ermm..topic entry kali ni adalah untuk menggambarkan kekalutan dan kesibukan yang ibu alami sepanjang hari sebagai seorang ibu yang bekerja..
bangun seawal pukul6pagi tuk memastikan sempat mandi dan sembahyang sementara anak ibu masih lena di ulit mimpi
>>mesti rasa cam normal bangun kul6 kan??mungkin normal bagi mereka yang tidak perlu bangun beberapa kali di malam hari untuk susukan anak atau memerah susu..
sebelum pulang ke rumah waktu lunch.. pergi tapau makanan tuk atuk n nenek
>>susukan faris+lunch+solat
>>kadang-kadang di sebabkan faris masih tidak menggemari botol..kepulangan ibu pengubat rindu faris kepada neneng..bergayut sepanjang masa yang ibu ada..sampai tak sempat ibu nak sembahyang or makan..
balik petang..ni la masa yang ibu nantikan..sepenat mana pun seharian yang ibu lalui..tapi waktu bersama dengan anak ibu adalah yang paling menggembirakan..mandikan faris..masak untuk makan malam..
>>bila dah jadi ibu masa untuk diri sendiri sangat la terhad..semua jadi cepat..mandi cepat..makan cepat..
bila malam tugas ibu lak sepenuhnya dengan faris..(atuk n nenek leh berehat) after tidurkan faris baru dapat solat isya..di sebabkan penat selalu la ibu tidur awal..esoknya rutin yang sama akan berulang kembali
ibu tulis entry ni bukan untuk nyatakan sesalan, bukan tuk mengadu dan bukan tuk mengeluh..tapi ini kebahagiaan ibu semenjak ada faris..sesingkat mana masa ibu untuk diri ibu..ibu tetap bahagia kerana Faris dan keluarga kita adalah perkara pertama dalam hidup ibu sekarang...yang penting anak ibu sihat, ceria dan bahagia...
ibu tidak mungkin akan berhenti..ibu akan terus berlari..supaya masa yang ada sentiasa bermanfaat untuk kita sekeluarga..segalanya untuk semua yang ibu sayunk....semoga ALLAH sentiasa memberi ibu kekuatan untuk menjaga orang yang ibu sayangi..
meilleur abonnement IPTV
3 years ago
0 comments:
Post a Comment