Wednesday, September 1, 2010

Erti merdeka

Baca tajuk entry terasa semangat kemerdekaan tu sangat la berkobar-kobar. Penting jugak untuk anak ibu  tahu erti merdeka ni..memahami kesusahan orang dulu-dulu memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan negara sampaikan kita dapat menikmati keselesaan dan kedamaian hari ini..^__^

Bukan la ibu nak menghuraikan sejarah merdeka..just nak menceritakan erti merdeka ke 53 ni kepada ibu..dan juga Faris..lebih specific Keluarga kita..MERDEKA dah kita daripada berjumpa ayah hanya hujung minggu..yeaaaaaayyyy..Alhamdulillah akhirnya ayah dah kembali bertugas di Kemaman semula..so tak perlulah Faris menunggu hujung minggu baru dapat berjumpa ayah..syukur Alhamdulillah..sejak dari ibu habis berpantang ayah di pinjamkan ke KL..ayah dah balik means bertambahlah semangat ibu untuk mengepam, bertambahlah masa untuk ayah luangkan bersama Faris, kurang la waktu tuk ibu bergayut di telefon, bertambah kemas la rumah kita, ada la teman Faris bermain kalau ibu nak memasak, dan macam2 lagi la..hehe..so kita enjoy waktu yang ada ni..takut nanti ayah di hantar offshore lak..

.::Nak selit sikit aktiviti hujung minggu::.
soalan manager ayah waktu kita berbuka puasa bersama client ayah di Traders Hotel still terngiang-ngiang dalam telinga ibu..'kalau kena tukar KL senang tak?'..ibu just jawab dengan senyuman coz sampai hari ini rasanya tiada jawapan..mungkin jawapannya..suka kalau dapat tukar, lagi suka kalau tak tukar..hehehe..coz sini dah duk rumah sendiri, so sangat sayang nak tinggalkan rumah..anyway semua tu dah tertulis..kita hanya pasrah dan menerima ketentuan yang telah tercatit..walau apa pun jadi semoga keluarga kita sentiasa dalam rahmat dan keberkatanNYA, bahagia ke akhir hayat..amiin..

Faris sdng cas bateri..
baju ni berzip tepi sbb tu sll jadi pilihan ibu..hihi..lepas ni kena perbanyakkan baju sebegini..ermm..

Tempat Kejadian: Car park Convention Centre
kereta ayah di langgar kereta seseorang yang tak dikenali ..tercabut plat no tu..ayah geram nak calarkan kereta orang tu seb baik ibu berjaya tenangkan ayah..hihi..tak sanggup nak tunggu tuan punya kereta so balik dengan rasa geram n kecewa..


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang