Salam..
Entry ni sepatutnya di
publish minggu lepas, tapi selepas selesai aje upload gambar, dapat call dari atuk Faris, beritahu Faris menangis tak berhenti sambil cakap sakit telinga..itulah permulaan bagi kes warded minggu lepas..mujur ibu tinggalkan anakanda dengan atuk (tak pergi school) coz minggu sebelum itu anakanda dah tunjuk tanda-tanda awal jangkitan telinga tu.
Kami ke Mersing pada 16 dan 17hb Sept lalu sempena majlis pertunangan ayah teh (abang ayah), hampir semua adik beradik ayah join sekali kecuali ayah de yang berada di Rawang tak dapat nak join..So sebelum majlis pertunangan buat majlis ala-ala Family day lah pulak..huuhu..Bukan senang nak bercuti ramai-ramai memandangkan semua dah ada commitment kerja dan keluarga masig-masing..
Kami menginap di Homestay Air Papan..harga dan keadaan bilik memuaskan hati. Selesa dan bersih, itu yang menjadi keutamaan..:)
Kebetulan
view homestay ni adalah pantai Mersing, maka syok la anak-anak dan mak anak tak kurang bapak-bapaknya sekali nak terjun pantai. Anakanda yang masih selesema kami hadkan aktiviti airnya. Tak mungkin dapat halang terus kan bila dah nampak 'kolam' dia terbentang luas depan mata..hehe
Jom layan gambar mandi-manda..gambar homestay langsung tak ambil..coz kami antara keluarga yang lambat sampai, so bilik kami dah penuh dengan barang persendirian dan hantaran, tak sampai hati nak ambil gambar..hehe
Antara yang semangat nak mandi..nenek siap beli seluar baru lagi coz tak bawa seluar spare tuk mandi..huhu
Ayah ibu dan Faris..kompem la lagi semangat kalau dengan laut ni..hehe
orang lain dah start main air, ayah layan Faris main ball dulu..so takde la lama sangat Faris berendam nanti..hehe
ayah ngah demam..so just dating bersama mak ngah di tepi pantai..hehe
suka-suki
kami lagi
dah bosan di Pantai sambung di swimming pool lak..kebetulan keluarga kami je waktu tu..Ibu dah tak join coz dalam cubaan memujuk anakanda naik cepat..
Balik dari Mersing, dapat good news..hehe..nanti kita share k..
wassalam..