Friday, May 21, 2010

FAris dan susu

salam sayunk tuk semua (tiba2 rasa nak meluahkan rasa kasih syg..huhu)

entry kali ni adalah untuk menceritakan kerisauan hati ibu terhadap corak penyusuan anak ibu..ada jugak terbaca di forum susuibu.com tentang ibu-ibu yang risau kan tahap penyusuan anak mereka yang agak kurang, tetapi belum mendapat jawapan yang ibu cari..

anak ibu boleh di kategorikan sebagai kurang menyusu..mungkin kerana kurang suka dengan menyusu dari botol..sudah 3 kali ibu tukarkan puting..tapi masih lagi sama..
pagi selepas ibu pergi kerja faris akan menyusu 1oz..dan smbung 1oz lagi pd pukul 10-11 pg..tgh hari pun akan menyusu 2oz..tapi 2 kali minum baru dapat habiskan 2oz tu..tengah hari ibu balik, faris menyusu dengan ibu..bila petang habis lagi 2oz..maksimum stok yang di gunakan hanyalah 6oz..dan pernah hanya 4oz yang di minum..
patut ke ibu risau??

semalam ke klinik tuk check up 3bulan..(dah besar anak ibu)..berat anak ibu 5.1kg dengan tinggi 62cm..ibu tanyakan pada nurse tentang berat faris..alhamdulillah nurse beritahu pembesaran (berat) anak ibu masih dalam paras normal mengikut graf yang di beri..

ibu harap..walaupun faris menyusu sedikit (botol)..faris dapat memenuhi keperluan seharian bila menyusu dengan ibu..coz ibu nak anak ibu membesar dengan sihat..ibu tak kisah kalau anak ibu slim cam ibu..huhu..yang penting badan mesti sihat..seperti yang paklong tegur, 'badan kental..isi pejal, kalau minum susu frmula badan takkan macam ni' (alhamdulillah)..kebetulan anak paklong semuanya di susukan dengan susu formula..so paklong dapat wat perbandingan badan anak dia dengan anak ibu..

::Faris Amsyar sedang menunjukkan skill meniarapnye::

ibu mendoakan yang terbaik tuk anak ibu..semoga anak ibu membesar dengan sihat dan kuat!!

2 comments:

cik_ah82 said...

jgn wisau la..
dia tgh belajar nk minum kot botol kot..
xpe, jgn berhenti berusaha k..:)

kayzie said...

thanks..alhamdulillah skrg dah ok sket..aritu ayah dia amik cuti smggu..alhamdulillah 2-3 hari dalam masa mnyusu ngn ayahnye br la dia ok..skrg dah leh hbiskan 4oz sekali mnum..:)

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang