Sumber : Utusan Online
Artikel sebenar boleh di baca di sini. Ibu just nak mengaitkan artikel ini dengan pengalaman peribadi k
Adakah korang rasa menyusukan bayi boleh menyebabkan payu dara cepat kendur?
Selalu jugak terdengar kawan-kawan sebut hal ni..ternyata menyusu tidak menjadi punca perkara itu k..Sila baca..
“Pandangan itu tidak benar sama sekali,” kata Kaunselor Laktasi dari Pusat Perubatan Prince Court, Chuah Pek Chin. Beliau yang telah lebih 30 tahun terlibat dalam bidang perbidanan berkata, menyusu tiada langsung kaitan dengan payu dara kendur dan ‘mahkota’ wanita itu tetap berubah bentuknya apabila sampai masanya.
Perubahan bentuk payu dara, katanya, disebabkan rangkaian tisu-tisu pada bahagian itu lemah sejajar dengan peningkatan usia. Malah wanita yang tidak pernah menyusukan sekali pun akan mengalami pengenduran payu dara lebih awal sekiranya mereka tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat termasuk bersenam. Bagi Pek Chin, menyusu sebenarnya mempunyai seni tersendiri. Ibu-ibu katanya, perlu tahu cara yang betul melekap bayi ke payu dara, barulah penyusuan akan berjaya.
Ibu-ibu yang menyusu juga sebenarnya memiliki payu dara yang lebih cantik dan penuh. Pemakaian coli yang sesuai untuk menyokong payu dara yang penuh amat membantu dalam mengekalkan bentuknya. Bagaimanapun katanya, selepas bercerai susu ibu-ibu akan mendapati payu dara mereka sedikit ‘jatuh’ daripada biasa. “Namun beberapa bulan selepas itu, hormon akan kembali stabil dan mereka perlu melakukan senaman untuk membuatkan ia kembali kepada bentuk asal,” kata Pek Chin yang pernah berkhidmat di Eropah dan Singapura.
Apa yang ibu dapat bila menyusukan bayi?
Semestinya bonding tu yang sangat bernilai untuk ibu. Tetapi banyak lagi kebaikannya..Antaranya menurut artikel ini:
::Menyusu dapat membantu ibu-ibu menjadi lansing secara semula jadi dengan lebih pantas kerana lemak yang berlebihan akan di bakar ketika menyusu.
huhu..yang ini sangat berkesan (melampau-lampau lak kesannya) kepada ibu..kalau tak percaya jom kita berjumpa..ahaks..
::Menyusu dapat mengurangkan risiko obesiti jangka masa panjang
Pemakanan yang seimbang juga penting apabila kita menyusu. Antara yang perlu di titik beratkan adalah:
::pengambilan makanan berkhasiat dan lengkap dengan pelbagai vitamin.
::sebanyak 700 hingga 800 kcal diperlukan untuk pengeluaran susu yang mana 500 kcal diperolehi daripada diet harian. Manakala 250 hingga 300 kcal lagi daripada penyimpanan lemak dalam badan. Bagi ibu yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan pula katanya, mereka tidak memerlukan kalori tambahan.
::Pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam penghasilan susu. Bagaimanapun kata beliau, meminum susu tidak bererti memperbanyakkan susu badan. Yang paling utama adalah pengambilan cecair bagi menggantikan air yang hilang melalui penyusuan.
::Ibu menyusu perlu mengambil banyak sayur segar, produk tenusu rendah lemak, daging merah dan juga protein,” katanya.
::Pengambilan kafein pula katanya perlu dihadkan antara satu atau dua cawan saja sehari, itu pun selepas menyusukan bayi. Jika tidak, bayi akan meragam dan tidak selesa.
::Mengenai pengambilan suplemen pula, Pek Chin berkata sebenarnya ia tidak perlu jika kita mengambil makanan yang berkhasiat. Namun, ibu-ibu boleh meneruskan pengambilan suplemen yang dipreskrip doktor atau juga mencuba petua bergantung kepada keselesaan mereka.
::vitamin B6 diketahui mampu meningkatkan pengeluaran susu
::Bagi ibu yang mengamalkan vegetarian pula, mereka mungkin mengalami kekurangan vitamin B12 yang terkandung dalam protein haiwan. Oleh itu, mereka perlu mengambil suplemen tambahan mengikut panduan yang diberikan pakar.
Sekian...