Wednesday, July 6, 2011

Wordless Wednesday -Faris Amsyar





Moga menjadi anak yang soleh..rajin tlg ibu, rajin gak buat ibu 'sibuk'..thanks anakanda..luv u so much

Monday, July 4, 2011

Cikgu bertemu Cikgi

Khamis lepas ada lawatan dari sebuah sekolah ke kolej ibu. Ibu langsung tak amik tau dari sekolah mana. Just prepare tuk demo yang perlu di tunjukkan pada diorang pada hari kejadian jek. Pelajar seramai 40 orang dan cikgu-cikgu pengiringnya seramai 5 orang. Bila terpandang salah seorang cikgu yag hadir barulah terdetik hati ini nak bertanya dari mana rombongan tersebut. Ku fikir ingatan daku ni sangat la lomah, rupanya salah sangkaanku..hehe.. serius terperasan dan teringat pada wajah salah seorang cikgu tersebut. Itulah cikgu ibu pada suatu ketika dahulu..hehe..Al maklumlah masa sekolah menengah dulu ibu sempat bersekolah di 3 sekolah berlainan, so agak lambat nak recall wajah2 yang hampir2 hilang dari kotak ingatan ni (cheewah).

Part yang paling best, masa ibu duk berkira-kira nak beritahu cikgu tersebut bahawa 'aku anak muridmu'..tiba-tiba cikgu yang tegur ibu 'ini anak murid saya kan?'..dengan muka bangga dan gumbira ibu akui..'ya cikgu, saya pun perasan cikgu tadi' (apa punya anak murid, patutnya ibu tegur dulu kan?bersalah rasa)..Cikgu pun terkejut tengok anak muridnya dah bekerja malah dalam profesion yang sama sebagai tenaga pengajar. Ibu pula terkesima dengan ke 'awet' 'muda' an cikgu tu? Berapa umur dia ek dapat maintain dengan wajah sweet cam langsung tak berubah dengan waktu dia mengajar ibu 14 tahun lalu???..Boleh ke ibu maintain camtu?(ahaks..motif)

Moral of the story di sini, sebagai pendidik ni paling best bila di hargai oleh pelajar kan?Bukanlah di hargai dengan hadiah apatah lagi wang ringgit, pada ibu cukup dengan sapaan or senyuman dan yang paling penting, jumpa dengan bekas pelajar yang dulunya sangat degil tapi 'mejadi orang', tak kisah sekecil mana kejayaan diorang yang penting 'menjadi'. Kalau zaman ibu dulu, kalau terserempak dengan cikgu masa tengah 'dating' or lepak kedai mamak ngan kawan-kawan memang rasa segan sangat-sangat. Tapi zaman sekarang, student pakai baju tak cukup kain, 'terkeluar' sana sini (padahal bertudung di kolej) tanpa segan silu datang tegur, seolah-olah nak beritahu 'inilah aku yang sebenarnya'..

zaman dah berubah..................

Thursday, June 30, 2011

Musim Durian - Jom pulut durian

Akhirnya semalam dapat jugak ibu tunaikan permintaan ayah yang mengidam nak makan pulut durian sangat, sebenarnya semua bahan dah sedia di beli sejak hujung minggu lepas cuma masa tak berapa mengizinkan. Tapi semalam Alhamdulillah sempat tuk ibu sediakan pulut durian sebelum ayah pulang. Korang suka durian?suka pulut durian? Jom refresh memory pulut durian, mana tau petang ni leh jadi juadah korang pulak..hehe..


Bahan-Bahan:
Beras pulut
Santan
Isi Durian
Daun Pandan
Secubit garam
Gula/ gula merah @ nisan (lebih enak)

Cara Penyediaan 
**Pulut
Ibu just masak seperti beras biasa. Boleh juga di kukus
**Santan
Di masak bersama nisan, daun pandan, dan secubit garam.
Setelah santan masak boleh di campurkan isi durian dan masak lagi.
Sesetengan orang, pulut, santan, manisan dan isi durian di hidangkan berasingan. Tapi kami suka isi durian di masak bersama santan supaya aromanya lebih menikam kalbu..hehe

**anakanda tak suka durian, suap masuk mulut terus dia buang n buat muka sambil sebut "asyammm"..haha..dah masam n pedas jek reti sebut, tak kenal lagi apa itu 'manis'..=)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang