Salam...
Permintaan dari sahabat..ini cara ibu menyediakan bubur Ayman. Ibu gunakan beras perang kerana khasiatnya lebih berbanding beras putih. Beras perang masih mempunyai lapisan dan khasiat yang tiada pada beras putih. Atau secara mudahnya, dari pelbagai proses lagi di perlukan bagi menyediakan beras putih berbanding beras perang termasuklah proses 'polishing'. Untuk maklumat terperinci bagi persoalan 'Kenapa BERAS PERANG', rajin-rajinkan diri meng 'google' k atau boleh baca di SINI
Di sini ibu nak kongsikan cara penyediaan bubur Ayman Zafran. Oleh kerana anakanda duduk di taska, jadi banyak stok makanan 'segera' tapi homemade di perlukan supaya ibu dapat pastikan kerja waktu pagi ibu menjadi mudah.:)
Kemudian, beras tadi di toskan airnya sebelum di jemur di bawah panas matahari sehingga kering.
Siap di jemur beras perang Ayman akan di sangai di atas kuali tanpa minyak. Sangai sehingga beras perang kelihatan perang..hahaha (gurau)..sangai sampai beras nampak sedikit garing bukan rentung ye.
Kemudian, kisarkan beras. Ini adalah hasil kisar untuk Ayman yang sudah hampir setahun, bagi peringkat awal bolehlah kisar sehingga menjadi serbuk supaya teksturnya haluuuussss. So serbuk beras yang sedap lagi berkhasiat (yang penting bukan makanan segera) boleh di simpan di dalam peti bagi menjamin keselamatan beliau..hehhe..
Peringkat awal, ibu masak menggunakan api dapur sahaja. Masukkan air dan serbuk beras, kacau supaya ia masak sekata dan tidak bergumpal. 10 minit siap yang ni baru betul-betul 'cepat di masak sedap di makan..hehe'. Coz peringkat awal, Ayman belum di perkenalkan dengan protein (ayam/ikan) so ibu just campurkan dengan puri (samaada frozen atau fresh). Sekarang bila dah boleh dipelbagaikan ibu gunakan kaedah slow cook. Masukkan dalam periuk sebelum masuk tidur, bangun pagi bubur sedia di hidang or di masukkan ke dalam termos tuk tujuan pengeposan ke taska..hehe..So jom kawan-kawan, sediakan sendiri bubur anak-anak anda kerana ianya semudah kita memasak mi meggi..haha..
**Perbincangan di IKIM semalam tentang doa-doa semasa memasak, baca lah apa-apa doa untuk kebaikan anak-anak/ suami ye. Selawat, doa, bacaan ayat quran atau zikir semuanya amalan yang kita boleh amalkan sambil memasak..Insya ALLAH semuanya bertujuan untuk mendatangkan kebaikan :)
Wassalam