Wednesday, August 15, 2012

Anak-anak Ibu :)

Salam...

Hari ni ramadhan yg ke berapa???susah ek nk kira..k ubah soalan..berapa hari lagi nk raya??oo..cpt jek kira ek??hehehe..bahang raya dah terasa..Kesukaran tuk shopping sangat terasa bila ada anak kecil..nak berpusu-pusu di tempat orang ramai sangatlah tak sesuai kan?So terpaksalah shopping berperingkat..hehe..

Debaran raya kami sekeluarga yang paling utama adalah untuk menyambut kedatangan ahli keluarga baru. Adik ibu (mummy Faris dan Ayman) bakal melahirkan anak sulungnya..anytime from now..haha..due nya adalah pada hari raya ke3. Tapi sekarang dah stand by di rumah ibu coz dah ada tanda-tanda pelahiran. Kepada yang mengenali, doakanlah yang terbaik dan semoga di permudahkan segala urusan untuk Mummy dan baby. Ibu sangat excited coz ini adalah anak saudara pertama ibu..hehe..

So kemungkinan besar kami sekeluarga beraya di Kuantan je tahun ni..Pada ibu, raya di mana tak penting, yang penting bersama orang yang tersayang..kan?

oppss..hanyut ke tengah lautan dah pulak..ahaks..langsung tak kena dengan tajuk entry. ok. Hari ni genap 3 bulan anakanda di lahirkan, dan sudah 3 hari ibu kembali bekerja. Alhamdulillah dapat menjalankan kerja di office dengan lebih tenang coz anakanda Ayman dan Abang Faris dah di latih untuk tinggal di Taska 2 minggu sebelum ibu bekerja. Hopefully, mereka sentiasa di lindungi di sana. Anakanda Ayman masih belum pandai meniarap, lambat berbanding Abang Faris..:). Berat sekarang 5.2kg dan Alhamdulillah di kurniakan dengan kesihatan yang baik walaupun abang Faris sudah lebih seminggu mengalami selsema.

 Pernafasan 'Berbunyi'
Semalam ibu bawa Ayman tuk check up di KMC kerana Ayman mempunyai sedikit masalah bila bernafas. Ada bunyi pelik setiap kali Ayman bernafas dan kadang-kadang sampai mengganggu tidur dan penyusuan. So ibu putuskan tuk dapatkan pandangan pakar. Risau kalau perkara tu memudaratkan. Selepas berjumpa pakar dan di rujuk kepada bahagian fisioterapi, keputusannya tidak membimbangkan. Masalah berpunca daripada saluran hidung kiri Ayman yang agak sempit dan tidak dapat di tembusi dengan tiub. Jadi berkemungkinan masa Ayman di lahirkan, lendir tidak dapat di sedut habis. Bunyi tu datang dari lendiran yang terperangkap di rongga antara hidung dan mulut Ayman sebab tu ianya mengganggu anakanda bernafas. Oleh kerana ahli fisio pun tak dapat nak masukkan tiub dengan tujuan membuang lendir, doktor putuskan supaya ibu hanya menunggu masalah itu berakhir sendiri. Apabila tempurung kepala membesar seiring dengan pembesaran anakanda, saluran hidungnya pun akan turut membesar dan melancarkan pernafasan anakanda. Benda ni normal untuk bayi baru lahir, even Abang Faris pun mengalami benda yang sama cuma bunyinya tak begitu kuat dan hilang bila mencecah usia 2 bulan.

Karakter Abang
Abang Faris akan genap 2 tahun setengah pada 1 Syawal akan datang, di sebabkan ke'becok'kan mulutnya ramai yang tak percaya dengan umur Abang Faris. Hari kedua ibu hantar anakanda ke Taska, teacher beberapa kali minta kepastian umur Faris. Ibu jawab dengan dahi berkerut 'betullah umur dia 2 tahun'. Ibu pelik coz takut kalau-kalau tersalah isi borang. Rupanya teacher tak percaya sebab Faris lancar bercakap dan banyak 'mengajar' teacher dan kawan-kawan di taska..hehe..siapa yang selalu bersama dengan Abang Faris pasti tau karakternya sebagai 'penghibur' dan kelakar. Anakanda ibu ni juga seorang yang sangat penyayang dan romantik..:)

Puan A: abang..aunty ambil adik ye
Faris : tak boleh
Puan A : bolehlah aunty pinjam
Faris : tak boleh..janganlah, nanti abang sedey...(menangis)

**itu satu lagi karakter Faris Amsyar..cepat sangat tersentuh dan mudah menangis..hehe..



Ayman (atas) vs Faris (bawah) 1bulan
 


semoga semua anak ibu membesar menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia dan akhirat..amiin..


Wassalam...

Thursday, August 2, 2012

Salam Ramadhan from Ayman

Salam..

Ahaks..agak lewat tuk ucapkan salam Ramadhan tp masih blom terlambatkan? Kita masih di pertengahan Ramadhan, bahang Raya memang dah terasa tapi jangan sampai terabai bulan yang mulia ni..**ingatan tuk diri sendiri juga..:)

Lama tol blog di biarkan bersarang..beluncas dah pun bertukar menjadi rama2 yang cantik..ahaks..berudu pun dah jadi katak..eh..eh..

Kalau melalut lama2..nanti hero kecik bangun, langsung terbantut kerja..so quick update tentang 2 hero kesayangan hatiku..:)

Ayman dah 2 bulan..genap 80 hari dah sebenarnya..
**berat bersih..ahaks..masa check up 64 hari adalah 4.8kg..Alhamdulillah
**dah pandai gelak n tersengih-sengih..actually leh katakan permurah senyuman si kecik ni, sentiasa senyum..manis cam ibu..eh..eh..ahaks..:)
**genap 60 hari baru-perasan-saya-ada-tangan-.tak berhenti isap jari sejak tu..:)
** rambut sangat cepat menumbuh sejak di botakkan
**masih sangat susah untuk menangis sejak di lahirkan

Ayman sangat berbeza dengan abang Faris..
>>Ayman tak suka bertopi..pantang ada benda di letakkan atas kepala even sehelai kain kecil..kompem menjerit or menggeleng-gelengkan kepala tanda protes
>>sangat tak pandai menyusu sambil ibu berbaring..mesti nak ibu duduk dan pangku dia gak..haishhh
>>sangat kerap 'jeluak' susu..abg Faris lak langsung tak pernah..

Sepanjang 80 hari ni, hero besar sangatlah menyayangi adiknya..Alhamdulillah..semoga kasih sayang mereka berpanjangan..

Abang Faris bakal 2tahun setangah bulan ni, dan sangat pandai menjaga adiknya. Pantang adik takde depan mata cepat je mencari. Langsung tak nk adik berjauhan. 2-2 hero ni dah belajar ke school sejak semalam. Ibu akan mula bekerja pada 13hb, so latihan awal di perlukan untuk kesejahteraan sejagat..hehe..Alhamdulillah di hari ke2 ni, respon teacher diorang..Faris pandai sesuaikan diri, Ayman lak dah dapat terima menyusu EBM dari botol. Puting yang berjaya memikat hatinya adalah puting MAM..thanks MAM..eheh..

Seronok menjadi surirumah,sangatlah berat hati tuk bekerja tapi rindukan kawan-kawan sekerja..ahaks..Seronok sebab leh masak macam-macam. Kalau dah kerja nanti tatau la camne..haha..En suami pun rasa seronok dapat makan di rumah selalu..air tangan isteri katanya..haha..excited sampai semangat nak kasi ibu 'new tools'..hehe..yang tu kita story kemudian k..

ok.seronok dapat update blog walaupun dengan cerita mengarut, nak siap-siap tuk sediakan juadah berbuka lak, tadi dah buat puding custard dengan fruit cocktail tuk 'mencuci mulut' lepas makan nanti..ahaks..buat awal sebab semalam lambat dapat 'basuh mulut' gara-gara 'lapis cheezy' yang ibu sediakan perlukan 6jam tuk di sejukkan..:).ayah pun frust tak dapat nak rasa terus..hehe..so hari ni nak make sure ia dapat di hidangkan tepat pada masanya..:) apa santapan korang hari ni??

kalau korang sudi bacalah tapi lagi berguna kalau korang gunakan masa tuk baca cerita ngarut ni untuk mengaji..ahaks..**tazkirah ramadhan..jangan marahh rrr...

 sweet kan???abang mesti nak tido dekat adek..kadang2 adek menjerit sebab kena pelok ngn abang..hehe

 Wassalam...:)


Monday, July 16, 2012

Majlis Kesyukuran Ayman Zafran

Salam...

wahh..lama tak bersiaran..hehe..banyak idea dalam kepala cuma masa kureng. Banyak yang perlu di utamakan berbanding mengadap laptop nih. Surirumah la katakan..eh..bercakap sal suri rumah..sape kata surirumah releks?takde keje?rasanya jadi suri rumah lebih memenatkan daripada hari ibu bekerja di opis. Bila di rumah bersama anak-anak, masa rehat aka tidor mereka adalah waktu kerja kita..waktu kerja aka main mereka juga waktu kerja kita..Habis office hour pun surirumah masih perlu berkerja..cuma, ibu rasa lebih gembira, kurang risau dan selesa bila menjadi surirumah. Coz anak-anak depan mata mestilah lebih bahagia daripada di jaga orang lain kan?hehe..

hehe..gian nak menulis la ni kan?topik lain tapi ceritanya lain..ok..ibu just nak share picca sepanjang majlis aqiqah dan cukur jambul anakanda Ayman pada 30 Jun lepas..lama dah..huhu..Alhamdulillah waktu tu genap Ayman 45 hari.


Majlis kesyukuran di ketui kumpulan marhaban Masjid Afzan

  Majlis di mulakan dengan tahlil dan doa selamat.Ayman sangatlah baik sepanjang majlis..

 Berendoi..

anak ibu sebelum di botakkan

Ayman di cukur jambul oleh maa aka nenek Ayman 


 Ayman Zafran..


Kini kami berempat..;)
 


ibu, mummy dan Faris
 

 Selepas tamat majlis..projek membotakkan Ayman Zafran

Selamat dah di botakkan..cumel kan??

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Terima kasih daripada ibu, ayah, Ayman dan Abang Faris kepada nenek, mak lang, mummy dan pok yi yang banyak membantu perjalanan majlis ini. Semoga segalanya mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT.

Semoga segala doa dan nasihat untuk Ayman akan mengiringi pembesaran anakanda hendaknya..:)..Ayman mesti jadi anak soleh kebanggan ibu dan ayah k..

Cerita tentang 2 bulan bersama Ayman dan 29 bulan bersama Abang Faris akan menyusul sekiranya ibu dapat mencuri masa lagi..ibu bukan pencuri masa yang baik..hehe..

Wassalam

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang