Monday, October 31, 2011

Faris 20 bulan | Budak kampung

Salam..

Dah lama rasanya tak menulis atau update perkembangan Faris dengan entry khas untuk anakanda seperti ini. Selalunya cerita perkembangan anakanda di selit dalam entry lain. Untuk kali ni ibu buat entry khas pula..

20 Bulan sudah usia anakanda, kurang 4 bulan genap 2 tahun..


Alhamdulillah, syukur sangat kerana pada usia belum mencapai 2 tahun ALLAH berikan pelbagai kepandaian yang sesuai dengan usia anakanda ketika ini..

*huruf A, B , C, W dan O..:)..pelik kan kenapa W dan O? huruf lain Faris masih ingat-ingat lupa, untuk W dan O, anakanda memang hafal mungkin kerana bentuk yang lebih mudah di ingati. Ibu suka gunakan buku bergambar untuk memperkenalkan huruf. Menulis huruf di kertas dan meneka huruf bersama-sama sudah menjadi aktiviti wajib setiap hari kami bertiga.

* Faris sudah boleh mengira 1 - 10 tetapi hanya mengenal nombor dalam bahasa inggeris sahaja. Cuma mood mengira tak selalunya ada. Bila ada mood, anakanda akan mengira, tapi bila di suruh, Faris akan mengira main-main pula..
Ibu selalu mengira jumlah kenderaan yang kami nampak di jalan raya sekiranya ke mana-mana, tanpa di sangka suatu hari anakanda mengira sendiri.."one car, two car..."..Alhamdulillah

*Huruf jawi anakanda baru mengenal Alif, Ba dan Ta. (Ibu perkenalkan dengan sebutan baris atas.)
Mengajar anakanda megaji memang mencabar, sesi membaca iqra' ibu dan ayah bergilir menjadi tok guru selepas solat Maghrib, sengaja biasakan jadual sebegitu sejak kecil walaupun hanya dapat beberapa minit dan kekadang saat untuk menarik perhatian anakanda supaya duduk diam
Tampalan flash card huruf jawi di bilik Faris dan penggunaan buku bergambar juga membantu. Cara pengajaran sambil main-main sangat sesuai untuk usia Faris kerana sangat mustahil untuk dapatkan fokus anakanda.:)

* Surah Al Ikhlas anakanda dah boleh sambung dari bacaan ibu, tak sabar untuk mendengar Faris membacanya dengan lancar. InsyaALLAH tak lama lagi..Ibu usahakan supaya anakanda dapat menghafal surah al Ikhlas dan Surah Al Fatihah sebelum mnginjak usia 2 tahun..Semoga ALLAH memberkati usaha ibu dan ayah.

*Anakanda dah ada 12 batang gigi, gigi taring dah cuba menampakkan diri, so kena semakin rajin menggosok gigi. Ibu masih menggosok gigi anakanda tanpa penggunaan ubat gigi

*Anakanda sangat petah bercakap, kalau ke mana-mana mesti akan ada yang terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulutnya..kadang-kadang ibu pun kembali berfikir dari mana perkataan itu di pelajari.
contoh beberapa hari lepas
Ibu: Faris sayang ibu tak?
Faris : entahlah..
ibu tak pasti Faris faham atau tidak dengan maksud 'entahlah' tapi kebiasaannya Faris akan menjawab 'sayang'..:)
Seronok melayan Faris bercakap coz selalunya perkataan yang keluar akan membuatkan ibu dan ayah tergelak, tak menyangka perkataan itu keluar dari mulut anak kecil kami :)

*Berat badan anakanda..oh sangatlah ringan, hanya 8.8kg. Anakanda sangat kuat makan tetapi aktif. Tidak dapat di sangkal lagi, anakanda mengikut gen ibu, tahap metabolisma tinggi..hehe :)

* Faris sangat kuat mengigau, bercakap dalam tidur. Mungkin kerana terlalu keletihan di siang hari sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi..:)

* Faris sangat suka menulis dan melukis

* Sejak bayi sehingga sekarang (masih bayi kan?) anakanda takut dengan bunyi dari blender, vakum dan mesin-mesin. 

Itu yang boleh ibu kongsikan setakat ini..dan gambar ini pengubat rindu ibu kepada anakanda..
Aktiviti anakanda bila balik ke kampung atuk, kampung sebelah ayah aktiviti agak terhad coz kekurangan ruang tanah, bila balik ke kampung ibu, Faris seronok 'mengotorkan' diri. Ibu suka Faris berpeluang bermain tanah dan kotoran seperti ibu zaman kanak-kanak dulu..:)


Ini aktiviti semalam, sibuk dengan chain saw atuk, mengikut atuk ke kebun getah orang untuk mencari kayu api persediaan untuk kenduri mumy tidak lama lagi. walaupun baju kotor dan penuh kesan gigitan nyamuk di tangan, kaki dan kepala tetapi anakanda memang tak nampak penat langsung..



Tiga gambar di atas adalah aktiviti semasa balik raya lepas, bermain tarik upih bersama sepupu dan pak long..di rumah sendiri tak merasa aktiviti seperti ini..:)

Wassalam..

Sunday, October 23, 2011

Menyusu semasa hamil

Salam..

Jumaat lepas baru ibu di berikan kekuatan untuk berjumpa doktor. Sebelum tu, dah beberapa kali ayah minta dan bawa ibu ke KMC, untuk check up dan dapatkan pengesahan dari doktor, tapi ntah kenapa tuk 2nd time ni, debaran tu melebihi masa pregnant kan Faris..huhu..

Jumaat lepas, ibu decide untuk ke poliklinik, so alhamdulillah, sure la +ve pregnancy test. Mengikut perkiraan doktor, hari ini ibu genap 10minggu, expected due date 23 Mei 2012. Then, peluang ini  ibu gunakan untuk bertanya kepada doktor berkenaan breastfeeding. Kata doktor, 'no problem, u still can continue coz sampai satu tahap, susu akan berubah rasa, kadang-kadang ada anak yang stop sendiri bila tak berkenan dengan rasa susu tu, tapi ada juga yang terus menyusu', itu lebih kurang ayat doktor tu. 

Pernah seorang kawan nasihatkan ibu untuk berhenti menyusukan Faris atas alasan ' kesian kan baby', menurut doktor tu, tiada istilah kesian coz yang supply zat sume adalah ibu, so ibu perlu ambil suplemen seperti kalsium 1200mg sehari (doktor bekalkan ibu tablet 300mg, so makan 4kali sehari) dan start dengan obimin bila masuk 3 bulan sebagai sumber zinc etc. So rasanya tak timbul istilah abang curi zat adik..hehe..Sorry kalau penerangan ibu buat korang kompius, kalau nak lagi jelas better dengar sendiri apa doktor cakap coz maybe lain orang, berbeza kondisi, dan tak mustahil kalau lain doktor, lain pandangannya.

Ada juga yang takut dengan risiko keguguran, ibu pernah baca tapi lupa nak simpan sumbernya, risiko keguguran untuk bf semasa hamil sangat rendah. Bf memang boleh menyeababkan pengecutan rahim kan? Tapi mengikut sumber tu, ada beberapa kondisi yang meletakkan kita sebagai berisiko tinggi, salah satunya adalah kalau pernah mengalami keguuguran, 2 lagi faktor mereka yang berisiko ibu tak ingat..huhu..camne ni?info pun tak berapa lengkap..ibu nak cakap banyak pun risau kalau ada yang kata ibu memandai kan?So better rujuk pada yang lebih pakar untuk lebih jelas..:)Wallahualam..

Faris memang ibu dah ajar dengan FM, standby untuk siang hari coz ibu takut kalau sumber kalsiumnya tidak memenuhi keperluan seharian. Tapi setakat ni, dia memang tak berkenan dengan FM, lebih rela minum air masak dan tunggu kepulangan ibu. Tapi pelik, ibu tak rasa apa-apa bila tengok pembaziran FM tu, sebotol atuk sediakan langsung tak di minum berbeza perasaannya kalau tengok Faris tak habiskan EBM yang ibu tinggalkan dulu..hehe..Alhamdulillah ibu masih lagi berdaya untuk memberikan haknya. Ibu perasan sekarang, kalau neneng pun, Faris tak neneng lama, seolah-olah hanya untuk melepaskan gian sahaja. InsyaALLAH bila masuk 3 bulan nanti, ibu akan berjumpa pakar pula untuk dapatkan nasihat dan pandangan. Sekadar untuk menambah pengetahuan dan memastikan yang terbaik untuk kedua-dua buah hati ibu..:)

Kesimpulan mengikut pandangan ibu yang kurang arif ini, sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan kepada baby dalam kandungan, anak dan ibu, ibu boleh teruskan menyusu. Tapi kalau memudaratkan, ibu pun akan memilih jalan untuk stop..:)

Ibu harap, ALLAH sentiasa permudahkan segalanya, lindungi anak dalam kandungan ini dan memberikan ibu kekuatan untuk sentiasa memberikan yang terbaik buat Faris dan adik..:) Ibu hanya mengusahakan apa yang terdaya dan berserah.

p/s: sekadar perkongsian dan juga ilmu untuk mendidik diri sendiri. Feel free tuk berikan pendapat sekiranya ada pandangan lain yang boleh di kongsikan untuk manfaat bersama..Thanks..

Sejak akhir-akhir ni, entry bosan jek kan?tanpa gambar lagi..hehe..

Wassalam..

Thursday, October 20, 2011

Header Baru ;p

Salam

Akhirnya..ada juga perubahan pada blog ibu...Tengok blog orang lain tiap-tiap bulan bertukar, touch up sana sini, blog ni masih di tampuk lama..ahaks..nak buat camne kalau dah tuan empunya blog 'terlalu kreatif' bab men'design' dan meng'edit' gambar..haha. Seriously memang ibu tak pandai nak edit gambar, bukan edit aje, amik gambar pun selalu fail..hehe..dah ramai blogger yang ambil tempahan buat header kan? Tapi belum sempat ibu nak mencuba, cuba main-main sendiri dulu ni..hehe

So dengan adanya header baru yang tak seberapa ni (di harap korang tak gelak)..haha..berubahlah sedikit pemandangan blog ibu..:)

Ada sedikit masalah yang memerlukan bantuan kamu yang pakar..camne nak 'centre' kan header tu ek??senget camtu rasa cam tak siap jek (terlalu ke kiri)..So please kalau ada yang pndai..TUNJUK AJARKU SIFU...

p/s: edit cam kanak-kanak jek rasanya..huhu..tapi halal la ek..janji header baru..ahaks..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang