Thursday, April 11, 2013

Faris dan Seni

Salam...

Ingat tak masa kecik-kecik dulu, apa mainan korang?eh..korang orang bandar, lain kot permainannya kan?hehehhe...Ibu ni orang kampung je, teringat dulu kecik-kecik kalau masa raya, orang lain bakar mercun dan bunga api..ibu dan adik beradik bakar ufo..haha..ufo tu hasil buatan sendiri je pun. lipat-lipat surat khabar, jadikan  sampai ada 4 penjuru kemudian bakar serentak 4 penjuru tu. Nanti suratkhabar tu akan naik tinggi macam ufo baru nak berlepas..hahah..Selain dari ufo, hasil dari suratkhabar ni memang banyak, contohnya buat sampan/bot. Waktu hujan lebat syiok la nak main, hanyutkan sampan buatan sendiri dalam longkang..haha..sambil-sambil mandi hujan..adoi..rindu zaman kanak-kanak..haha

Sekarang anakanda Faris Amsyar macam dah menurun 'minat' ibu..Ada je request, minta buat topeng, minta buat aeroplane, kekadang boat dan pistol. Mujurlah ibu ni 'kreatif' (tangan di bahu..mata ke atas..huhu). Permintaan Faris yang sampai sekarang ibu tak sempat menurun ilmu adalah buat keretapi pakai kertas..huh...

Tapi dalam banyak-banyak hasil tangan  ibu (sayang tak ambil gambar..), abang paling suka yang ini...


 'ibu hebat'..ayat abang..huhu

 

 Jom tengok bahan-bahannya..
 sebelum ni dah banyak kali abang minta buatkan layang-layang tapi ibu bagi alasan jawab 'kita takde lidi la abang'..di takdirkan hujung minggu tu ibu dan ayah bawa abang balik kampung, abang pun tanya pada paksu 'rumah atuk ada lidi tak?'..haha..ada dia suruh atuk panjat pokok kelapa sebab nakkan lidi. Mujur ada ibu yang 'kreatif', ibu ambil je bunga manggar lebihan dari majlis kawin pak long..:)


 Sekejap je dah siap..ikat benang dan sedia tuk main.."eh..ibu segan nak pegangkan layang-layang abang, kita tunggu ayah balik la baru main k"...:)

 seronok sangat anakanda..nak buat boat/ sampan lebih mencabar kot sampaikan ibu kena call mumy sebab ibu dah tak ingat nak lipat-lipat kertas nih..search kat youtube pun takde..huhu

 ayah sampai rumah terus jek dia excited ajak ayah main..yeayyy..ibu pun seronok sebab hasil tangan ibu berjaya terbang..huhu


Rasa puas bila tengok anakanda seronok..walaupun balik kerja tak sempat buat apa terus kena ngadap kertas dan gunting kan..huhu..

**Faris ni suka dengan rekacipta ni, sebab tu dia suka main buka n pasang..selalu yang jadi mangsa kerusi makan dia dibukanya skru kemudian pasang semula. Pasni tatau apa lak permintaan dia..:)

4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

wahhhh hebat lah ibu nie! :)

~MommyAida~ said...

takpe budak bijak..bagi je ruang utk dia hasilkan kreativiti dia..gud job for him..Kayzie..lama tak dengar khabar..huhuhu..rindu!!

Ummu Muhammad said...

wahhhh tulahkan kayzie..penat pun kite layan..i faham perasaan kite2 ibu2 yg keje..mase limited edition t__T

p/s: hey boleh ajar abang berkraf!!

kayzie said...

mrs eddy: haha..kak..tu ayat bodek faris..hehe

aida:sama la aida..rindu..haha..mmg dah sgt slow berblog..

UM: tula..bnyk bnd teringin nak buat dengan dia..tapi bak kata UM limited time..hehe..insha ALLAH akan gunakan masa dan ruang yg ada sebaik mungkin..tp kalo nk tolak sekecik mana pun permintaan dia mmg tak sampai ati..seboleh2nya cb gak cari masa..hehe

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang