Tuesday, September 28, 2010

Tanpa Tajuk

terasa cam dah lama sangat tak menjengah blog..kenapa??busy mengatasi segalanya..hihi..banyak yang nak di coretkan sebenarnya tapi masa tak mengizinkan..

di office..
sedang sibuk gara-gara audit..selama ni duk bersenang lenang wat keje ikut mood..tapi di sebabkan minggu ni ada audit so gelabah la menyiapkan semua kerja..minggu lepas pun mood nak wat kerja datang dah nak hujung minggu..hihi..gara-gara lama sangat bercuti raya..

di rumah...
sebagai isteri....
oh ibu kembali menjadi ibu tinggal..hehe..nak buat macam mana..suami ku pergi mencari rezeki..ayah pergi offshore tuk 2 minggu bermula Rabu lepas..nanti kita tengok kali ni punya 2 minggu macam mana..hehe..so ibu tinggal dengan Faris n atuk..kesian ayah di laut sorang-sorang membanting tulang tuk kesenangan kita bersama..nanti ayah balik kita buat sumting tuk hilangkan penat ayah k..

sebagai ibu...
Faris demam..ya anakku yang telah masuk 7 bulan pada 19 sept lepas di landa demam..jangkitan tak dapat di kenal pasti dari mana tapi besar kemungkinan masa riang raya hari tu..First demam Faris..nak kata suhu tinggi tu tidak la sangat tapi batuk dan selesema yang agak teruk untuk di hadapi seorang baby..sian anak ibu..dah lama ibu tak berjaga malam sejak habis pantang..tapi dalam masa Faris batuk n selesema ni selalu la berjaga malam..anak ibu tak selesa nak tidur coz hidung tersumbat,so nak ibu dukung jek selalu..kalau la ibu dapat gantikan Faris..ibu harap sangat2 Faris cepat sembuh..anak ibu kuatkan??

Pertama kali jadi ibu ni memang gelabah la sikit..lagi-lagi bila anak tak sihat kan?sejak Faris batuk n selesema ni dah 3 kali ibu bawa Faris jumpa doktor..hehe..1st time (13 sept, raya ke4) peringkat awal
selesema,masa tu hidung berair jek terus ke klinik kanak-kanak..ayah ada lagi so ayah temankan..lepas ke klinik tu Faris dah beransur pulih..tapi lepas ayah ke offshore Faris dah start batuk pulak,malam tu memang ibu tak tidur coz Faris start batuk n selesema semula,esoknya (23Sept) ibu MC (bos tak baca kan?..hehe) tuk bawa Faris ke KMC..hujung minggu lepas ibu n Faris ikut atuk balik Chenor..malam Sabtu suhu Faris naik 38 so esoknya ibu bawa pulak Faris ke Hosp Temerloh..doktor nasihat ibu jangan risau sangat, habiskan makan ubat dari KMC tu dulu..hehe..ibu bukan apa..takut bila dengar orang kata baby senang kena jangkitan bila demam or batuk so better amik langkah berjaga-jaga kan?ayah pun risau..kami beremel dah macam orang bermesej guna phone lak..setiap minit hantar emel sampaikan berita tentang Faris..thanks to unlimited tenet service yang ayah reg tuk ibu..hehe..syukur jugak leh kontek ayah.kalau tak lagi la ibu kelam kabut..anak ibu dah pandai..nampak jek ibu pegang picagari terus nak lari kat atuk..takut nak makan ubat sampai taknk buka mulut..haishhhh..

Panjang pulak entry tak bertajuk nih..tapi penting ni coz cerita demam Faris yang pertama..nanti Faris dah besar mesti tahu apa ibu n ayah buat bila Faris sakit..supaya Faris pun pandai jaga ibu n ayah bila kami sakit nanti k...


anak ibu..di peringkat awal selesema..hehe..sihat cepat k good boy..

Wednesday, September 22, 2010

Riang Ria Raya

Ibu nak buat sedikit corat coret hari raya..almaklumlah pertama kali beraya bersama si kecil. Meriah dan kalut sama naik jek..huhu..Tiap kali nak keluar beraya kena la ikut mood anak ibu, kalau mood nak tidur jawabnya cancel la nak beraya..Seronok beraya dan seronok bercuti selama 2 minggu coz ayah pun cuti. Faris pun mesti seronok coz 24-7 dapat neneng dengan ibu..Tema tahun ni biru..Suka tengok Faris pakai baju melayu..tahun depan leh cari samping lak..

di pagi raya


::Kami::

Bersama aki n nenek
::pagi raya pertama di ceneh, kemaman::


Bersama atuk di chenor
::terus balik chenor petang raya pertama::


Paksu, mummy, pak long
ibu, atuk, ayah n Faris
::susah nak snap pic ni coz anak ibu bad mood, baru bangun tido::

::Raya Ke3::
sempat lagi pose even kepenatan

Raya ketiga busy sikit tuk keluarga ibu n ayah..pagi buat 'makan2' di rumah atuk sempena pertunangan pak long..selepas selesai majlis pertunangan pak long di Kerambit, ayah terus memecut ke Ceneh coz adik ayah iaitu Mak anjang Faris pun bertunang pada hari yang sama..semoga kedua-dua pasangan di berkati hingga ke jinjang pelamin..

::with mak anjang::


Thursday, September 9, 2010

Salam Syawal

Salam Syawal to all...
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..Tahun pertama ibu beraya tanpa adik beradik dan bapak ibu =(..Tapi tahun ni kemeriahan bertambah coz adanya Faris..daripada membuat persiapan lagi semuanya lebih kepada Faris..meriah rasa persiapan menyambut raya ibu tahun ni..semoga bertambah kebahagiaan dan keberkatan InsyaALLAH

Tahun ni raya pertama kita akan beraya di Ceneh,kg ayah..so buat pertama kali ibu tak berada di kg ibu untuk memasak dan mengemas rumah..al maklumlah ibu sudah tiada mak..setiap tahun persiapan itu di buat oleh ibu dan mummy (adik ibu)..untuk tahun ni, mummy tunggang langgang la sorang diri mengemas dan membuat hidangan untuk hari raya..kesian mummy..

Di kg ayah persiapan meriah coz nenek suka masak pelbagai hidangan tapi di sini tak perlu bersusah payah coz ramai pembantu..adik-adik perempuan ayah rajn membantu nenek..sempat jugak ibu dan ayah buat muffin choc tadi walaupun hari ni Faris asyik meragam. Semalam sebelum tidur sempat jugak baca entry momma mia..terbaca pesanan yang sangat berguna nih:

Pesanan buat kawan2 seperjuangan, kita ni dah nak raya, kompom cuti lama kan...cuti2 jangan malas mengepam..intan yg dah hampir 11 bulan mengepam ni, masih mengepam sekurangnya 2kali sehari, paling banyak 4kali sehari..makanya...rajin2 yer kawan2...mind setting penting..susu sentiasa ada walau dimana jua berada dan dalam apa jua situasi dan keadaan..hihihi 

pesanan yang di paste dari rakan bog lain..tak mau leka lagi..serik sudaa..hehehe..ok..sekali lagi Selamat Menyambut ketibaan Syawal..semoga bertambah keberkatan dalm hidup kita dan semoga Syawal dapat diraikan dengan penuh kebahagiaan..Ampun maaf di pinta daripada semua andai penulisan ibu pnah menyinggung perasaan sesiapa..Wassalam..

Monday, September 6, 2010

Semua menang!

Selama berjinak dengan blog ni selalu jugak tengok rakan blogger yang wat giveaway n ada gak sumtimes yang cerita sal menang giveaway. Tapi tuk ibu yang baru bertatih ni tak paham apa so tak pernah la terasa nak join..hihi..tapi last week tertengok lak satu entry dari  feveret blog ibu sekarang..tup..tup..terjoin la giveaway nih..mungkin yang menyebabkan hati terbuka nak mencuba coz giveaway ni sal BF..so semangat tu berkobar-kobar la jugak..hihi..n 3sept aritu dah keluar pun result..sape menang?ibu laaa.hehe

ibu pemenang, tapi peserta lain yang join pun pemenang gak..pendek kata..sume yang join tu adalah pemenang..syok kan?sila la baca komen-komen pemenang giveaway "Breastmilk- The Choice For a New Generation"..dapat gak menambah pengetahuan tentang Breastmilk..

Dah tau pemenang mesti nak tau hadiahnya kan?hadiah nya sangat cute..ibu suke banget

sila scroll ke bawah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
lagi
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ini lah dia
dolly breastfeeding yang sangat syumelll..
tahniah kepada semua pemenang n me myself..ahaks

Klik..klik..

1hb Sept..
*
*
*
*
*
*
klik..klik...

2 Sept...
*
*
*
*
*
*
*
Tadaaaa.....
posto..posto

kotak lagi


yezzzaa...hanya yang hijau itu di dalam kotak..si cumel itu di hati ibu..hihihi
senang uoll dah ada si bumbo ni..si kecil sangat suka bila dapat duduk.sebelum ni selalu marah bila di baringkan..dah ada kerusi leh la dia duduk2 lak..berguna pulak tuh..ibu dudukkan Faris bila nak makan n semalam balik rumah nenek bawa kerusi ni sekali, bila nak mandikan Faris ibu gunakan kerusi ni jugak..hehe..fully utilize..

Sekian...^____^

Wednesday, September 1, 2010

Erti merdeka

Baca tajuk entry terasa semangat kemerdekaan tu sangat la berkobar-kobar. Penting jugak untuk anak ibu  tahu erti merdeka ni..memahami kesusahan orang dulu-dulu memperjuangkan kemerdekaan dan kebebasan negara sampaikan kita dapat menikmati keselesaan dan kedamaian hari ini..^__^

Bukan la ibu nak menghuraikan sejarah merdeka..just nak menceritakan erti merdeka ke 53 ni kepada ibu..dan juga Faris..lebih specific Keluarga kita..MERDEKA dah kita daripada berjumpa ayah hanya hujung minggu..yeaaaaaayyyy..Alhamdulillah akhirnya ayah dah kembali bertugas di Kemaman semula..so tak perlulah Faris menunggu hujung minggu baru dapat berjumpa ayah..syukur Alhamdulillah..sejak dari ibu habis berpantang ayah di pinjamkan ke KL..ayah dah balik means bertambahlah semangat ibu untuk mengepam, bertambahlah masa untuk ayah luangkan bersama Faris, kurang la waktu tuk ibu bergayut di telefon, bertambah kemas la rumah kita, ada la teman Faris bermain kalau ibu nak memasak, dan macam2 lagi la..hehe..so kita enjoy waktu yang ada ni..takut nanti ayah di hantar offshore lak..

.::Nak selit sikit aktiviti hujung minggu::.
soalan manager ayah waktu kita berbuka puasa bersama client ayah di Traders Hotel still terngiang-ngiang dalam telinga ibu..'kalau kena tukar KL senang tak?'..ibu just jawab dengan senyuman coz sampai hari ini rasanya tiada jawapan..mungkin jawapannya..suka kalau dapat tukar, lagi suka kalau tak tukar..hehehe..coz sini dah duk rumah sendiri, so sangat sayang nak tinggalkan rumah..anyway semua tu dah tertulis..kita hanya pasrah dan menerima ketentuan yang telah tercatit..walau apa pun jadi semoga keluarga kita sentiasa dalam rahmat dan keberkatanNYA, bahagia ke akhir hayat..amiin..

Faris sdng cas bateri..
baju ni berzip tepi sbb tu sll jadi pilihan ibu..hihi..lepas ni kena perbanyakkan baju sebegini..ermm..

Tempat Kejadian: Car park Convention Centre
kereta ayah di langgar kereta seseorang yang tak dikenali ..tercabut plat no tu..ayah geram nak calarkan kereta orang tu seb baik ibu berjaya tenangkan ayah..hihi..tak sanggup nak tunggu tuan punya kereta so balik dengan rasa geram n kecewa..


Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang