Thursday, September 13, 2012

Listen and Learn

Salam..

oppss..salah sudah..mana leh kata listen kan?read and learn..:)

Al kisahnya tentang bilik kebal aka peti penyimpanan cecair berharga sebagai harta untuk anakanda..

2 kali berlakunya kejadian EBM yang di simpan di dalam deep freezer cair dan terpaksa di korbankan..:(..Total lost selepas kejadian ke2 adalah mencecah lebih 120oz.

Pada kejadian pertama kehilangan 28 paket EBM, mujur itu adalah EBM yang di paket pada bulan pertama kelahiran anakanda, so ibu paketkan antara 2-3oz setiap paket. Tujuannya tuk di guna pakai sepanjang mengajar Ayman minum dari botol, so di simpan dalam kuantiti sedikit setiap pek tuk mengelakkan pembaziran dan memudahkan penggunaan. Total kehilangan adalah  60oz. Punca kejadian adalah seseorang telah 'turn off' plug freezer secara tidak sengaja pada hari kenduri akikah Ayman.
 mangsa kejadian pertama

Selepas kejadian itu, ayah pasangkan penutup pada plug supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi..
 Alhamdulillah penutup ni membantu supaya plug tidak lagi ditutup secara tidak sengaja


Tapi pada 3 September lepas sekali lagi ibu di uji, pulang dari kerja ibu terperasan pintu freezer tidak ditutup rapat. Hasil dari kejadian (huhu), 65.5oz EBM mencair, kali ni sangatlah terkilan kerana semua 'mangsa' adalah EBM baru dari bulan Ogos. Sangatlah rugi tapi terpaksa lah terima kenyataan dengan hati yang redha sebab dah sah-sah itu adalah kerana kecuaian diri sendiri. Tiada orang lain yang berada di rumah.


tangan abang sedang membilang botol yang menjadi mangsa keadaan. Ayah masuk je rumah terus dia jerit 'ibu nangis..ibu nangis..'huhu..
Di sebabkan ini kejadian ke-2, ayah dah tatau nak kata apa..so kata-kata perangsang paling munasabah pada waktu itu dari ayah 'takpela..ibu pam la lagi k'..:)


So sebagai peringatan kepada diri sendiri, selepas ini setiap kali sebelum tidur atau meninggalkan rumah TOLONG CEK BILIK KEBAL!!..hehehe


**ibu masih di Nilai..berkurusus..tak sabar menanti hari esok (berakhirnya kursus) tapi malam ni dah leh tidur dengan suami dan anak-anak, diorang on the way ke sini..hehe..Alhamdulillah sepanjang di tinggalkan Ayman dapat menerima EBM dengan baik..jumlah yang di minum setiap hari semakin bertambah, malah berganda-ganda jumlahnya berbanding jumlah yang di minum sepanjang di taska..:)

8 comments:

wida said...

insyallah..pasti lepas ni rezeki susu tu makin bertambah.

@LeenShamsh said...

kayzie kite pernah pam dah 4oz lepas tu tumpah ayah muhammad cakap~ ala ape sgt 4oz tu..kan bnyk belum dipam lagi hehehe sabo jelah

p/s: kat deep freezer tu letak no berape ye?kite tgk letak kat no4 letrik bukan main melambung sekali gande

maya amir said...

kayzie..akak dulu2 kalau kene camni kan..nak sedapkan hati, nak bagi hati tu redha..akak slalu ckp, mungkin susu yg aku stockkan tu tercemar tanpa aku sedar..kalau anak aku minum, mesti sakit perut.. sebab tu Allah bagi ujian camni, sebab apa yg jadi mesti ade hikmahnya.. tu lah yg akak ulang2 supaya akak tak layan rasa sedih tu heheh.. sampai lah skang ni kalau ade jadik ape2 camni..cth mcm tertumpah lauk ke, nasi ke..akak akan pikir camtulah..hehehe..

takpe..ade rezeki lagik untuk baby ayman insya Allah:)

kayzie said...

wida: tq
Ummu Muhammad: tu la kan?bnyk lg yg blom di pam..camne hero baru?mesti bambam kan?hehe..lupa dah org pusing ke no bpe freeze tu pas kes yg pertama dlu..haha..pdai2 sndiri ubah..tp so far bil letrik tak de mengejutkan sgt..nnt balik org cek smula..hehehe
kak maya..bgus lah advice kak maya..i'ALLAH len kali org akan pk camtu..:)

sweetlavender86 said...

hukhukhukk.xpe la.bkn rezeki ayman.tapi dlm hati sure nangis kuat2 kannn.

Anonymous said...

Nk bertanya mane u beli penutup plug fridge tu..puas cari tak jumpa..minta tlg beritau ye. Thanks

kayzie said...

anon: penutup tu beli di kdai jual lampu..

Nurul syuhairah Anuar said...

salam sis. dalam usaha nak cr penutup plug tu... sis blh specifix x kat mn kedai tu? kalau kat area kl ni.. blh jgk nak cr.. sy cr sekitar bangi xde. tq sis.

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang