Tuesday, September 28, 2010

Tanpa Tajuk

terasa cam dah lama sangat tak menjengah blog..kenapa??busy mengatasi segalanya..hihi..banyak yang nak di coretkan sebenarnya tapi masa tak mengizinkan..

di office..
sedang sibuk gara-gara audit..selama ni duk bersenang lenang wat keje ikut mood..tapi di sebabkan minggu ni ada audit so gelabah la menyiapkan semua kerja..minggu lepas pun mood nak wat kerja datang dah nak hujung minggu..hihi..gara-gara lama sangat bercuti raya..

di rumah...
sebagai isteri....
oh ibu kembali menjadi ibu tinggal..hehe..nak buat macam mana..suami ku pergi mencari rezeki..ayah pergi offshore tuk 2 minggu bermula Rabu lepas..nanti kita tengok kali ni punya 2 minggu macam mana..hehe..so ibu tinggal dengan Faris n atuk..kesian ayah di laut sorang-sorang membanting tulang tuk kesenangan kita bersama..nanti ayah balik kita buat sumting tuk hilangkan penat ayah k..

sebagai ibu...
Faris demam..ya anakku yang telah masuk 7 bulan pada 19 sept lepas di landa demam..jangkitan tak dapat di kenal pasti dari mana tapi besar kemungkinan masa riang raya hari tu..First demam Faris..nak kata suhu tinggi tu tidak la sangat tapi batuk dan selesema yang agak teruk untuk di hadapi seorang baby..sian anak ibu..dah lama ibu tak berjaga malam sejak habis pantang..tapi dalam masa Faris batuk n selesema ni selalu la berjaga malam..anak ibu tak selesa nak tidur coz hidung tersumbat,so nak ibu dukung jek selalu..kalau la ibu dapat gantikan Faris..ibu harap sangat2 Faris cepat sembuh..anak ibu kuatkan??

Pertama kali jadi ibu ni memang gelabah la sikit..lagi-lagi bila anak tak sihat kan?sejak Faris batuk n selesema ni dah 3 kali ibu bawa Faris jumpa doktor..hehe..1st time (13 sept, raya ke4) peringkat awal
selesema,masa tu hidung berair jek terus ke klinik kanak-kanak..ayah ada lagi so ayah temankan..lepas ke klinik tu Faris dah beransur pulih..tapi lepas ayah ke offshore Faris dah start batuk pulak,malam tu memang ibu tak tidur coz Faris start batuk n selesema semula,esoknya (23Sept) ibu MC (bos tak baca kan?..hehe) tuk bawa Faris ke KMC..hujung minggu lepas ibu n Faris ikut atuk balik Chenor..malam Sabtu suhu Faris naik 38 so esoknya ibu bawa pulak Faris ke Hosp Temerloh..doktor nasihat ibu jangan risau sangat, habiskan makan ubat dari KMC tu dulu..hehe..ibu bukan apa..takut bila dengar orang kata baby senang kena jangkitan bila demam or batuk so better amik langkah berjaga-jaga kan?ayah pun risau..kami beremel dah macam orang bermesej guna phone lak..setiap minit hantar emel sampaikan berita tentang Faris..thanks to unlimited tenet service yang ayah reg tuk ibu..hehe..syukur jugak leh kontek ayah.kalau tak lagi la ibu kelam kabut..anak ibu dah pandai..nampak jek ibu pegang picagari terus nak lari kat atuk..takut nak makan ubat sampai taknk buka mulut..haishhhh..

Panjang pulak entry tak bertajuk nih..tapi penting ni coz cerita demam Faris yang pertama..nanti Faris dah besar mesti tahu apa ibu n ayah buat bila Faris sakit..supaya Faris pun pandai jaga ibu n ayah bila kami sakit nanti k...


anak ibu..di peringkat awal selesema..hehe..sihat cepat k good boy..

2 comments:

Ummi Ummair said...

boleh kata sume ank2 demam ms raya hari tu..ummair pn demam.musim kn..

kayzie said...

ummair demamm jugak ek kak?dah ok ke skrg?faris dah ok tapi batuk n selesema still teruk..kesian sgt..pny la ssh nak kasi makan ubat..haishhh

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang