Korang peminat steak?angkat jari hantu..korang peminat pasta?or pizza? Crocodile Rock Restaurant yang terletak di Jalan Dato' Mahmud Kuantan (ayat skema..hehe) kiranya perlu menjadi salah satu tempat yang korang patut jejak kalau jalan-jalan cari makan di Kuantan ni k. Sebenarnya dah 2 kali kami sekeluarga tumpang masuk parking Crocodile Rock ni, pastu ibu suh ayah je yang try masuk usha restaurant ni. Belum pun ayah sampai pintu masuk ibu dah panggil n ajak ke restaurant len..ngeh2..sebabnya?i had judged a book by its cover..hehe..tengok pada nama dan rupa luaran building dalam hati ni ada keraguan tentang kehalalan makanan di situ. Tapi setelah di selidik dan bertanya pada sumber-sumber yang boleh di percayai akhirnya kami gagahkan diri masuk ke sana pada Jumaat lepas..hehe
Masuk jek terus nampak satu meja yang penuh dengan awek2 bertudung..pastu di sambut lak oleh waiter n waitress Melayu juga..so dah nampak isi buku..baru lah hati rasa lega..hehe..
Special di sini of course la western cuisine n oso diorang punya homemade pizza..
eh sowi la..gambar mmg tak menarik..sebab terlupa snap sebelum makan..tengah2 makan baru teringat nak snap..hehe..
creamy spaghetti tuk anakanda..memang di sediakan kids menu di sini..
tekak ibu kata: not bad..ayah Faris kata..sedap yang ibu buat lagi..suamiku memang pandai jaga hati isteri..ahaks
lasagna..ayah punya
tekak ibu kata: shedapp
sirloin steak kompem tuk ibu
tekak ibu kata: sangat puas hati..same rate dengan Tjantek (tetap nak mention Tjantek..hehe..)
Harga?pada ibu harganya berbaloi dengan apa yang kita dapat, lagipun makanan sedia terhidang depan mata, tak perlu cuci pinggan,meja dan periuk belanga n tak perlu mop lantai lepas anak makan sepah-sepah tu pun dah cukup..ini bukan keluhan k..huhu..sebab tu kalau datang 'hari malas jejak dapur' or 'hari diriku perlu rehat' baru kami makan di luar..lain hari kalo ngidam sangat buat sendiri jek..
Tapi kalau ambience, ibu pilih Tjantek..lebih cozy, romantika d'amour dan tenang..(or adakah kerana hati dah suka?)..lain orang lain kegemarannya..:)
Malam ni korang nak makan apa?ibu nak masak tom yam putih...hehe..tak sabar nak balik..