Monday, May 27, 2013

Seoul - Mukadimah :)

Salam..

Bermulanya entry tentang percutian kami ke negara yang terkenal dengan drama menyayat hati yang pernah satu ketika dulu selalu buat ibu menitis air mata..kah3..Mungkin sebab masa zaman ibu muda remaja (sekarang masih muda tapi muda belia..huhu), ibu adalah peminat cerita Korea so percutian kali ni ayah bawa kita ke sana.

Mengimbau kenangan
Cerita korea pertama yang ibu betul-betul layan sampai tak boleh tinggalkan tv adalah AUTUMN In My Heart..kisah adik beradik yang jatuh cinta selepas tahu mereka bukan adik beradik sebenar..tragis betul cerita tu..huhu..Zaman di U pulak layan My Girl..huh..cerita ni syiok sebab pelakonnya sangat lah encem, dan lagunya yang sedap didengar, sampaikan boleh hafal lagu2 dia. Dan yang paling terharu best, ayah support minat ibu sampaikan dia upload semua lagu dari drama ni dalam handphone dia masa tu (zaman bercinta)..huhu

6D5N di Seoul Korea
Alkisahnya, flight ke sana pada 15 Mei 2013 (genap usia adik 1 tahun) pukul 9am dan tiba di Incheon Airport pada pukul 4.20pm waktu Korea. Waktu di Korea cepat sejam berbanding di Malaysia. Alhamdulillah pengalaman 6jam dalam flight bersama hero2 kecil tidak mencabar kesabaran..haha..maknanya anak2 ibu sangat la behave,  abang Faris banyak bermain game di tab sepanjang dalam flight, dan Ayman pulak kebanyakan masa tidur je. Abang Faris  cuma tidur sekejap di riba ayah, di sebabkan ayah terlalu lena, abang Faris tergolek ke bawah semasa baru terlelap..huhu.




Sebelum menaiki kapal terbang pertama untuk adik..:)

  
Port abang..apa la perasaan orang yang duk 'hot seat' kat depan tu..haha..kecoh dengan budak-budak kat belakang dia haa..
adik menangis sebab tak berjaya ambil tab dari abang..


 
 cepat-cepat ibu bawa naik, bagi pemainan lain..botol dan sudu pun leh jadi mainan adik..:)..baik punya landing..:)


 ketibaan ultraman di incheon airport



Di sebabkan first time untuk ibu dan ayah menjejakkan kaki ke Seoul, maka kami mengambil keputusan selamat untuk mendapatkan khidmat tour guide. Alhamdulillah tak susah untuk dapatkan tour guide coz memang ramai dari kalangan pelajar Malaysia di sana yang buat kerja ni secara part time. Tour guide kami pun adalah bekas pelajar Malaysia, maka lebih mudah untuk deal tetang makanan dan tempat solat. Boleh search je di facebook dan pandai-pandailah memilih mengikut kesesuaian bajet..hehe

Hotel kami Dae Young Hotel terletak berhadapan dengan Namdaemun Market (nanti kita cerita tentang market ni k). Hotel ni bagi kami, cukup strategik kerana berdekatan dengan subway station dan juga kedai runcit. Biliknya comel je, cukup memuatkan kami 4 beranak dengan selesa..:)


 Antara barangan kegunaan pelanggan yang di sediakan. Kecewa sebab hotel tak sediakan iron. Ayah setiap pagi gunakan hair dryer yang semput ni tuk tolong 'iron' baju dia..ibu lak redha pakai tudung & baju kedut..hadoi..

 haha..baru perasan tak banyak gambar hotel sangat dalam handphone (semua gambar di atas dari hp je ye..harap maklong)
So daripada nak tunggu gambar dari kamera, ibu up dulu entry ni ye takut nanti tak ter'up' sampai bila-bila lak..hehe..


So next entry akan bermulalah kisah pengembaraan di bumi Korea ni. hehe...

wassalam...


Wednesday, May 22, 2013

Ayman 1st Year - Happy Birthday

Salam...

Selamat ulangtahun sayang..
Alhamdulillah..15 Mei lepas genap umur anakanda ke2 ibu setahun..Semoga adik menjadi anak yang soleh dan sentiasa membahagiakan ibu ayah dan abang. Sepanjang setahun ni Alhamdulillah adik di berikan kesihatan yang baik. Semoga ALLAH meneruskan nikmat kesihatan kepada kita sekeluarga. 

Perkembangan Adik
|| Masih belum berjalan. Adik baby ibu..lama sikit ibu merasa dukung Ayman sepanjang masa berjalan..
|| Demam paling lama (hampir seminggu) masa nak tumbuh gigi ..seingat ibu masa Ayman 10 bulan..
|| Adik panggil ibu 'ma'
|| dah pandai cakap 'dah' bila adik dah tak nak buat sesuatu..'dah' bila minta stop mandi, 'dah' bila siap minum air dalam botol straw adik.. :)
|| Garang dengan abang dan kuat menyakat abang
|| Manja dan kuat jeles dengan abang, pantang abang duduk dekat ibu.
|| Last jabs/vaksin umur 3 bulan, Alhamdulillah semoga adik terus di pelihara dari segala penyakit n.
|| Alergi kacang peas, sampai sekarang pun masih belum 'lulus'
|| Baru ada 2 batang gigi yang comel di bahagian bawah
|| Alhamdulillah masih meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya, semoga rezeki menyusu dapat di panjangkan hingga usia adik 2 tahun
|| Masih meneruskan pemakanan tanpa gula, garam dan bahan perasa
Pakej Cuti untuk Adik..
Kebetulan sempena hari jadi adik juga, kita sekeluarga berpeluang bercuti ke Seoul Korea selama 6hari. So secara tak langsung, itu di jadikan hadiah untuk adik, sambutan hari jadi adik 'berlangsung' sepanjang perjalanan ke Seoul Korea..


 Semoga anak-anak ibu menjadi anak soleh kebanggan ibu dan ayah. Hari pertama tiba di Seoul Korea (15 Mei 2013)


  
ibu tunggu langkah pertama adik..
(ingatkan adik nak mula berjalan masa kita di korea..huhu)

Wassalam

Thursday, May 2, 2013

Ayman 11 Bulan

Salam..

Dah pun masuk bulan Mei..lagi 13 hari genap usia adik 1 tahun..huisshhh..teringat lagi saat manis menahan contraction dan saat sebak bila nurse beritahu bukaan dah 6cm selepas 10 minit berada dalam wad..fuhhh..Alhamdulillah tercapai hasrat nak melahirkan secara normal..:)

Seperti yang di ketahui umum (cheewah)..kemalasan menulis di blog sangat menyerlah menyebabkan tak banyak update sal adik..huhu..ada pun sikit-sikit, tumpang kat cerita abang or cerita mengarut ibu..

Hari ni adik dah 11++bulan. Alhamdulillah sejak semalam adik dah berani berdiri sendiri tanpa berpaut. Cuma melangkah je  takut, even kalau di pimpin sekejap je dia melangkah sebelum terus duduk. Adik berjalan sebelum 15hb ni tau. Tak syok la kalau g 'sana' nanti adik masih berdukung..hehe..

Perkataan dari mulut adik masih belum ada yang jelas. Cuma dengar sipi-sipi perkataan seperti 'car', lampu, turtle. Yang jelas, hanyalah 'ayah'...:)

Alhamdulillah adik semakin paham dengan setiap arahan dari orang. Feveret dia sekarang nak tunjuk sana sini..Semua yang dia nampak dia akan tunjuk dengan jari telunjuk dia. Pegi mana-mana mesti tunjuk lampu, adik sendiri pun dah faham kalau kita tanya mana lampu. Adik juga cekap tiru gaya orang. Nampak ayah pegang termometer tuk cek suhu, dia pun buat perkara yang sama. Setiap kali pegang henpon di buatnya gaya bercakap di telefon. Pantang nampak perkara baru semuanya di cuba, sebab tu ayah selalu pesan, "jangan buka drawer/ almari depan adik, nanti hari-hari dia nak buka". Pendek kata lagi bagus dia tak tahu..huhu..Ibu suka adik mula belajar kenali benda-benda di sekeliling adik. Semakin aktif juga nak mengenal huruf sampaikan habis flash card huruf hijaiyah abang jadi makanan adik. Adik makan kad tu sebab nak bagi cepat ingat kot..haha.

Cuma masalah sekarang adik semakin susah nak berpisah dengan ibu la plak. Pantang hilang je kelibat ibu dari pandangan adik kompem adik menjerit. Y dik?y??..hehe

Masalah yang paling buat ibu susah hati dengan adik..Adik lansung taknak terima botol susu. Sekarang, di taska adik minum susu ibu menggunakan sudu. Ibu pernah menggunakan syringe dan cawan kecil untuk adik. Kalau botol langsung adik tolak. Aduhai..Ibu risau dengan kuantiti susu yang adik terima setiap hari. Risau kalau pengasuh tak dapat mencari masa mengadap adik tuk suapkan  susu tu. Setiap hari sebelum hantar adik ibu bisik supaya adik boleh minum susu macam kawan-kawan adik yang lain. Harap-harap satu hari nanti adik redha dan boleh terima botol sepanjang berada di taska k. Ibu gigih pam hari-hari dik..susu tak pernah kurang, mencukupi untuk adik, harapnya yang adik terima lebih banyak dari yang terbuang. :(

Selit cerita abang...budak yang semakin petah bercakap. Setiap malam macam-macam yang di bebelnya ceritakannya sebelum tidur. Sampai satu hari ibu tengah mamai ter'sound' abang : "tidurlah abang, membebel jek"..pastu ada la bunyi teresak-esak kat belakang ibu (kesian abang). Sensitif sungguh anak bujang ibu ni..huhu..Alhamdulillah ada pertambahan surah. Abang berjaya dengan izin ALLAH menghafal surah al kautsar. Menjadikan 4 surah hafazan abang setakat ni. Panjang lagi perjalanannya.

p/s : ini memang sekadar coretan tanpa gambar..:)..adik jangan kecik ati, ibu dah semakin malas menulis..:(
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang