Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday




i love beach..i love my hubby + Faris..;p

Tuesday, June 28, 2011

Akhirnya jejak gak crocodile rock

Korang peminat steak?angkat jari hantu..korang peminat pasta?or pizza? Crocodile Rock Restaurant yang terletak di Jalan Dato' Mahmud Kuantan (ayat skema..hehe)  kiranya perlu menjadi salah satu tempat yang korang patut jejak kalau jalan-jalan cari makan di Kuantan ni k. Sebenarnya dah 2 kali kami sekeluarga tumpang masuk parking Crocodile Rock  ni, pastu ibu suh ayah je yang try masuk usha restaurant ni. Belum pun ayah sampai pintu masuk ibu dah panggil n ajak ke restaurant len..ngeh2..sebabnya?i had judged a book by its cover..hehe..tengok pada nama dan rupa luaran building dalam hati ni ada keraguan tentang kehalalan makanan di situ. Tapi setelah di selidik dan bertanya pada sumber-sumber yang boleh di percayai akhirnya kami gagahkan diri masuk ke sana pada Jumaat lepas..hehe

Masuk jek terus nampak satu meja yang penuh dengan awek2 bertudung..pastu di sambut lak oleh waiter n waitress Melayu juga..so dah nampak isi buku..baru lah hati rasa lega..hehe..

Special di sini of course la western cuisine n oso diorang punya homemade pizza..


eh sowi la..gambar mmg tak menarik..sebab terlupa snap sebelum makan..tengah2 makan baru teringat nak snap..hehe..
creamy spaghetti tuk anakanda..memang di sediakan kids menu di sini..
tekak ibu kata: not bad..ayah Faris kata..sedap yang ibu buat lagi..suamiku memang pandai jaga hati isteri..ahaks

lasagna..ayah punya
tekak ibu kata: shedapp

sirloin steak kompem tuk ibu
tekak ibu kata: sangat puas hati..same rate dengan Tjantek (tetap nak mention Tjantek..hehe..)

Harga?pada ibu harganya berbaloi dengan apa yang kita dapat, lagipun makanan sedia terhidang depan mata, tak perlu cuci pinggan,meja dan periuk belanga n tak perlu mop lantai lepas anak makan sepah-sepah tu pun dah cukup..ini bukan keluhan k..huhu..sebab tu kalau datang 'hari malas jejak dapur' or 'hari diriku perlu rehat' baru kami makan di luar..lain hari kalo ngidam sangat buat sendiri jek..

Tapi kalau ambience, ibu pilih Tjantek..lebih cozy, romantika d'amour dan tenang..(or adakah kerana hati dah suka?)..lain orang lain kegemarannya..:)

Malam ni korang nak makan apa?ibu nak masak tom yam putih...hehe..tak sabar nak balik..

Anak mengamuk|nangis tanpa henti apa korang buat?

Salam n selamat pagi..

Awal-awal pagi dah berkobar-kobar meng'up' dengan tajuk yang panjang menjela nih..Alkisah anakanda ibu yang dah masuk 16bulan dah pandai mengamuk hentak-hentak kaki sekarang. Dah beberapa kali dia luahkan perasaan dia dengan cara itu, kebiasaanya ibu akan pujuk dengan pelbagai cara, belaian dan panggilan manja. If tak layan jugak, ibu akan bawa keluar rumah or tarik perhatian dia dengan macam-macam cara yang terpikir waktu tu. Ibu kompem panik bila Faris nangis tak berhenti. Jalan lain, ibu akan basuh muka Faris dan bisikan dengan bacaan ayat suci al-quran. Kalau tengah ngamuk, ibu dodoi lagi kuat dia ngamuk, rasuah  sumbat neneng pun tak layan..biasanya tak pernah tolak okey..n kadang-kadang kalau dah habis cara, ibu tinggal n buat tatau jek, kejam kan?

Malam tadi amukan berlaku lebih setengah jam bermula jam 8malam. Kalau drama pun ada waktu iklan, tapi Faris punya show semalam non stop okey..berpeluh-peluh jugak ibu pikir cara nak pujuk. Dah macam-macam soalan ibu tanya, 'kenapa ni?kenapa?sakit ke?sakit mana?' kalaulah di jawabnya..pengsan!!Puncanya, merajuk atuk tinggalkan dia, atuk keluar rumah tuk jumpa kawan. Anakanda menangis sampai tercungap-cungap. Puas ibu pujuk memang langsung tak layan, ibu memang cuak tahap gaban coz ibu hanya berdua dengan Faris di rumah semalam. Semua cara yang di sebut di atas (ceewah) dah di aplikasikan kecuali part tinggal tu ibu tak buat.

Tujuan entry..ibu nak minta pendapat sahabat handal yang kebanyakannya berpengalaman luas membesarkan anak-anak. If korang ada pengalaman handle or tackle anak-anak yang sedang hangat meluahkan perasaan dengan cara hentak-hentak kaki ni, acu cuba kongsi kan tips camne cara korang pujuk.

nota akhir: pernah dengar orang kata anak mengamuk sebab nakkan perhatian lebih..betul ke?
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang