Motif topik: ibu tengah excited..hehe
baru jek ambil pasport faris..so maknanya faris leh la nak kemana-mana pasni kan?kan ayah?huhu..ok2..saja jek sebenarnya buat pasport tuh..takde pun plan nak kemana-mana negara luar..ahaks..tak baik tipu kan?
Ada yang bertanya keperluan untuk membuat pasport anak2 kecil nih..so entry kali ni secara ringkas ibu akan terangkan step yang ibu buat k..
1. First step nak kena amik gambar ukuran pasport dl..2 keping gambar di perlukan. Masa nak p amik gambar ayah cakap jangan pakai baju putih, tak sesuai..tapi lupa lak tanya pada jurugambar tu sahih ke tak alasan tuh..hehe..coz latar gambar pasport kalernye biru..so kalau bagi ibu, ok jek baju kaler putih..amik gambar anak-anak, tau jek la camne kan? so make sure p kedai gambar yg tahap kesabaran jurugambarnya tinggi..ahaks..
2. Sediakan salinan mykid, surat beranak anak, dan ic mak or ayah (pemohon) beserta dokumen asal
3. Selepas itu terus ke jabatan imigresen..proses pertama ambil borang dulu..lengkapkan borang dan dokumen yang di perlukan, baru leh beratur tuk dapatkan nombor..sila tunggu anda akan di layan sebentar lagi :)
4. Proses nya sekejap je...pas buat bayaran, proses akan ambil masa lebih kurang sejam tuk dapatkan pasport. Kami start proses dah petang so terpaksa ambil hari bekerja berikutnya.
5. Bayaran untuk anak-anak bawah 2 tahun adalah RM 100 untuk tempoh 3 tahun dan RM150 untuk tempoh 5 tahun..
6. Untuk ambil pasport nanti sila bawa bersama surat beranak or mykid anak.
6. Untuk ambil pasport nanti sila bawa bersama surat beranak or mykid anak.
owh..sebagai ingatan, pemohon dengan orang yang akan ambil pasport mestilah orang yang sama k. So masa nak mohon, mesti kasi ic orang yang akan ambil pasport tu supaya tidak merumitkan anda. Contohnya; si ayah yang uruskan, so ayah la yang kena datang ambil pasport nanti coz masa ambil pun perlukan ic dan tandatangan pemohon. Kes ibu, terlanjur ayah yang mohon tapi bila time nak ambil ayah tak dapat nak ambil. Tapi atas ihsan pegawai tu dia benarkan jugak..hehe..
Di akhir cerita, nikmatilah gambar anakanda tercinta..:)
muka terkezut..ini gambar pertama dan satu-satunya gambar dengan wajah bersedia..lepas gambar ni, Faris duk buat muka so terpaksa redha dengan gambar muka terkezut ni..
Ada cara tuk buat pasport secara online ke?macam pernah dengar jek..ermmmm..