Tuesday, November 20, 2012

Cara melegakan batuk dan selesema baby

Salam...
 
Ingat lagi entri sal ibu kena berkursus tuh?cer klik SINI kalau dah lupa...hehe..
 
Alhamdulillah kali pertama tinggal anak semua urusan di permudahkan oleh ALLAH, anak sulung dulu tak pernah berenggang or di tinggalkan even di rumah atuk n aki nya..huhu..
 
Mujurlah anakanda Ayman tabah, tak gelabah cam ibunye..hehe..
 
ok, point sebenar entri ini adalah tuk berkongsi ilmu yang ibu dapat sepanjang kursus tersebut..lama dah terbenam dalam kepala..ilmu or perkara yg baik seharunya di kongsi kan??hehe..
 
 
Penceramah waktu kursus tu adalah orang yang berpengalaman dalam bidang perubatan dan pertolongan cemas...jadi banyaklah kami perserta kursus yang kebanyakannya adalah kaum ibu dan bapa mengutarakan soalan tentang penjagaan anak-anak..eh..eh..melalut lagi..
 
ok..ini tips yang boleh di aplikasikan dan insya ALLAH boleh melegakan batuk dan selesema anak-anak kita terutamanya baby (tuk elakkan dari ubat-ubatan)
 
MELEGAKAN BATUK
 
1.  Baringkan anak secara mengiring
2. Tepuk di bahagian sisi badan anak / rusuk menggunakan tapak tangan kita
3. Ulang tepuk pada bahagian sisi sebelah lain pula
 
**tujuannya adalah untuk membantu kahak yang 'melekat' pada paru-paru anak untuk 'jatuh'. Kahak ni nanti mungkin akan keluar melalui muntah atau najis anak...
**JANGAN tepuk selepas anak menyusu k, jarakkan mungkin selepas 2jam anak menyusu
**bentukkan tapak tangan dalam keadaan 'kosong/ berlubang di tengah' /  sewaktu menepuk sisi badan anak
 
MELEGAKAN SELESEMA
 
1. Sediakan semangkuk air suam
2. Masukkan beberapa titis minyak cap kapak / vicks
3. Letakkan di dalam bilik tidur
 
**Kaedah ni ala-ala aromaterapi gitu..bau bilik pun menyegarkan jadi dapatlah membantu melegakan pernafasan anak-anak..
 
**untuk Ayman, nak legakan selesema dia, ibu asahkan kunyit hidup dan sapu pada batang hidung..Taska pun akan tegur nape hidung Ayman kuning..huhu..Tapi kunyit ni memang cepat keringkan hingus...cubalah...huhu

Monday, November 19, 2012

Hero-Hero Ku

Salam...

Alhamdulillah ada juga kesempatan untuk menaip hari ni. Sebenarnya hati tak berapa tenteram nak bekerja, badan pun tak berapa daya nak memerah keringat maka secara tak langsung menyebabkan minda tak berjaya tuk fokus..huhu..
 
Apa lagi puncanya kalau bukan kerana hero-hero ibu. Hari ni pulak tak berjumpa dengan orang yang sesuai untuk berkongsi rasa..cuma dapatlah meluahkan perasaan murung (cheewah) ni pada Bapak Hero aka Ayah aka Sayunk sebanyak  2x dalam phone..
 
Kecil sangat dugaannya cuma hati nak runsing jugak..Anakanda ibu, Ayman di serang demam minggu lepas, hampir seminggu mengalami demam (on/off), selesema dan batuk. Mujur juga ibu bercuti sejak dari Selasa hingga ke hujung minggu sempena persiapan dan hari perkahwinan Pak Yong (abang kandung ibu). Kesian Ayman, walaupun Ayman tak kisah (hehe)..Susut badan anak ibu, langsung taknk menyusu kesan daripada hingus yang menyumbat hidung. Anakanda bernafas melalui mulut jadi totally menolak df dan bottle feeding. Maka sepanjang 3 hari Ayman reject DF terpaksa lah ibu dan ayah kasi susu melalui syringe.
 
Hari ini Alhamdulillah demam dah kebah, cuma tinggal saki baki selesema dan batuk. Ibu dan Ayah decide tuk rehatkan Ayman di rumah nenek sepanjang waktu kami bekerja, takut kalau ke taska Ayman akan demam semula. Tapi sepanjang hari ni nenek beritahu Ayman langsung tak nak menyusu botol sampaikan nenek terpaksa suap menggunakan sudu (tq nenek). Ibu jadi kompius, coz selalu dapat respon +ve dari Taska.."Ayman menyusu ok..aah..susu habis dia minum...dia minum botol tu ok jek" (antara jawapan dari taska). Adakah ibu yang terlalu memikir???tapi memang sejak korang lahir, korang suka wat ibu tak tenteram...hehehe..ada beberapa kali ayah cuba berikan Ayman menyusu melalui botol dan Ayman reject dan berat anakanda pula yang hanya naik sebanyak 200gm sepanjang 3 bulan menjadikan ibu ber'syakwasangka'...nauzubillah...sebab ibu sayunk korang sangat-sangat. Ermm..takde cara len tuk redakan kerunsingan tu, ibu berdoa je banyak2, hopefully ALLAH tanamkan rasa kasih sayang dan sifat belas dalam jiwa mereka yang menjaga anak-anak ibu supaya mereka menjaga kebajikan anak-anak ibu seperti anak mereka sendiri..Amiin..
 
Alamak dah terpanjang luahan perasaan..huhu..niat asal nak berkongsi picca Ayman yang telah berjaya menghabiskan hanya sesudu pear puree pada hari pertama (15/11/2012) dia merasa makanan lain selain susu ibu..Alhamdulillah...
::Alhamdulillah..2-2 hero merasa makanan pertama hasil suapan ayah::
dan pada hari kedua berjaya habiskan sebanyak lebih kurang 2oz..setakat ni, Ayman dah berjaya melepasi 4days rules bersama pear, semalam kasi pisang, keputusannya..banana bukan perasa yang boleh di terima lidah Ayman..hehe..dia reject..Niat asal nak kasi avocado tuk makanan pertama tapi puas pusing 1 Kuantan tak jumpa la pulak..masa taknak, selalu je terjumpa..
 
 
 
Update sikit cerita hero sulung..
Alhamdulillah dah berjaya bebaskan diri dari bergantung kepada diapers..hehe..dah 3minggu Abang belajar tak pakai diaper. Dan yang mengejutkan, abang lansung tak bangun tuk kencing di malam hari, selalu bangun malam minta air masak, tapi kencingnya idak..huhu..(normal ke ek??)
 
#huk..anak ibu dah besar dan semakin garang
 
 
 
Eshan Umar..ingat entri tentang si kecik ni?sebelum tu, ibu selitkan di sini,
# kalau kisah tu ada menyinggung mana-mana pihak ibu minta maaf k, bukan tujuan menulis tuk persendakan mereka yang tidak bfeed, pilihan di tangan anda dan ibu paham tidak semua orang di berikan nikmat yang sama oleh NYA..ibu cuma menulis kisah tu sebagai tanda ibu baru memahami perasaan dan faham maksud kaum ibu yang sebelum ni btau
*tak boleh menyusu sebab 'tak de susu'*, dan ibu kongsikan cara ibu handle Umar..juga untuk 'rekod' ibu sendiri..:)
 
tengok dak kecik ni..yang dulunya halus, sekarang dah sangat membolat..dah sama besar dengan Ayman..membesar bagai juara, Tahniah tuk mummy berjaya bertahan tuk 3 bulan (genap esok)..dan semoga ibu dapat menyusukan Umar lagi..luv u my anak..(mesti ada juga cerita Umar sebab Umar pun hero ibu )

Thursday, November 1, 2012

Teruja


Salam...



study..study..study...hehe...


Excited betul rasa nak tunggu Ayman 1st Solid food..sama perasaannya seperti waktu Faris dulu cuma kali ni lebih banyak dapat ilmu baru..InsyaALLAH..

Baru pas baca tips nih...


Bagaimana untuk mengetahui anak bersedia untuk makan???

**Boleh duduk dengan sedikit sokongan atau tanpa sokongan, dan dapat mengawal kepalanya.
~Ayman tengah aktif meniarap..laju je menuju ke apa yang ternampak dek matanya, terutama kalau mainan abang..dah boleh duduk tapi dengan support..:)
**Cepat lapar, meminta susu walaupun selepas diberikan susu ibu atau kerap menyusu.
~Ayman sekarang memang lebih kerap menyusu dari sebelum ni..bekalan ke taska pun dah bertambah kepada 6 botol berbanding 4 botol sebelum ni..:)
**Boleh mengawal lidahnya dengan lebih baik.
~ibu suka jelir lidah kat Ayman nanti Ayman akan cuba tiru..hehe
**Mula mengunyah atau menggerakkan mulutnya ke atas ke bawah seperti mengunyah.
**Gemar memasukkan benda ke dalam mulutnya.
~semua benda dia akan sumbat dalam mulut dia..tak dapat bayang bila Ayman dah pandai meniarap nanti..hadoiii
**Menunjukkan minat kepada makanan yang anda makan, seperti cuba merampas makanan,
    membuka mulutnya.
~obviously..kalau tengok orang makan sampai menitik-nitik air liuq nya..hehe

InsyaALLAH ibu akan cuba yang terbaik dan lebih baik dalam menyediakan santapan anakanda nanti..seperti abang Faris dulu..insyaALLAH tak perlu cap Nes*** or etc coz ibu akan cuba sediakan cap AIRTANGANIBU..:)


Jom kumpul resepi..:)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang