Monday, November 19, 2012

Hero-Hero Ku

Salam...

Alhamdulillah ada juga kesempatan untuk menaip hari ni. Sebenarnya hati tak berapa tenteram nak bekerja, badan pun tak berapa daya nak memerah keringat maka secara tak langsung menyebabkan minda tak berjaya tuk fokus..huhu..
 
Apa lagi puncanya kalau bukan kerana hero-hero ibu. Hari ni pulak tak berjumpa dengan orang yang sesuai untuk berkongsi rasa..cuma dapatlah meluahkan perasaan murung (cheewah) ni pada Bapak Hero aka Ayah aka Sayunk sebanyak  2x dalam phone..
 
Kecil sangat dugaannya cuma hati nak runsing jugak..Anakanda ibu, Ayman di serang demam minggu lepas, hampir seminggu mengalami demam (on/off), selesema dan batuk. Mujur juga ibu bercuti sejak dari Selasa hingga ke hujung minggu sempena persiapan dan hari perkahwinan Pak Yong (abang kandung ibu). Kesian Ayman, walaupun Ayman tak kisah (hehe)..Susut badan anak ibu, langsung taknk menyusu kesan daripada hingus yang menyumbat hidung. Anakanda bernafas melalui mulut jadi totally menolak df dan bottle feeding. Maka sepanjang 3 hari Ayman reject DF terpaksa lah ibu dan ayah kasi susu melalui syringe.
 
Hari ini Alhamdulillah demam dah kebah, cuma tinggal saki baki selesema dan batuk. Ibu dan Ayah decide tuk rehatkan Ayman di rumah nenek sepanjang waktu kami bekerja, takut kalau ke taska Ayman akan demam semula. Tapi sepanjang hari ni nenek beritahu Ayman langsung tak nak menyusu botol sampaikan nenek terpaksa suap menggunakan sudu (tq nenek). Ibu jadi kompius, coz selalu dapat respon +ve dari Taska.."Ayman menyusu ok..aah..susu habis dia minum...dia minum botol tu ok jek" (antara jawapan dari taska). Adakah ibu yang terlalu memikir???tapi memang sejak korang lahir, korang suka wat ibu tak tenteram...hehehe..ada beberapa kali ayah cuba berikan Ayman menyusu melalui botol dan Ayman reject dan berat anakanda pula yang hanya naik sebanyak 200gm sepanjang 3 bulan menjadikan ibu ber'syakwasangka'...nauzubillah...sebab ibu sayunk korang sangat-sangat. Ermm..takde cara len tuk redakan kerunsingan tu, ibu berdoa je banyak2, hopefully ALLAH tanamkan rasa kasih sayang dan sifat belas dalam jiwa mereka yang menjaga anak-anak ibu supaya mereka menjaga kebajikan anak-anak ibu seperti anak mereka sendiri..Amiin..
 
Alamak dah terpanjang luahan perasaan..huhu..niat asal nak berkongsi picca Ayman yang telah berjaya menghabiskan hanya sesudu pear puree pada hari pertama (15/11/2012) dia merasa makanan lain selain susu ibu..Alhamdulillah...
::Alhamdulillah..2-2 hero merasa makanan pertama hasil suapan ayah::
dan pada hari kedua berjaya habiskan sebanyak lebih kurang 2oz..setakat ni, Ayman dah berjaya melepasi 4days rules bersama pear, semalam kasi pisang, keputusannya..banana bukan perasa yang boleh di terima lidah Ayman..hehe..dia reject..Niat asal nak kasi avocado tuk makanan pertama tapi puas pusing 1 Kuantan tak jumpa la pulak..masa taknak, selalu je terjumpa..
 
 
 
Update sikit cerita hero sulung..
Alhamdulillah dah berjaya bebaskan diri dari bergantung kepada diapers..hehe..dah 3minggu Abang belajar tak pakai diaper. Dan yang mengejutkan, abang lansung tak bangun tuk kencing di malam hari, selalu bangun malam minta air masak, tapi kencingnya idak..huhu..(normal ke ek??)
 
#huk..anak ibu dah besar dan semakin garang
 
 
 
Eshan Umar..ingat entri tentang si kecik ni?sebelum tu, ibu selitkan di sini,
# kalau kisah tu ada menyinggung mana-mana pihak ibu minta maaf k, bukan tujuan menulis tuk persendakan mereka yang tidak bfeed, pilihan di tangan anda dan ibu paham tidak semua orang di berikan nikmat yang sama oleh NYA..ibu cuma menulis kisah tu sebagai tanda ibu baru memahami perasaan dan faham maksud kaum ibu yang sebelum ni btau
*tak boleh menyusu sebab 'tak de susu'*, dan ibu kongsikan cara ibu handle Umar..juga untuk 'rekod' ibu sendiri..:)
 
tengok dak kecik ni..yang dulunya halus, sekarang dah sangat membolat..dah sama besar dengan Ayman..membesar bagai juara, Tahniah tuk mummy berjaya bertahan tuk 3 bulan (genap esok)..dan semoga ibu dapat menyusukan Umar lagi..luv u my anak..(mesti ada juga cerita Umar sebab Umar pun hero ibu )

4 comments:

@LeenShamsh said...

umar pn ank susuan ibu kah? ;)

sweetlavender86 said...

kak kayzie,nk tips cmne nk start ajar adam potty trained..klu boleh by next year dah xnk pkai kn die diapers lagi.sbb next year nk kene pegi taska dah.hahah.malu je pegi school tpi pkai diapers lagi.hahaha..bagus la faris mlm dh xkencing.adam skang ni mlm rajin plak tembus kene cadar.huhu..

Izwa Kamaruddin said...

jgn peduli dgn org kalo kita nak bahagia....kita buat cara kita sendiri utk kebahagian kita sendiri...okey darling?

kayzie said...

ummu Muhammad: yupp dear..hehe..
zura: knon dlu nk share cte tu, tp ibunye mlas..kita cte2 dlm whatsapp la, leh gtu?hehe
kak: hehe..tq

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang