Thursday, March 29, 2012

Ibu fobia, Faris suka

Salam semua...

Sebelum berceloteh..ibu nak ucap TERIMA KASIH kepada cik kumbang yang baik hati..sudi meluangkan masanya yang tgh busy tuk menghasilkan hiasan dalaman baru untuk rumah ibu ni..seperti yang di janjikan untuk pemenang (i la tu..hehe)..tak percaya..sila baca semula entry ni>>>makcik menang :)

*********************************************************************************

ok..cerita sal fobia ibu..kalau kawan-kawan sekolah or uni sure dah arif sgt dengan fobia ibu ni...KUCING..walaupun di akui comel dan kiut, tapi ntah kenapa tak boleh nak pegang mahupun dekati makhluk yang satu nih..

Pernah masa makan bersama kawan2 di kedai mamak, ibu terkejut si comel ni menggesel di kaki, akibatnya melompat naik atas kerusi dan hampir-hampir je meja di kedai tu nak terbalik..huhu..

Pernah jugak nangis tak dapat nak naik tangga sebab ada anak kucing buat roadblock..haha..serius..akibat kegelian tu leh sampai menitik air mata..

Cubaan ayah tuk bawa balik anak kucing comel dari umah atuk waktu awal-awal kawin dulu pun mengakibatkan stress tuk ayah memandu. Ayah letakkan anak kucing dalam kotak di bahagian seat belakang, ibu langsung tak tenteram duk dalam kereta (perjalanan dari Kg atuk ke Kuantan) coz anak kucing tu tak reti nak diam..huhu..dan kemuncaknya, anak kucing tu berjaya melepaskan diri dari di kurung di dalam kotak, ibu menangis tersedu-sedu sampai rasa nak terjun dari kereta coz perasaannya bagaikan ada anak singa di belakang ibu..(ku tak harapkan kau mengerti..huhuhu)..hanya mereka yang berkongsi fobia jek kot yang faham perasaan ibu nih..Apa pun, pas ayah seal semula kotak tu, kami teruskan perjalanan dan berjaya juga anak kucing tu berhijrah dari kg ke bandar. Bila ayah nak kena kerja luar, ibu minta dia hantar semula anak kucing tu ke kg coz takde sape nak jaga..kesudahannya tak bawa-bawa semula dah ke Kuantan..huhu

tapi anakanda..sungguh la penyayang..tengok semua gambar-gambar dia bersama kucing di rumah atuk..siap boleh menyakat ibu dengan anak kucing tuh...
  
cam nak tercekik jek anak kucing tuh..ke sana ke mari di angkutnya..huhu

 
 Tonton tv pun di bawanya anak kucing tu..bila anak kucing tu berjaya lari beria la di kejar n di tangkapnya..sian ko kucing..


 Siap di ajaknya si kucing join dia main game di tab nya lagi..


pak su suh Faris namakan cat
Faris jawab
'baby cat'...ermm..takde nama len ke?


Moral of da story: Ada kemungkinan sangkar kucing ayah tu akan di keluarkan kembali dari store kalau 2 hero ni bergabung tenaga dan pendirian untuk membela kucing..camne dengan ibu?sob..sob..

Tuesday, March 27, 2012

Lelaki ini

Salam...jom baca kisah romantik lelaki ini..:)

Situasi 1:
Lokasi: di ruang tamu..depan tv

Lelaki ini: ibu..ibu buat apa?come..peluk abang...
me: :)

Situasi  2
Masa: sebaik sahaja pulang dari office
Lelaki ini: sayang..sayang penat?Abang amik air ya?
Me: :)

Situasi 3
Lokasi: Di bilik tidur
Lelaki ini: abang dah bangun..meh tidur kat abang meh (sambil depa tangan dan tepuk2 bahu dia)
Me: **nak nangis..huhu

Situasi 4
Lokasi: di ruang tamu
Lelaki ini: ibu penat?meh abang urut meh..
Me: Abang memang sweet

Rasanya cukup kot 4 situasi tuh yang ibu coretkan di sini untuk menunjukkan betapa romantik dan 'manis'nya LELAKI ITU...kalau ku kata itu adalah my hubby..sure ramai yang muntah coz beria nak publish untuk tatapan public kan?haha..itu adalah ayah junior..my lovely son FARIS AMSYAR..semakin besar semakin 'memanis'..huhu..

Buah hati ibu, pengarang jantung ibu, penyeri hidup ibu..semoga abang membesar menjadi anak yang soleh, penyayang dan semoga anakanda sayangkan ibu dan ayah sehingga ke akhir hayat kami...

Wassalam..:)

Wednesday, March 21, 2012

Beza persiapan bersalin kali ni..:)

Salam...

Lamanya tak menulis..setiap kali buka blog, ibu just belek n baca entry kawan-kawan..klik pada new post..type tajuk or type 'salam'..then delete semula..huhu..idea merepek banyak, nak teruskan menaip tapi risau nanti entry melalut..bosan lak korang nak membacanyakan?huhu..so better just melawat rumah kawan-kawan or membaca entry lepas-lepas..

Sebenarnya nak bercerita tentang pregnancy kali ni..kali ke2, terasa lebih berdebar daripada masa mengandungkan Faris dulu..reason...dah tau rasa sakitnya macam mana..huhu..kalau masa 1st time dulu, hanya dengar cerita orang, ada yang kata macam sakit senggugut..terlalu jauh rasanya perbandingan tu..walaupun masa muda-muda dulu (cheewah) ibu memang selalu kena senggugut yang kuat, tapi kalau nak di bandingkan dengan sakit nak bersalin, senggugut tu boleh di ibaratkan seperti digigit semut je..

Sakit bersalin tu buatkan kita tak berhenti mengucap, tak putus dari mulut menyebut nama ALLAH, tak putus memikirkan dosa-dosa silam..huhu..sehingga yang terlintas di fikiran hanyalah mati..huhu..Tapi sakit itu penghapus dosa kan?dan ALLAH mempunyai perancanganNya sendiri, ibu sakit sehingga bukaan hampir 6cm, tapi at last anakanda keluar ikut tingkap jugak..huhu..

So untuk adik..sila beri kerjasama k sayunk..hehe..kita usahakan supaya adik keluar dengan selamat secara normal, boleh ibu kembangkan lagi keluarga kecil kita ni..hehe..23 April ni ibu di minta untuk ke hospital untuk pemeriksaan dan penentuan samaada ibu mampu normal or tak..sama-sama lah kita doakan semoga peluang itu ada. Yang selebihnya ibu serahkan pada ALLAH..seseungguhnya dia YANG MAHA MENGETAHUI..dan sebaik-baik perancang.

Alhamdulillah, ibu dan baby sihat walafiat dan hampir memasuki bulan ke8..sekejap je kan? persiapan semua dah di sediakan, cuma belum masuk beg (Faris dulu, 7 bulan beg baby dah berada dalam bonet kereta..huhu). Semalam ayah bertanya 'nak bersalin kat mana ni?'...errr..ibu pun belum ada jawapan, coz adik cuma sekali ibu bawa untuk pemeriksaan dengan doktor abang Faris dulu..ibu just follow check up dengan Klinik Desa sahaja..

Selain daripada debaran bersalin, ibu excited menantikan baby..tak sabar nak kasi baby neneng, tak sabar nak kembali dengan rutin mengepam dan menyimpan stok..hehe..semoga segalanya di permudahkan untuk kali ni.. :)..Faris still lagi neneng..so ibu tak kisah kalau adik dah keluar nanti abang Faris nak berkongsi susu dengan adik..new experience tuk tendem nursing lak..hehe
 
************************************selingan..hehe***********************************

Ibu-ibu yang menantikan kelahiran kali pertama, jangan lupa persiapkan barangan untuk menyusu baby k..pump susu dan ilmu penyusuan sama penting dengan persiapan menyambut baby nanti Tanpa ilmu yang betul,berisiko tuk kecundang coz dengan ilmu dan pengetahuan yang betul itu akan membantu kuatkan mental dan fizikal kita tuk menghadapi cabaran menyusu k..

di kira entry mengarut juga ke nih?huhuhu...sekadar berkongsi rasa..adioos amigos

Wassalam..

Thursday, March 15, 2012

3rd Years - Happily Married :)

Alhamdulillah...

Semalam genap 3 tahun perkahwinan ibu dan ayah. Plan asal, ibu dan ayah sama-sama mohon cuti supaya boleh luang masa bersama sementara Faris di hantar ke rumah pengasuh..hehe..tapi tiba-tiba petang Selasa ayah di beritahu perlu attend meeting di KL. Makanya, ibu yang sememangnya cuti di offer untuk ikut sama. Pucuk di cita ulam mendatang..hehehe..

Tiada sambutan khas pun, ulang tahun pertama dulu ibu masih dalam pantang, kini tahun ke3 ibu kembali mengandung. Tiada perkataan lain yang terlintas di fikiran dan mulut ibu. Alhamdulillah...untuk segala kurniaan dan rezeki yang ALLAH curahkan kepada keluarga kita. Semoga kasih sayang antara ibu dan ayah berkekalan dan cinta ini membawa ke syurga..Ibu sayang ayah dan anak-anak sepenuh hati...

Aktiviti di KL...

sangat tak berkesempatan nak berceloteh panjang-panjang..so lets da picca do da talking..haha


Sampai KL terus check in..anakanda yang lena tidur pun dah segar bugar..so ibu suh posing dulu..hehe



Pagi tu ayah p meeting..anakanda request nak mandi di swimming pool memandangkan view bilik adalah swimming pool..ibu yang tak larat berjaya mengalih perhatian anakanda..daripada mandi pool..jom mandi buih..hehe



Ayah gigih carikan ibu restoren di KLCC yang menjual pavlova..hehe..thanks ayah..shedap hingga menjilat bekas..nak lagi dan lagi leh? 
**aritu dah cuba buat sendiri..tapi pavlova ala-ala sandwich di Ben's Restaurant ni nampak sangat menarik..nak cuba baking lagi pasni..:)

Ayah habis meeting, baru kami keluar bilik..so start dengan lunch dulu..thanks dear..
Dialog kelakar anakanda dan ayah masa ni
Ayah: abang meh..ayah suapkan mi
Faris: spaghetti laa..
Ayah: haha....(ayah ingat awak tatau)
Ibu pun tergelak..:)


Selesai makan..raikan hari cinta kami di Aquaria..haha..ni yang ibu tak puas hati ni, hari istimewa ibu tapi Faris lak dapat habuan..huhuhu..
Sowi..gambar gelap..huhu..anakanda sangat excited tengok ikan yang banyak...



Cukup la sekeping gambar ibu..hehe..cam segan jek nak bergambar sebab muka semakin mengembang bagai juara..
tapi size gambar lebih besar 30% dari actual size...hahaha..ok tipu..tu ayat yang di tepek di aquarium ikan-ikan ni..(size ikan adalah 30% lebih kecil daripada yang kita lihat)


Balik kerja ni..nak pergi 'ambil' hadiah..huhu..
Alhamdulillah..syukur atas segala kurnian Nya..semoga kita tak menjadi alpa dan leka..dan semoga kami sekeluarga sentiasa di bawah rahmat dan lindungan Nya...Amiiinn..

Thursday, March 1, 2012

Hobi Baru Saya (by Faris)

Salam..

Hai kawan-kawan ibu....

Sekarang saya ada hobi baru, memandangkan ibu selalu nasihatkan supaya saya jadi abang yang baik, good boy, dan tolong ibu. So saya biasakan diri dari sekarang untuk berdikari, harapan saya supaya ibu nanti leh goyang kaki jaga adik dengan tenang..=)

Nak tau apa hobi baru saya??


inilah dia..saya suka basuh kenderaan saya sendiri..tiap petang, bila ibu sampai di rumah, saya akan minta izin tuk basuh basikal saya ni..tapi saya sedikit kecewa kerana ibu tak pernah kasi saya basuh kereta merah kesayangan saya. Katanya takut kereta rosak kena air..tapi ayah selalu je basuh kereta dia,tak pernah pulak saya tengok ibu halang ayah..ermmmm..


 Saya jugak dah belajar basuh pinggan sendiri selepas makan, selain pinggan, cawan dah botol susu pun saya akan basuh sendiri. Tapi saya masih tak faham kenapa kadang-kadang ibu kata, 'abang tak payah nak buat semua, ada yang abang boleh buat, ada yang ibu kena ibu'..apa maksud tu?

 kawan-kawan, gambar saya basuh cawan takde..nak basuh botol susu selalu 'berperang' dulu dengan ibu, sebab ibu malas dukung saya di sink..berat katanya..Tapi, thanks kepada ayah coz dah pasang pelapik tahan licin tu di bilik air, kurang lah risiko tuk saya jatuh kan?Bertambah semangat saya masuk toilet tuk membasuh..

hah kawan-kawan, selain basuh pinggan dan kenderaan, saya pun dah pandai basuh baju sendiri, nampak berus dalam gambar tu? itu berus yang saya selalu gunakan untuk memberus baju saya. Kalau pasal basuh baju, ibu tak pernah halang, ibu siap kasi saya sabun lagi..saya suka dapat ringankan beban ibu..

Kalau tak dapat basuh baju, saya akan berus apa sahaja yang ada dalam toilet tu, baldi, botol yang dulunya ibu letak ikan saya or pelapik lantai..:)


***********************************************************************************

Agaknya inilah kata hati anakanda kan?huhu
Ibu agak pening kepala dengan hobi baru dia nih, semua benda dia nak buat sendiri. Sekarang bekas air masak pun dah di letakkan di kawasan senang capai, coz dia suka nak ambil air sendiri. So setiap kali sampai rumah, adalah pertanyaan si kecik ni 'sayang..sayang nak air?abang ambilkan ye' (anakanda yang romantik).Yang paling tak 'menahan' kalau dia minta nak bancuh susu sendiri, botol pun nak basuh sendiri. Serius pening, sebab nanti akan tambah kerja ibu. Kerja nak angkat dia di sink, kerja nak lap tumpahan susu dia..huhu..Tapi tak boleh mengeluh lah kan? Allah dah makbulkan doa ibu supaya abang menjadi anak dan abang yang baik..=). Semoga kerajinan anakanda berterusan sehingga ke dewasa. 

Rutin menjaga jadual makan ubat ibu pun anakanda yang handle, hari-hari dia akan ingatkan n berikan ubat ibu..:)

Ibu sayunk abang, ibu sayunk ayah dan adik juga..:)

Thank you ALLAH

p/s: kebelakangan ni selalu terbaca entry kwn2 blog yg menceritakan ada pembaca yang tak suka dengan cerita hepi dalam blog diorang..ermm..knapa ye ada yg berperasaan camtu?tak elok kan camtu?harap korang yg sedang membaca tu semuanya berfikiran positif untuk setiap cerita dlm blog ni k. peace no war
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang