Monday, May 10, 2010

ibu tinggal

Baca betul2 k..bukan tunggal tapi tinggal k..hehe..
tinggal la coz ayah Faris di KL..dah hampir sebulan..tuntutan kerja..redha jek..hujung minggu baru balik tuk bersama keluarga..dulu selalu dah kena tinggal..sekarang walaupun di tinggal ayah..Faris ada pengubat rindu ibu..=)
Faris sekarang di jaga oleh nenek (mak saudara ibu) n atuk (bapak ibu)..Faris dah takde nenek sebelah ibu..tapi nenek sekarang pun dah memang macam mak kepada ibu so nenek sebenar Faris..coz nenek la yang jaga ibu masa ibu kecik2 dulu selepas mak ibu meninggal..terima kasih sangat2 pada atuk n nenek sebab sanggup berkorban jagakan Faris..nenek n atuk sendiri tak sanggup tuk biarkan ibu kasi Faris pada orang lain sekarang..alhamdulillah sebab ibu 1000x lagi tak sanggup..tunggu la anak ibu besar sikit..so siapa yang nak jagakan Faris leh la btau sebelum bulan 8 k..hehe

Pertama kali ibu dapat ucapan 'selamat hari ibu' dari ayah (zaman cintun dulu selalu gak ayah wish..tp bb blum wjud..sekarang baru dapat merasai gelaran sebenar)...
gembira rasa hati..lengkap rasa hidup ibu dengan adanya ayah dan faris...ibu sayunk ayah n faris banget..ayah belanja ibu makan makanan feveret ibu di Tjantek sempena hari ibu..tapi sayang takde amik gambar..ibu tak sabar tunggu kad hari ibu pertama dari Faris (bila la ea)..Semoga ibu dapat menjadi ibu yang mithali..dapat mendidik anak ibu untuk berjaya di dunia dan akhirat..

khas untuk ibu-ibu sekalian..(ibu kongsikan mesej yang ibu dapat sempena Hari Ibu)..

Jika mejadi ibu..
Jadilah ibu yang ikhlas hatinya, seikhlas Siti Khadijah
Jadilah ibu yang tabah jiwanya setabah Siti Hajar,
Jadilah ibu yang teguh imannya seteguh Masitah isteri Firaun,
Jadilah ibu yang kental imannya sekental Sumayyah..
Jangan lah jadi ibu yang...
Longgar jiwanya
Rapuh imannya
Sempit mindanya
Mudah-mudahan semua ibu sentiasa mendapat rahmat daripada ALLAH
Selamat Hari Ibu

nyum-nyum

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang