Sunday, July 31, 2011

Esok Puasa?

Selamat tengahari ibu-ibu dan bapak-bapak..

Apa aktiviti hari ini? ke pasar untuk membeli bahan mentah? ke bandar untuk membeli persiapan raya? atau di dapur menyediakan juadah untuk bersahur?
InsyaALLAH esok kita semua akan berpuasa dan menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan. Alhamdulillah tahun ini, ibu dan Faris dapat berpuasa sepenuhnya bersama ayah. Tahun lepas, ayah berpuasa di Kuala Lumpur dan hanya pulang pada hujung minggu sahaja.

Ibu sedang memasak singgang tulang, perlu di masak awal supaya keenakanya lebih terasa untuk di makan di waktu sahur nanti..hehe..anakanda sedang tidur, menanti anakanda bangun untuk ibu ke kedai berdekatan, ibu mahu beli santan untuk bubur pulut hitam hidangan makan petang nanti. Apa menu kawan-kawan?

Seminggu ibu berehat daripada blog, tapi dapat juga sekali sekala menjenguk blog kawan-kawan. Sebenarnya anakanda demam sejak Ahad lepas, berpanjangan pula demamnya kali ni. Alhamdulillah semalam suhu dia turun ke suhu normal selepas hampir seminggu demam. Kesian anak ibu, selepas 4 hari demam ibu bawa Faris ke KMC, doktor arahkan untuk di masukkan ke wad tetapi ibu enggan memikirkan ibu mahu cari alternatif lain. Tujuan ke hospital cuma untuk pastikan Faris tidak mengalami demam lain seperti denggi. Selepas sah ujian darah untuk denggi negatif, ibu cuba cara lain. Alhamdulillah dengan izin ALLAH, air bacaan ayat suci Al-Quran berjaya dapat mengembalikan kesihatan anakanda. Sepanjang demam, Faris langsung tak mahu berenggang dari ibu, sepanjang malam mahu bergayut neneng dengan ibu. Akibatnya ibu pula mengalami sakit belakang sehingga mengganggu tidur.

Banyak cerita yang belum ibu ceritakan di diari untuk anak ibu ini, InsyaALLAH esok akan ibu sambung bercerita tentang hari sukan Faris. Hari ini ibu bersiaran (ahaks) khas untuk mengucapkan 'SELAMAT BERPUASA' kepada semua kawan-kawan alam maya ibu dan semua yang sudi membaca. Maaf kepada geng blogger Pahang, untuk kali ke2 ibu masih belum dapat sertai perjumpaan.
Semoga bulan ini membawa keberkatan kepada kita semua. Tidak sabar untuk bawa anakanda bertarawikh.InsyaALLAH..


Friday, July 22, 2011

Membodek jiran

Masa menyewa dulu, jarang ada masa untuk bertegur sapa dengan jiran. Lebih-lebih lagi, ibu kerap tinggal seorang diri kerana ayah berbulan-bulan terpaksa kerja di luar kawasan. Hari-hari ibu banyak ibu habiskan di dalam rumah, menghiburkan diri dengan mengaji dan berceloteh dengan Faris yang masih dalam perut ibu waktu itu.

Pernah satu hari dapat berbual panjang dengan jiran, tapi cerita yang tak berapa best pulak yang ibu dapat. Waktu itu, ayah di Brunei, ibu keseorangan di rumah selama 2 bulan. Boleh pula si jiran bercerita tentang kes pecah masuk  dan juga kes pukau yang berleluasa di kawasan itu. Beberapa buah rumah telah menjadi mangsa. Ibu tak pasti masa tu nak berterima kasih atas cerita yang di sampaikan atau bagaimana. Coz sememangnya buat ibu tak dapat nak melelapkan mata. Ibu hanya tidur di ruang tamu, dan sofa ibu tolakkan tuk menghalang pintu. Ibu berdoa pada masa tu, kalau si pencuri 'terbuka hati' nak pecah masuk rumah, biarlah masa ibu keluar bekerja dan seboleh-bolehnya tak 'terbuka lah hati' pencuri itu..^___^

Di rumah sekarang, jiran semuanya peramah. Ibu pun suka bertegur sapa cuma jarang dapat berborak panjang. Sampaikan seorang jiran ibu menegur kerana katanya ibu susah keluar rumah, sedangkan mereka kerap keluar dan berbual panjang di taman atau di hadapan rumah. Bukan susah atau sombong tuk bergaul cuma masa yang ibu ada sangat terhad. Pulang dari kerja, nenengkan Faris, sediakan makan malam Faris dan mandikan Faris. Bila setel semua kerja jam pun dah hampir pukul7, kecuali sekali sekala pada hujung minggu dapatlah ibu bawa Faris ke taman dan berjumpa jiran. Esok adalah hari sukan taska anakanda, jiran sebelah rumah pula adakan tahlil dan solat hajat pada masa yang sama. So ibu perlu atur strategi tuk pastikan jiran kita tidak terasa hati kerana kita tak dapat hadir majlis mereka.

Wassalam..:)

Monday, July 18, 2011

Neneng work!

Faris sekarang sedang rancak belajar bercakap..setiap patah yang Faris dengar, Faris akan ulang semula. Soalan atau arahan ringkas Faris dah boleh bagi respon. If tak respon dalam bentuk jawapan lengkap, Faris akan tunjuk sign jek..'angguk, geleng' (sambil ulang ayat kita) ataupun Faris akan selesaikan arahan yang di berikan dengan action. Contohnya kalau ibu kata 'Faris close the door please'..cepat-cepat dia akan tolak pintu sampai tertutup. So sekarang, syok la ibu mengeluarkan arahan, bukan tuk membuli anak tapi seronok bila tengok Faris faham dengan arahan yang di sampaikan..buang pampers, simpan barang atau pakai kasut. Seronok tengok Faris terkedek-kedek ke dapur tuk buang pampers. :)

Semalam, ibu sidai baju di luar, tapi Faris main bekas yang di dalamnya ada duit RM10. Sambil-sambil sidai baju ibu sebutkan 'Faris tak boleh main duit, nanti hilang'..habis ibu cakap, ibu tengok Faris dah berlari masuk rumah..ibu pun follow takut kalau dia main benda yang tak patut. Rupa-rupanya anak ibu simpan duit dalam bilik. Good boy

Semalam juga, lepas Faris mamam, Faris minta neneng (bf), ibu pun sebut (coz dah beberapa kali bf walaupun sekejap-sekejap sebelum itu) "ishh..asek nak neneng je kerjanya"..sambil Faris gelak-gelak dia ulang cakap ibu tapi dah siap translate "asek neneng je work"..beberapa kali di ulang ayat tu membuatkan ibu dan ayah tergelak..

Ibu ajarkan dia sebut "ayah work" setiap kali Faris menyebut "ayah kerja" so Faris pun tolong translate "neneng jek kerja" kepada "neneng jek work"..so cute..hehe

Faris rajin 'study', kebanyakan buku yang ibu dan ayah belikan Faris dah katam, tapi baru kenal gambar-gambar dalam buku je. Harap tidak lama lagi boleh kenal huruf pula terutama huruf jawi k..

Gigi dah bertambah lagi 2 batang, so jumlah gigi sekarang 10 bantang..ibu ingatkan garham, tapi ayah kata bukan..cuma gigi kali ni di bahagian belakang/ dalam sedikit. Semakin mudah anak ibu nak mengunyah makanan. Alhamdulillah..

Serba sedikit update perkembangan anak ibu pada usia 1 tahun 4 bulan..esok dah masuk 17 bulan...Alhamdulillah untuk kesihatan dan kecergasan yang ALLAH kurniakan.

ps: ibu suka dengan perkataan 'neneng je work' tu..so jadikan itu sebagai tajuk entry...leh kan?hehe..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang