Monday, June 20, 2011

Ayah

Happy Father's Day to Ayah n Atuk..

Tahun ni Father's day, ayah dapat kad buatan ibu n Faris dengan 10 pilihan hadiah..hehe..satu pun ayah belum redeem dari ibu n Faris..kita tunggu..Atuk pula dapat hadiah dari ibu n ayah. Sempena Father's day ni, ibu nak upload picca kali pertama ayah mendapat jawatan sebagai 'ayah'. Baru jumpa picca ni di kamera lama ayah, belum pernah di upload di FB or di blog ni..Faris wajib tengok supaya Faris akan kenang jasa ayah..


Semua ni gambar masa 1st day Faris keluar dari hospital..hari ke3 Faris di lahirkan bersamaan 21. Feb 2010..
ayah bersiap nak mandikan Faris..

Faris cool..tak nangis..ayah cuci mata dulu..

Dah ready nak simbah2 air..

Dah siap mandi..ayah cuci pusat Faris

Tukar balutan..ibu tak berani buat..ibu takut..sekali je ibu sempat buat sebelum pusat Faris cabut, itupun buat coz ayah dah kena pergi kerja..hehe


Ibu pasti kasih sayang ayah pada Faris pun sama macam kasih sayang ibu pada Faris..Ibu sangat2 bersyukur dengan anugerah ALLAH yang tidak ternilai ni. Ayah dan Faris segalanya untuk ibu..semoga kasih sayang kita sentiasa di redhaiNya..

Selamat Hari Bapa...

Sayang bapak (atuk Faris) jugak...

Sunday, June 12, 2011

Apam Polka Dot

Salam..

Banyak aktiviti dalam minggu ni..agak busy dengan aktiviti harian dan kerja di office dan di luar office..Hujung minggu pula seperti hujung minggu lain dalam cuti sekolah, attend majlis kawin. Next entry kita cite sal majlis kahwin k, entry kali ni nak kasi korang jamu mata dengan makanan yang comel-comel. Resepi asal mummy Faris yang share di Fb ibu, so cam teruja nak try. Ibu buat minggu lepas di kolej, saja try test buat coz mixer turun temurun tinggalan arwah nenek rosak...Jom kita share resepi dan try buat, boleh buat minum petang ni..

Bahan-Bahan:

 275gm Tepung gandum
3 biji Telur Gred A  (sejukkan dulu dalam peti ais)
220gm Gula Halus
150ml susu segar @ susu cair
1 camca teh Ovallete
3 camca teh baking powder
Filling mengikut citarasa sendiri
Pewarna

Step 1
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Sediakan bahan-bahan lain

Step 2
Pukul telur, gula dan ovallete sampai kembang semangkuk. Pukul dengan kelajuan maximum. Boleh campurkan sedikit esen vanila tuk kurangkan bau telur..


Step 3
Masukkan tepung dan susu dan pukul lagi dengan kelajuan perlahan.

Step 4
Asingkan bancuhan ke dalam beberapa bekas dan masukkan pewarna.


Step5
Masukkan bancuhan ke dalam piping bag, 'Pipe' kan bancuhan separuh penuh ke dalam bekas. Ibu gunakan bekas yang sama untuk almond london.

Step 6
Pipe kan filling ke dalam bekas yang telah di isi bancuhan dan penuhkan mole dengan bancuhan.



Step 7
Dot kan mengikut warna kegemaran anda. Ibu dotkan dengan warna putih semuanya.


Step 8
Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.

Siap...




Friday, June 10, 2011

Entry pengubat rindu

Hampir 2 minggu rasanya dah tak menjenguk rumah ke2 ibu ni..busy dengan pelbagai aktiviti..so hari ni mencuri masa tuk entry ringkas tuk mengubat rindu ibu pada blog ni..hehe... Banyak sebenarnya cerita yang nak di share, ada yang dah tersimpan dalam draft tunggu masa tuk di publish..hehe..hujung minggu sepanjang cuti sekolah ni busy dengan majlis kahwin adik ipar, so masa untuk update blog sangatlah terhad. Minggu ni pula sibuk dengan aktiviti di kolej. Harap minggu depan berpeluang tuk luangkan masa berblog dan ziarah rumah blog kawan2 pula..

p/s: selamat menjalani aktiviti harian..:)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang