. Kawan-kawan kami dah berkumpul menunggu kedatangan kami sekeluarga. Thanks to abang coz plan tu, ima hargainya n sangat terharu. To kawan-kawan yang membantu pun thanks jugak..love u all..

So tak perlu di ulas panjang-panjang kan?silalah tatap gambar birthday girl bersama kawan-kawan ni..ahaks..


 Gedik ke? kasi chance k..hehe..Hepi Birthday to me..:)

Jom tengok menu..
Grilled Chicken Chop di oder oleh ayah..sedap..i like..

 Jasmine Tea untuk saya..:)..suka teko comel ni..

Rib eye steak tuk birthday girl..:)..aku lagi suka makan steak di Tjantek Kuantan..orang Kuantan/ penggemar western cuisine tak pernah try= rugi

Lupa nama menu tuk spaghetti ni..oder tuk anakanda n makan bersama ayah n ibu..sedap..cuma ibu tak berapa berkenan dgn rasa shitake mushroom tuh..tapi seyes spaghetti  nya di masak besama butter sauce memang sodappp..

Kek birthday daku keluar di hujung majlis..thanks b..

Kalut nak bergambar dengan kek, anakanda dah kasi cop tangan pada kek..

orang penting dalam hidup ku..

Mereka yang berkongsi kegembiraan ini..

Thanks untuk semua..alhamdulillah..

Penyudahnya kenyang..memang tak dapat nak temankan abang drive sampai Kuantan malam tu..ibu n Faris sama-sama temankan ayah dalam mimpi..

Moral of the story: Len kali pada tarikh-tarikh tertentu even tak de plan celeb kena maintain cun, tak selebet + selekeh cam ibu pada hari kejadian. coz kami pusing Jalan Tar seharian, n bajet terus balik rumah so takde pulak rajin nak berdandan bagai kalau hanya duduk dalam kereta..huk...

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang