Monday, May 27, 2013

Seoul - Mukadimah :)

Salam..

Bermulanya entry tentang percutian kami ke negara yang terkenal dengan drama menyayat hati yang pernah satu ketika dulu selalu buat ibu menitis air mata..kah3..Mungkin sebab masa zaman ibu muda remaja (sekarang masih muda tapi muda belia..huhu), ibu adalah peminat cerita Korea so percutian kali ni ayah bawa kita ke sana.

Mengimbau kenangan
Cerita korea pertama yang ibu betul-betul layan sampai tak boleh tinggalkan tv adalah AUTUMN In My Heart..kisah adik beradik yang jatuh cinta selepas tahu mereka bukan adik beradik sebenar..tragis betul cerita tu..huhu..Zaman di U pulak layan My Girl..huh..cerita ni syiok sebab pelakonnya sangat lah encem, dan lagunya yang sedap didengar, sampaikan boleh hafal lagu2 dia. Dan yang paling terharu best, ayah support minat ibu sampaikan dia upload semua lagu dari drama ni dalam handphone dia masa tu (zaman bercinta)..huhu

6D5N di Seoul Korea
Alkisahnya, flight ke sana pada 15 Mei 2013 (genap usia adik 1 tahun) pukul 9am dan tiba di Incheon Airport pada pukul 4.20pm waktu Korea. Waktu di Korea cepat sejam berbanding di Malaysia. Alhamdulillah pengalaman 6jam dalam flight bersama hero2 kecil tidak mencabar kesabaran..haha..maknanya anak2 ibu sangat la behave,  abang Faris banyak bermain game di tab sepanjang dalam flight, dan Ayman pulak kebanyakan masa tidur je. Abang Faris  cuma tidur sekejap di riba ayah, di sebabkan ayah terlalu lena, abang Faris tergolek ke bawah semasa baru terlelap..huhu.




Sebelum menaiki kapal terbang pertama untuk adik..:)

  
Port abang..apa la perasaan orang yang duk 'hot seat' kat depan tu..haha..kecoh dengan budak-budak kat belakang dia haa..
adik menangis sebab tak berjaya ambil tab dari abang..


 
 cepat-cepat ibu bawa naik, bagi pemainan lain..botol dan sudu pun leh jadi mainan adik..:)..baik punya landing..:)


 ketibaan ultraman di incheon airport



Di sebabkan first time untuk ibu dan ayah menjejakkan kaki ke Seoul, maka kami mengambil keputusan selamat untuk mendapatkan khidmat tour guide. Alhamdulillah tak susah untuk dapatkan tour guide coz memang ramai dari kalangan pelajar Malaysia di sana yang buat kerja ni secara part time. Tour guide kami pun adalah bekas pelajar Malaysia, maka lebih mudah untuk deal tetang makanan dan tempat solat. Boleh search je di facebook dan pandai-pandailah memilih mengikut kesesuaian bajet..hehe

Hotel kami Dae Young Hotel terletak berhadapan dengan Namdaemun Market (nanti kita cerita tentang market ni k). Hotel ni bagi kami, cukup strategik kerana berdekatan dengan subway station dan juga kedai runcit. Biliknya comel je, cukup memuatkan kami 4 beranak dengan selesa..:)


 Antara barangan kegunaan pelanggan yang di sediakan. Kecewa sebab hotel tak sediakan iron. Ayah setiap pagi gunakan hair dryer yang semput ni tuk tolong 'iron' baju dia..ibu lak redha pakai tudung & baju kedut..hadoi..

 haha..baru perasan tak banyak gambar hotel sangat dalam handphone (semua gambar di atas dari hp je ye..harap maklong)
So daripada nak tunggu gambar dari kamera, ibu up dulu entry ni ye takut nanti tak ter'up' sampai bila-bila lak..hehe..


So next entry akan bermulalah kisah pengembaraan di bumi Korea ni. hehe...

wassalam...


6 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

best nyerrrrrrr :)

Ummu Muhammad said...

Bestnyeeer!! Plg best budak2 behave..heavennnyeee percutian heheh ayman sehari lepas tu hari guru..sambut birthday ayman n ibu ayah pun diraikan abg faris n ayman sempene hari guru ibu ayah ;)

Happy belated birthday ayman!!!mesti da besa bace blik tulisan ibu sheikh2 kabir hensem2 ni senyum ;)

P/s:kayzie i pun tgk autumn in my heart zamb muse remaje jelite hehhe tpi plg minat all about eve tue..tpikan mmg kalau da sgkut crite korea zamn dulu mmg boleh jd hntu dgn kwn2 pasal sgkut stay up abeskan vcd haha pengalaman manis mude2 dgn geng bas sekolah :

kayzie said...

thanks UM..hopefully diorg akan baca nnt..heeee..haha UM pun layan ek? tu la kan..zaman cte korea dlu mmg leh smpai tak tdo sbb nak katamkan vcd..haha..sanggup tuh..

~MommyAida~ said...

wahh bestnya!!nnati citer lagi tau Kayzie!!tak sabar nak tau tentang keindahan bumi Korea!!Adik pon excited sbb dpt clebrate birthday kat sana kan...

Hafilah Abdul Karim said...

Bole bg nama, no tel @ email tour guide..

Anonymous said...

Salam nk tanya mcmana nk contact hotel tmpt tinggal tu?tq.
-aida-

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang