Monday, May 24, 2010

Luka

kejadian luka ni berlaku hari ini dan juga semalam..

alkisahnya..semalam ibu nak masak ikan stim..dah la tersalah beli ikan..nak beli ikan siakap tapi rupanya bawa balik ikan susu (ikan apa ntah..tp sedap gak isinya..keras sikit dari isi siakap)..dah puas kena gelak ngn ayah..nganjing ibu salah beli ikan..huh!!yakin jek bila beritahu ayah ikan RM4.90 (murahnye siakap..huhu)..ayah ada bgtau ibu kenapa cashier scan ikan tu sebagai susu..huhu..ibu yakin jek jawab maybe dia saja tag ikan tu 'susu'..adeiii..bila balik nak siang ikan baru pasan memang bukan siakap..apalagi meriah la rumah dengan gelak ayah..tak masak kang baru tau!!huhu

bebalik kepada kisah sebenar..ibu nak potong limau..tapi limau tak terpotong..ibu potong jari..oppss..terlebey suda..bukan lah sampai terpotong..tapi banyak gak la darah..hukk..sakit..

hari ni ibu dah lukakan faris lak..1st luka faris yang berpunca dari ibu..luka yang nampak takpe la kan sayunk?ibu harap ibu takkan lukakan hati faris..alkisahnya..ibu tengah cakap phone ngn ayah..faris tengah niarap..tangan terkepit..ibu pun nak betulkan,terpaksa gunakan tangan kiri..ibu tengah tarik tangan faris lak letak dagu atas tangan ibu..serappppp..ibu tarik tangan n terguris la dagu anak ibu dengan cincin yang ada pada jari ibu ni..serentak ngn tu bunyi la siren yang sgt kuat..faris nangis..sian anak ibu...sorry..pasni ibu tak pkai cincin dah k..
gambar hiasan: hehe..ni gmbar faris nangis masa nk susu..kejadian td tak sempat nk amik gambar coz lagi kalut nak pujuk dia n cuak tgk dagu dia terluka..

Friday, May 21, 2010

FAris dan susu

salam sayunk tuk semua (tiba2 rasa nak meluahkan rasa kasih syg..huhu)

entry kali ni adalah untuk menceritakan kerisauan hati ibu terhadap corak penyusuan anak ibu..ada jugak terbaca di forum susuibu.com tentang ibu-ibu yang risau kan tahap penyusuan anak mereka yang agak kurang, tetapi belum mendapat jawapan yang ibu cari..

anak ibu boleh di kategorikan sebagai kurang menyusu..mungkin kerana kurang suka dengan menyusu dari botol..sudah 3 kali ibu tukarkan puting..tapi masih lagi sama..
pagi selepas ibu pergi kerja faris akan menyusu 1oz..dan smbung 1oz lagi pd pukul 10-11 pg..tgh hari pun akan menyusu 2oz..tapi 2 kali minum baru dapat habiskan 2oz tu..tengah hari ibu balik, faris menyusu dengan ibu..bila petang habis lagi 2oz..maksimum stok yang di gunakan hanyalah 6oz..dan pernah hanya 4oz yang di minum..
patut ke ibu risau??

semalam ke klinik tuk check up 3bulan..(dah besar anak ibu)..berat anak ibu 5.1kg dengan tinggi 62cm..ibu tanyakan pada nurse tentang berat faris..alhamdulillah nurse beritahu pembesaran (berat) anak ibu masih dalam paras normal mengikut graf yang di beri..

ibu harap..walaupun faris menyusu sedikit (botol)..faris dapat memenuhi keperluan seharian bila menyusu dengan ibu..coz ibu nak anak ibu membesar dengan sihat..ibu tak kisah kalau anak ibu slim cam ibu..huhu..yang penting badan mesti sihat..seperti yang paklong tegur, 'badan kental..isi pejal, kalau minum susu frmula badan takkan macam ni' (alhamdulillah)..kebetulan anak paklong semuanya di susukan dengan susu formula..so paklong dapat wat perbandingan badan anak dia dengan anak ibu..

::Faris Amsyar sedang menunjukkan skill meniarapnye::

ibu mendoakan yang terbaik tuk anak ibu..semoga anak ibu membesar dengan sihat dan kuat!!

Friday, May 14, 2010

Berhenti @ Terus Berlari?

ermm..topic entry kali ni adalah untuk menggambarkan kekalutan dan kesibukan yang ibu alami sepanjang hari sebagai seorang ibu yang bekerja..

bangun seawal pukul6pagi tuk memastikan sempat mandi dan sembahyang sementara anak ibu masih lena di ulit mimpi
>>mesti rasa cam normal bangun kul6 kan??mungkin normal bagi mereka yang tidak perlu bangun beberapa kali di malam hari untuk susukan anak atau memerah susu..

sebelum pulang ke rumah waktu lunch.. pergi tapau makanan tuk atuk n nenek 
>>susukan faris+lunch+solat
>>kadang-kadang di sebabkan faris masih tidak menggemari botol..kepulangan ibu pengubat rindu faris kepada neneng..bergayut sepanjang masa yang ibu ada..sampai tak sempat ibu nak sembahyang or makan..

balik petang..ni la masa yang ibu nantikan..sepenat mana pun seharian yang ibu lalui..tapi waktu bersama dengan anak ibu adalah yang paling menggembirakan..mandikan faris..masak untuk makan malam..
>>bila dah jadi ibu masa untuk diri sendiri sangat la terhad..semua jadi cepat..mandi cepat..makan cepat..

bila malam tugas ibu lak sepenuhnya dengan faris..(atuk n nenek leh berehat) after tidurkan faris baru dapat solat isya..di sebabkan penat selalu la ibu tidur awal..esoknya rutin yang sama akan berulang kembali

ibu tulis entry ni bukan untuk nyatakan sesalan, bukan tuk mengadu dan bukan tuk mengeluh..tapi ini kebahagiaan ibu semenjak ada faris..sesingkat mana masa ibu untuk diri ibu..ibu tetap bahagia kerana Faris dan keluarga kita adalah perkara pertama dalam hidup ibu sekarang...yang penting anak ibu sihat, ceria dan bahagia...

ibu tidak mungkin akan berhenti..ibu akan terus berlari..supaya masa yang ada sentiasa bermanfaat untuk kita sekeluarga..segalanya untuk semua yang ibu sayunk....semoga ALLAH sentiasa memberi ibu kekuatan untuk menjaga orang yang ibu sayangi..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang