Thursday, September 27, 2012

Breastfeeding - Masalah Di awal Kelahiran

Salam..

Hari ni ber'mood' nak berkongsi tentang breastfeeding. Bukan bertujuan untuk menjadi pendidik kerana saya bukan ahli proesional atau terlatih..huhu..Hanya sekadar berkongsi informasi dan peringatan untuk diri sendiri juga..:)

Rata-rata yang ibu jumpa, BERMASALAH tuk bf sebab masa dalam pantang kesiankan anak menangis 'kelaparan'..camne tau bb tu nangis sebab lapar tu gagal lak di jawab..hehehe..ibu mengalami situasi ni dengan anak 'ketiga' ibu..Hero ketiga ni Eshan Umar, sangat kuat menangis pada awal kelahiran dia, sampaikan mummy pun ikut sama menangis tengok anaknya. Panik, resah n stress mummy di tambah pula dengan badan yang masih penat dan sakit.

Mummy sendiri beritahu ibu, kalau dia tak berada di rumah ibu (berpantang) memang dia akan berikan Umar susu botol (FM)..Naluri si ibu la kot..walaupun anak belum pandai bercakap tapi  si bu tau-tau je anak tu lapar..huhu..sebab tu bila nangis terus di bancuhkan susu FM dengan alasan susu badan tidak mencukupi. dan bermulalah kisah anak tidak mahu menyusu atau susu ibu tiada..


Puncanya:


1. Anak dah kenyang dengan susu botol jadi tidak mahu lagi menyusu direct daripada si ibu. Kurang demand maka berkuranglah supply..
2. Flow daripada susu botol laju maka anak jadi malas nak nyunyut dari cik 'b' yang memerlukan sedikit  usaha dari si anak


Ibu ceritakan cara tuk mengatasi based on my experience mengendalikan Eshan Umar ya..(sayunk jadi model ibu tuk cerita ni, leh kan?hehe)



1. Bila Umar menangis ibu suh mummy susukan dia, menyusu selama mana yang dia nak 
**apa kerja ibu dalam pantang kena buat?menyapu?memasak?takde kan? so itulah kerjanya..susukan anak je ye..
2. Bila dia masih menangis ibu dukungkan dia, dakap rapat pada dada (selain ibu, tentulah daddy dan ayah juga tolong pujuk Umar)
**cari dan cuba lah perlbagai posisi, i'ALLAH akan ada 1 posisi yang membuatkan anak selesa, selalunya yang berlaku pada anak ibu termasuk Umar, mereka suka didakap dengan dada mereka rapat di dada kita. Teori ibu (suka suki jek), anak tu baru keluar ke dunia, jadi dia perlukan rasa hangat tubuh kita seperti yang dia rasa selama 9 bulan dalam kandungan. Suasana baru yang bising, kadang sejuk, kadang panas mungkin membuatkan anak tu tak selesa. Jadi, tidak semestinya menangis tu kerana lapar.
3. ibu suh mummy pam susu masuk hari ketiga, hasilnya memanglah beberapa titik sahaja, tapi untuk bantu stimulate..bila anak baru tidur je, mummy mengepam, then bolehla mummy berehat sebelum anak bangun dan nenengkan dia.
4. Hasil pam tu pun ibu suh mummy suapkan pada Umar juga, gunakan syringe tuk elakkan berlakunya keliru puting. Tujuannya supaya mummy tak terlalu penat kerana Umar sentiasa nak bergayut. Kurangkan stress mummy, sesi menyusu pun akan berjalan lancar. **jangan terlalu kerap
5. Sentiasa pastikan mummy dalam keadaan selesa untuk menyusukan Umar dan memegang Umar dengan cara yang betul
6. Support daripada daddy dan orang sekeliling, yang ni sangatlah penting coz si ibu takkan kuat tanpa sokongan moral dan fizikal daddy.


InsyaALLAH fasa tu takkan lama, tabah dan sabarlah melaluinya. Tips paling penting, jangan ada FM dalam rumah, coz bila ada depan mata, kemungkinanan untuk menggunakan jalan pintas tu sangatlah tinggi.

Ibu doakan mummy dan kawan-kawan ibu yang mana dah nekad tuk breastfeed tu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya kalau dah ada tekad yang kuat dalam hati datanglah apa jenis dugaan pun, insyaALLAH mudah tuk di hadapi. Percayalah pada diri sendiri....

to u...



n u my friend...


Tak percaya? ya seperti yang dikatakan saya bukan ahli profesional..hehe..maka dengan itu teruskan penggalian ilmu dan pembacaan anda..:)


Kekasih hati ibu aka hero kecil ketiga Eshan Umar yang semakin membesar dengan sihat dan encem..:)

Love u my sweetheart...

**ada 1 lagi cara nak kurangkan stress mummy..sila layari page ni..hehe 
>>>>TEKAN SINI<<<<

Wednesday, September 19, 2012

Wordless Wednesday- Like Mother Like Son..

 Teruskan..perturunkan ilmu ini kepada isteri dan anak-anakmu kelak..:)

Abang genap 2 tahun 7 bulan pada hari ini..love u with all my heart sayunk...

Thursday, September 13, 2012

Listen and Learn

Salam..

oppss..salah sudah..mana leh kata listen kan?read and learn..:)

Al kisahnya tentang bilik kebal aka peti penyimpanan cecair berharga sebagai harta untuk anakanda..

2 kali berlakunya kejadian EBM yang di simpan di dalam deep freezer cair dan terpaksa di korbankan..:(..Total lost selepas kejadian ke2 adalah mencecah lebih 120oz.

Pada kejadian pertama kehilangan 28 paket EBM, mujur itu adalah EBM yang di paket pada bulan pertama kelahiran anakanda, so ibu paketkan antara 2-3oz setiap paket. Tujuannya tuk di guna pakai sepanjang mengajar Ayman minum dari botol, so di simpan dalam kuantiti sedikit setiap pek tuk mengelakkan pembaziran dan memudahkan penggunaan. Total kehilangan adalah  60oz. Punca kejadian adalah seseorang telah 'turn off' plug freezer secara tidak sengaja pada hari kenduri akikah Ayman.
 mangsa kejadian pertama

Selepas kejadian itu, ayah pasangkan penutup pada plug supaya kejadian yang sama tidak akan berulang lagi..
 Alhamdulillah penutup ni membantu supaya plug tidak lagi ditutup secara tidak sengaja


Tapi pada 3 September lepas sekali lagi ibu di uji, pulang dari kerja ibu terperasan pintu freezer tidak ditutup rapat. Hasil dari kejadian (huhu), 65.5oz EBM mencair, kali ni sangatlah terkilan kerana semua 'mangsa' adalah EBM baru dari bulan Ogos. Sangatlah rugi tapi terpaksa lah terima kenyataan dengan hati yang redha sebab dah sah-sah itu adalah kerana kecuaian diri sendiri. Tiada orang lain yang berada di rumah.


tangan abang sedang membilang botol yang menjadi mangsa keadaan. Ayah masuk je rumah terus dia jerit 'ibu nangis..ibu nangis..'huhu..
Di sebabkan ini kejadian ke-2, ayah dah tatau nak kata apa..so kata-kata perangsang paling munasabah pada waktu itu dari ayah 'takpela..ibu pam la lagi k'..:)


So sebagai peringatan kepada diri sendiri, selepas ini setiap kali sebelum tidur atau meninggalkan rumah TOLONG CEK BILIK KEBAL!!..hehehe


**ibu masih di Nilai..berkurusus..tak sabar menanti hari esok (berakhirnya kursus) tapi malam ni dah leh tidur dengan suami dan anak-anak, diorang on the way ke sini..hehe..Alhamdulillah sepanjang di tinggalkan Ayman dapat menerima EBM dengan baik..jumlah yang di minum setiap hari semakin bertambah, malah berganda-ganda jumlahnya berbanding jumlah yang di minum sepanjang di taska..:)

Tuesday, September 4, 2012

KurUsus..

Salam..

Minggu ni mood nak kerja berada di tengah awan..haha..jauh..tak tercapai dek akalmu. Takde  mood langsung, 'persiapan' tuk berkursus selama seminggu bermula Ahad ni. Seminggu sebelum mood dah hilang..haha..Sebabnya, setakat ni keputusan yang di capai untuk kesenangan semua pihak (langsung tak senang bagi pihak ibunya..haha) adalah terpaksa tinggal Faris dan Ayman bersama ayahnya..sadiss...**genang lagi air mata tuk kesekian kalinya..

Cuba bayangkan..(ok, tak perlu sampai pejam mata) belum pun pergi kursus dah berapa ml air mata keluar..inikan pula pada hari kejadian, semasa kejadian dan sepanjang hari kejadian..haha (ketawa dalam air mata)...sob..sob...

melencong sudaaa..ok mood swing lagi..tukar tajuk entry coz setakat ni jek yang termampu tuk di type..haha..tajuk entry asal 'Kecuaian - pembaziran EBM'..kita sambung cerita tersebut di kemudian hari..buat masa ni, ibu nak layan emosi..haha..daaaa

**bila mood takde, hari-hariku pun suram dan muram..(haha..yeke?) tapi yang jelasnya, semua kerja cam tak menjadi..haisshhh..tenangkan lah hati hambaMu ini YA ALLAH...
***oppss..supaya takde yang suggest tolak kursus tuk selesaikan masalah..kursus ni memang takleh tolak k..
****lagi..sebenarnya masalah dah selesai..cuma ibu please la jangan 'berhati tisu' sangat..be strong k..cam Faris dan Ayman..sob..sob..lagi


Wassalam..

nak balik peluk anak puas-puas..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang