Thursday, September 27, 2012

Breastfeeding - Masalah Di awal Kelahiran

Salam..

Hari ni ber'mood' nak berkongsi tentang breastfeeding. Bukan bertujuan untuk menjadi pendidik kerana saya bukan ahli proesional atau terlatih..huhu..Hanya sekadar berkongsi informasi dan peringatan untuk diri sendiri juga..:)

Rata-rata yang ibu jumpa, BERMASALAH tuk bf sebab masa dalam pantang kesiankan anak menangis 'kelaparan'..camne tau bb tu nangis sebab lapar tu gagal lak di jawab..hehehe..ibu mengalami situasi ni dengan anak 'ketiga' ibu..Hero ketiga ni Eshan Umar, sangat kuat menangis pada awal kelahiran dia, sampaikan mummy pun ikut sama menangis tengok anaknya. Panik, resah n stress mummy di tambah pula dengan badan yang masih penat dan sakit.

Mummy sendiri beritahu ibu, kalau dia tak berada di rumah ibu (berpantang) memang dia akan berikan Umar susu botol (FM)..Naluri si ibu la kot..walaupun anak belum pandai bercakap tapi  si bu tau-tau je anak tu lapar..huhu..sebab tu bila nangis terus di bancuhkan susu FM dengan alasan susu badan tidak mencukupi. dan bermulalah kisah anak tidak mahu menyusu atau susu ibu tiada..


Puncanya:


1. Anak dah kenyang dengan susu botol jadi tidak mahu lagi menyusu direct daripada si ibu. Kurang demand maka berkuranglah supply..
2. Flow daripada susu botol laju maka anak jadi malas nak nyunyut dari cik 'b' yang memerlukan sedikit  usaha dari si anak


Ibu ceritakan cara tuk mengatasi based on my experience mengendalikan Eshan Umar ya..(sayunk jadi model ibu tuk cerita ni, leh kan?hehe)



1. Bila Umar menangis ibu suh mummy susukan dia, menyusu selama mana yang dia nak 
**apa kerja ibu dalam pantang kena buat?menyapu?memasak?takde kan? so itulah kerjanya..susukan anak je ye..
2. Bila dia masih menangis ibu dukungkan dia, dakap rapat pada dada (selain ibu, tentulah daddy dan ayah juga tolong pujuk Umar)
**cari dan cuba lah perlbagai posisi, i'ALLAH akan ada 1 posisi yang membuatkan anak selesa, selalunya yang berlaku pada anak ibu termasuk Umar, mereka suka didakap dengan dada mereka rapat di dada kita. Teori ibu (suka suki jek), anak tu baru keluar ke dunia, jadi dia perlukan rasa hangat tubuh kita seperti yang dia rasa selama 9 bulan dalam kandungan. Suasana baru yang bising, kadang sejuk, kadang panas mungkin membuatkan anak tu tak selesa. Jadi, tidak semestinya menangis tu kerana lapar.
3. ibu suh mummy pam susu masuk hari ketiga, hasilnya memanglah beberapa titik sahaja, tapi untuk bantu stimulate..bila anak baru tidur je, mummy mengepam, then bolehla mummy berehat sebelum anak bangun dan nenengkan dia.
4. Hasil pam tu pun ibu suh mummy suapkan pada Umar juga, gunakan syringe tuk elakkan berlakunya keliru puting. Tujuannya supaya mummy tak terlalu penat kerana Umar sentiasa nak bergayut. Kurangkan stress mummy, sesi menyusu pun akan berjalan lancar. **jangan terlalu kerap
5. Sentiasa pastikan mummy dalam keadaan selesa untuk menyusukan Umar dan memegang Umar dengan cara yang betul
6. Support daripada daddy dan orang sekeliling, yang ni sangatlah penting coz si ibu takkan kuat tanpa sokongan moral dan fizikal daddy.


InsyaALLAH fasa tu takkan lama, tabah dan sabarlah melaluinya. Tips paling penting, jangan ada FM dalam rumah, coz bila ada depan mata, kemungkinanan untuk menggunakan jalan pintas tu sangatlah tinggi.

Ibu doakan mummy dan kawan-kawan ibu yang mana dah nekad tuk breastfeed tu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya kalau dah ada tekad yang kuat dalam hati datanglah apa jenis dugaan pun, insyaALLAH mudah tuk di hadapi. Percayalah pada diri sendiri....

to u...



n u my friend...


Tak percaya? ya seperti yang dikatakan saya bukan ahli profesional..hehe..maka dengan itu teruskan penggalian ilmu dan pembacaan anda..:)


Kekasih hati ibu aka hero kecil ketiga Eshan Umar yang semakin membesar dengan sihat dan encem..:)

Love u my sweetheart...

**ada 1 lagi cara nak kurangkan stress mummy..sila layari page ni..hehe 
>>>>TEKAN SINI<<<<

11 comments:

NM02 said...

hi um!

kayzie said...

alamak..npe kak..hehe

tna said...

betui2 tuh..
muler2 mmg laa rs penat..cz kena bgn tgh mlm tuk susukn bb..bdn tgh sakit lg..
ada rs satu perasaan yg takleh nk describe bile bb kiter minum dr susu kiter sendli..rs beshh sgt2..n otomatik rs penat sume hilang..:)
bb nangis tak semestinya bb lapar..tna setuju sgt ngn statement kz tuh..bb dh biase duk dlm kiter nyer rahim ..bile kiter peluk n nak2 letak dkt ngn jantung kiter..bb akan rs cam dlm rahim lg..dats y bile kiter hug bb n rapatkan ke dada..otomatik bb akan berhenti nangis n tdo ngn nyenyak..
biaser laa bb dlm pantang nih berubah2 perangai..trust me abih aje time pantang..eloklaa dia..bb br nk sesuaikan diri ngn dunia luar..:)
first time mother mmg takleh lari dr stress..mn nk handle bb..ngn emosi tak bape nk stabil..bdn penat + rs bdn cam gemuks laa..huhu..
ape2 pun support from hubby /family/ frens so important n boleh ilangkan stress tuh..:)

MommyAqil said...

Gud info ibu Kayzie!!hpefully 2nd baby ni bleh bfeed bby tnpa masalah2 yg besar..InsyaALLAH...hihihi

kayzie said...

tna: thanks 4 info..tol tu..1st time mother mmg sgt bnyk dugaan..bl dpt apply tuk ank pertama, i'allah takde msalah tuk ank ke2..mcm org,kesusahan yg org rs ms nk bf faris dl dpt di handle dgn baik ms dgn ayman..alhamdulillah..hehe
mommy aqil: insyaAllah..aminn..pilihan di tgn kita..:)

Azhariah Zuber said...

yeay sokong bf

maya amir said...

baca ni, mmg buat akak miss moment bf airell dulu..:)

maya amir said...

dear.. akak copy paste jawapan kat blog akak psl habatussauda yang kayzie tanye tu sini ye:)

kayzie, sebenarnya dos yang ni untuk dewasa jek..kami tak galakkan bagi pada kanak2 lebih2 lagi yang bawah 2 tahun..tapi kalau ikut pembacaan akak, minyak habatussauda ni boleh diberi pada kanak2, cuma kene bagi dlm kuantiti sikit dan tak selalu..apa kata, kayzie bagi jus kurma atau air zam2, atau kurma sendiri pada anak kayzie umur bawah 2 tahun :) lebih sesuai untuk kanak2:) ramai yang ade anak kecil beli jus kurma & air zam2 untuk anak2 mereka.. anak2 akak pun mmg amalkan minum ni setiap hari:)

:: Mrs.Eady :: said...

BF selama yg boleh okey ?)

maya amir said...

kayzie..lama tak update blog ni:)

kayzie, meh join GA kat blog akak.. 1st time akak buat..mana tau rezeki kayzie:)

Ummu Muhammad said...

kayzie, kt sekolah 4 orang berderet preggy tapi kite sorang je nampaknye Allah izin nyusu bf..kawan anak pramatang n suxksion lemah..sorang lagi anak die kene tahan setengh bulan pun kate ai susu tk bnyk skrg da kering pun sedehhla T_T

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang