sebenarnya sekarang ibu tengah bengang + sakit hati + serabut..so cara yang paling mudah tuk ubat penyakit-penyakit ni adalah dengan mengenangkan Faris..
Faris dah nak masuk 5 bulan sebenarnya..11 hari lg cukup 5 bulan..tapi sesaja wat entry tuk 4bulan dulu..anak ibu semakin membesar..semalam baru jek tengok2 gambar Faris..sangat la berbeza dulu dan sekarang..kebetulan lak semalam Faris pakai baju yang sama dengan dalam gambar masa 1 bulan..so bila di bandingkan mestilah berbeza kan?macam 2 orang yang berbeza coz faris masa dalam pantang kulit agak ke 'milo' an sikit..sekarang ala2 teh susu cair..hehe..ibu tak kisah..warna kulit tak membezakan kasih sayang ibu pada Faris ok..
Perkembangan Faris..erm..ibu rasa Faris ringan kot..sebab tu cepat jek meniarap berbanding kawan2 yg sebaya..masa 3 bulan dah pandai meniarap sendiri dan dah pandai mengensot..sekarang semakin aktif..meniarap dan melentang dengan jayanya..Faris pun semakin pandai..pantang dengar orang panggil..dah tau nama sendiri..bila ibu cakap pun mesti sibuk nak 'mendengar'..kusyuk tengok cam faham jek apa yang ibu cakap..satu lagi kegemaran anak ibu..tengok tv..lawak kalau Faris tengok berita..mesti Faris akan 'bercakap' dengan pembaca berita tu..perasan pembaca berita tu bercakap ngan Faris la tuh..huhu..pastu anak ibu ni memang peminat bola..so abang..pasni up astro HD k..hehe
Hobi Faris sekarang adalah melompat..seyes k..siapa2 yang pernah pegang dia jek yang boleh paham..dah banyak kali orang serender tak nak pegang Faris sebab tak larat layan Faris melompat..bila orang dudukkan mesti marah..huhu..semua tu atuk yang ajar..melompat degan mulut ternganga..hehe..
ok..reda dah sikit kebengangan ni..sakit kepala layan bengang..kembali ceria..hehehe..punca bengang??malas nak cite..nanti bengang semula..huhu..
wassalam...
0 comments:
Post a Comment