Wednesday, August 29, 2012

Tentang Dia (Abang)

Salam..

Hari ni takde 'Wordless Wednesday' coz nak menulis entry penuh kata-kata..hehe..nak bercerita tentang anak bujang ibu..baca status kawan ibu yang cuba dapatkan tips camne tuk kawal kemarahan terhadap anak membuatkan ibu teringatkan abang..ibu takde tips coz ibu sendiri leh di katakan selalu gagal dalam bab ni **masih mencuba..;(**. Entry ni hanya cerita santai tentang Abang

Ibu tulis ni harap-harap suatu hari nanti abang akan baca dan masa tu ibu harap abang still 'sweet' n 'caring' macam sekarang..:)

Alkisahnya pada suatu hari..waktu emosi ibu sedikit terganggu di sebabkan masalah-yang-tak-serius-mana-pun...tapi hati ibu hati tisu..maka dengan itu ibu ter'menangis' waktu sedang melayan anakanda. Bila nampak ada titisan air mengalir dari pipi ibu..maka...

Faris : ibu..kenapa ibu menangis?
ibu: ibu sedih
Faris : kenapa ibu sedih?ibu jangan sedih..abang kan ada..meh abang pujuk..

**datang kat ibu sambil usap bahu dan lengan ibu..

bila di pujuk, ibu pun semakin mengada-ngada air mata makin laju la pulak..maka anakanda ubah posisi, datang ke depan ibu sambil 'selak' rambut ibu, pegang pipi ibu dan berkata...

Faris: ibu..ibu jangan sedih...abang ada kan..dah..dah..(sambil lap air mata ibu)

Abang..abang memang 'sweet'..abang sangat penyayang..semoga ibu tak menyebabkan abang berubah dari sifat semulajadi abang ni supaya sampai ke tua pun abang akan pujuk setiap kali ibu menangis..:). Ayah pun kagum dengan sifat penyayang abang ni tau..

Abang sweet..dan kadang kala abang suka gak wat ibu sentap..contohnya semalam masa melayan abang main tab

Ibu : abang, ibu g sembahyang dulu la ek
Faris: ok, ibu g sembahyang, kang lambat pulok kang (slang ada sikit 'ganung')

sebelum tidur
Faris : (sambil pegang kepala ibu) ibu jangan marah-marah abang tau
Ibu: bila ibu marah abang?
Faris : ibu janganlah marah-marah abang, ibu kena dengar cakap abang
ibu: eh..abang lah kena dengar cakap ibu
Faris: ibu kena dengar cakap abang (tegas), nanti abang cakap 'good boy' lah ibu ni..
ibu: ermmm ok

Emosi abang mungkin sedikit terganggu semenjak ada adik ni kan?ibu dan ayah cuba jadi yang terbaik tuk didik abang dan adik. tapi kadang, terlepas gak kemarahan bila abang buat perkara pelik-pelik..suatu hari tu, dalam kereta, abang dengan sengaja tonggeng2 kan botol susu tuk keluarkan susu. Susu menitik dalam kereta, bila ayah nampak ayah ambil botol susu dan marahkan abang. Abang diam je tapi lepas tu abang luahkan perasaan..

Faris : Ayah....(diam kejap)..ayah janganlah marah-marah abang macam tu..

Ibu n ayah terkedu..rasa nak menangis pun ada..

kesian abang....


**semoga ALLAH anugerahkan sifat sabar kepada ibu dan ayah dalam mendidik anak-anak..

Monday, August 27, 2012

Kemeriahan Aidilfitri 2012

Salam..

Alhamdulillah..dapat kekuatan tuk kembali bekerja selepas bercuti seminggu sempena Hari Raya..hehe..walaupun hanya jasad yang berada di office..(buktinya sekarang saya sedang menulis entry blog..keh..keh)

Mengikut perjanjian (hehe), tahun ini adalah 'turn' beraya di kampung ibu. Memandangkan Mummy (adik ibu) tengah sarat dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak sulungnya, maka kami hanya beraya di Kuantan. Semua ahli keluarga kita berkumpul di rumah kita di Kuantan pada malam raya pertama. Sedikit terkilan bila pak su terpaksa balik ke kampung selepas berbuka puasa terakhir. Maka pagi raya 2012 adalah raya pertama tanpa pak su (walaupun paksu masih bujang..means tiada keluarga lain..ermmm).Juadah raya pertama adalah nasi impit dan kuah kacang, rendang daging, lemang (import dr kampung) dan ketupat palas (beli).

Raya ke2 awal pagi ibu bangun tuk siapkan nasi dagang dan sup tulang. Masak dengan banyak coz planning kami nak balik hari ke kampung, tahlil untuk arwah mak. Tengah syok memasak 2-2 hero lak bangun, so ibu minta bantuan mummy tuk tengokkan anak2. Tapi mummy lak bagi kejutan, dah turun tanda (darah) dan rasa sakit-sakit katanya. Terus cancel plan nak balik kampung. Dari pagi menahan sakit di rumah, pukul 3 petang baru ke hospital. Dalam pada kalut-kalut tu tak sempat dah ibu nak pikir nasib makanan yang ibu dah siapkan. Padahnya, balik kul3 pagi ke rumah, nasi dagang dah basi..huhu. Tapi apapun Alhamdulillah coz mummy selamat melahirkan hero kecil ke tiga pada malam tu dan cucu ke3 atuk ni berkongsi tarikh hari lahir dengan atuk..:)
Meriahkan raya tahun ni?nasib baik ibu sempat tunaikan permintaan mummy tuk makan nasi dagang dan puding roti. Baju raya ibu hanya siap sepasang, mummy n daddy pun hanya sempat membeli sepasang baju raya. Hikmah di sebalik tu rupanya anakanda nak keluar pada hari raya ke2..hehe..

So 2 hari kami beraya di hospital, mummy keluar tengahari pada hari raya ke3. Alhamdulillah baby keluar time raya so ramai saudara mara yang dapat berkunjung ke rumah kita dan ziarah baby baru. Sampaikan tahun ni kita tak bermalam di kampung ayah (sowi sayunk). Cuma sempat balik hari melawat nenenk dan aki pada hari raya pertama dan ketiga (mujurlah kg dekat kan?). InsyaALLAH kita gant balik masa yang dah terbabas tu pada Hari Raya Aidiladha nanti..:)

**tak sabar nak menulis pengalaman sebagai 'pemerhati' menyambut kelahiran dan 'pemerhati' kepada ibubapa baru..InsyaALLAH harap di berikan kesempatan supaya dapat share kisah tu..

Sebelum tu..layan gambar raya kami..hehe

 Mummy dan Pok Yi bersama Ayman pada hari Raya pertama..:)

 Kiut sungguh anak ibu dengan samping labuhnya tu..huhu

 Tahun ni kaler Hijau..hehe

 Ustaz Ayman...:)..Thanks nenek tolong jahitkan baju Ayman

  
Red Warriors..posing raya di hospital..hehe

 
 Abang..


 Baju Ayman dan abang adalah hadiah dari mama..thanks mama

Hero Syawal..:)

Thursday, August 16, 2012

Ahmad dan Hafizi

Salam..

Pagi ni masa masuk office kebetulan kawan ibu pasang Hotfm, dan terdengarlah suara comel menyanyikan lagu Balik Kampung (sama cam abang Faris nyanyi..:)).. Korang kenal tak dengan pelakon cilik n comel dari iklan raya bernas ni?Rupanya pagi tadi diorang di jemput ke Hotfm. First time ibu tengok iklan ni masa menunggu waktu berbuka minggu lepas. Bergenang air mata part Ahmad keluarkan gambar mak dia di katil (**teringat kecik-kecik dulu suka tengok hujan sambil ingat arwah mak** :)). Seyes sedih. Lagi sedih bila tonton iklan tu sampai ke akhirnya. Pandai Ahmad dan Fizi memainkan watak masing-masing. Banyak pengajaran daripada iklan tu tapi yang pastinya ia mengajar kita untuk bersyukur..

Semoga kekurangan yang ada pada kedua-dua anak kecil ini akan menjadi kekuatan untuk mereka sentiasa berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Terhibur melihat wajah keduanya walaupun masih tak tahu kisah sebenar kehidupan diorang.


Untuk anak-anak ibu (ibu tak pandai bermadah)..

Jangan pernah rasa kita yang paling malang
Jangan pernah rasa kita yang paling kurang
Jangan pernah mengeluh dengan apa yg kita tak dapat
Jangan pernah mengeluh dengan apa yg kita hilang

Kerana kita bukan yang paling malang
Allah dah berikan secukupnya tiada yang pernah kurang
Biarkan yang kita tak dapat, gunakan sebaiknya yang kita miliki
Kerana itu adalah tanda syukur kepada pemilik abadi


Kepada semua yang sudi membaca..
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang