Tuesday, July 27, 2010

L:e:M:a:U

lemau aka lembap aka tidak bermaya..itu adalah mood ibu sekarang..
Kelas baru bermula minggu ini..owhh..ibu rasa ibu dah tidak boleh malas bekerja..sangat2 lemau bila di office..sangat tak produktif..(baru sedar ke??)..tersedar bila baru perasan belum uruskan lagi hal kelas dan borang untuk tinggal tugas walhal ibu akan berkursus (akan ada entry besar-besaran ttg kursus ini nnt) bermula Khamis ini..kawan2 lain semua dah hantar dan dapat semula pun borang2 diorang..sebelum ni student takde so ibu just mengepam, hantar susu untuk Faris menguruskan hal2 kecil yang ada di office ni, tak perlu persediaan mengajar since ibu still mengajar subjek yang sama seperti semester lepas..but still sehingga ke hari ini FRP (File Rekod Pensyarah) belum di siapkan..atau dengan lebih tepat file pun belum ada jangan kan isi-isinya..kenapa ibu sangat lemau semester ini??

aktiviti di kala lemau:
pagi tadi dengar pengalaman bersalin mama zara
tengah hari :
balik masak sambal sotong as persediaan tuk berbuka masak satu jek yang lain beli..heee
menguruskan borang perjalanan yang sepatutnya dah mendapat kelulusan
google resepi dan panduan penyediaan makanan pertama bayi
sekarang blogging @ office
tepat jam 5 ptg punch out..heeeee

Monday, July 26, 2010

what NOT to feed ur baby

This article published by ModernMom.com..ibu tempekkan disini so that after this leh rujuk-rujuk gitu.. 

A common question asked by new mothers is what types of foods to offer and what types of foods to avoid when it comes to introducing their babies to solids. The recommended age for weaning a baby off of a breast milk or formula-only regimen is 4-6 months old, according to the American Academy of Pediatric. After that time, you should gradually introduce new foods to their system. When you do decide to take that step and introduce new foods to your baby, here are some tips about what foods to avoid until your baby’s first birthday:



Honey
Honey can harbor poisonous botulism spores. While an adult’s intestinal tract is strong enough to prevent the growth of these spores, a baby’s system is not. This can produce life-threatening, poisoning toxins.

Peanut Butter
The sticky and thick consistency of peanut butter can make it hard for an infant to swallow. Hold off on introducing peanut butter and other thick buttery spreads to your child.

Cow's Milk
It’s best to stick with breast milk until your child is a year old because babies cannot properly digest the protein in cow’s milk. Additionally, cow’s milk does not contain as many necessary nutrient as breast milk and it contains minerals that could damage his developing kidneys.


Some Other Foods to Avoid
Salt (baby’s kidneys are not strong enough), low-fat foods (not recommended for kids under 2), undiluted citrus and fruit juices, raw eggs, artificial sweeteners, hot dogs and sausages that are high in fat, foods with added spices and seasonings.


Choking Hazards
Pea-sized foods are the safest to feed your child because there is less choking hazard. So, it is best to cut or dice everything you serve your baby, from fruits and vegetables to cheese and meats. Small, hard foods like nuts, popcorn, hard candies, raisins should be avoided as your baby could choke on them. Even soft foods like marshmallows and jelly candies can get stuck in your baby’s throat.


Allergies
Doctors recommend waiting until the age of 1 or later to introduce solid foods that are common allergens, such as foods containing nuts. It’s best to introduce new foods gradually, waiting several days to make sure your baby does not have a bad reaction to the meal. If allergies run in your family, check with your doctor to come up with the best plan for introducing foods like cow’s milk, nuts, wheat, soy, fish and eggs.


Precautions
Do not allow your baby to eat in the car. It is difficult to supervise while driving and there are choking hazards if the ride becomes bumpy. If you are using a rub-on teething medication, make sure to keep an eye on your baby’s eating habits because the medication could numb his or her throat and make it hard to swallow.

So, What CAN I Feed my Baby?
Within the first few weeks of weaning, it’s safest to feed babies pureed foods, like pureed carrots, potatoes, sweet potatoes, cooked apply, banana and pear. Packaged baby foods often contain a lot of sugar, so it’s actually healthiest to puree your own baby’s food so that you know exactly what’s in his or her meals.


***sedang menambah pengetahuan tentang pemakanan baby***sangat rasa teruja dan tak sabar tuk menanti hari untuk Faris sedia untuk solid food..

**kesayangan ibu..buah hati ibu**




Wednesday, July 21, 2010

Come to ibu meh..

Quote yang sangat disukai di zaman2 bujang dulu..'come to mama meh'..but now im a mother..to be exact im Faris's ibu..so quote itu perlu di ubah..

bukan nak bercerita asal usul quote coz tidak dapat di kenal pasti siapa yang menciptanya..hehe..ibu nak menceritakan tentang anak ibu Faris Amsyar..sudah cukup 5bulan pada 2 hari yang lepas..tujuan entry adalah kerana anak ibu ada kebolehan baru..yesss..normal untuk seorang bayi menunjukkan perkembangan setiap bulankan?so this month kebolehan baru anak ibu adalah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
opss..takde gambar bukti lagi..ahaks..akan di usahakan k

kebolehan terbaru Faris ni di kesan dalam 2 minggu terakhir Faris 4 bulan sebenarnya..means 4bulan setengah cenggitu..anak ibu dah pandai mendepa tangan minta di dukung..pada peringkat awal dia belajar, dia just tertarik dengan tangan orang yang di depakan pada dia..dia nak tarik semula tangan orang lain..teka tuk apa??ya betull..dia tarik tangan orang tuk di masukkan ke dalam mulut dia..tapi at last dah pandai depakan tangan minta orang dukung sambil mulut merengek 'nak dukung'..camtu la kot lebih kurang maksud rengekan dia..hehe..ibu tatau baby lain..maybe sum said 'ekeleh..' tapi pada ibu setiap perkembangan anak ibu membuatkan ibu rasa bangga dan ibu akan kenangkan sampai bila-bila..otak manusia cepat lupa sebab tu la adanya blog ni..nanti kita leh belek semula cerita Faris..leh compare dengan adik-adik (ahaks)..alhamdulillah dah selama 5bulan 2 hari ibu berjaya menyusukan Faris tanpa campuran susu formula..semoga Faris terus menyukai susu ibu dan semoga ibu akan terus berjaya menyediakan keperluan Faris

**bangga tengok perubahan ibu-ibu di office..dah semakin ramai yang mengepam dan membawa bekalan untuk anak2 tersayang di rumah..pasni leh minta puspanita kolej usulkan tuk sediakan bilik yang lebih selesa untuk mengepam..huhu..chaiyukkk




Tuesday, July 20, 2010

Maafkan ibu sayunk

sayunk..ibu minta maaf..
semalam ibu dah cuai menjaga Faris..anakku jatuh katil..hukk...kesian anak ibu..
macam biasa semalam pukul9 dah masuk tidur..Faris dah merengek nak neneng sebab Faris mengantuk..ibu nenengkan Faris tapi Faris still tak tidur so ibu tutup semua lampu..bila bilik dah gelap baru Faris senang tidur..dah neneng Faris terus guling n meniarap..ibu tepuk sampai anak ibu tidur..ibu pun tak sedar bila ibu tertidur coz kebetulan malam tadi ayah takde kol ibu (ayah tertidur jugak)..sekarang memang Faris dah kurang bangun malam tuk menyusu..tapi malam tadi..

tiba-tiba ibu dengar Faris nangis..tak pernah anak ibu nangis malam..kalau nk susu pun just merengek jek n ibu cepat2 kasi susu coz nak elakkan Faris terjaga..bila ibu buka mata tengok Faris tak de kat sebelah..terkejut ibu terus cepat tengok sebelah kanan katil coz kat situ ada side table..ibu paling risau kalau Faris jatuh ke situ..TAKDE...ibu bagun pergi sebelah kiri katil..huk..astaghfirulahallazim..anak ibu terlentang dengan tangan terdepa sambil merengek..bila ibu dukung jek terus menangis dengan sekuat hati..cuak jugak takut Faris cedera kat mana-mana..tapi ibu syukur sebab tangan terdepa means tangan Faris tak seliuh..this is da worst thing happen since ibu besarkan Faris..ibu minta maaf sayunk..

Faris nangis sekuat hati sampai la atuk dukung baru Faris diam..Faris marahkan ibu kan? atuk kata Faris marah ibu sebab tak jaga Faris..huk..ibu sedey..ibu dah kepungkan Faris dengan bantal..malangnya bantal semua jatuh ke bawah..anak ibu lasak.. tapi memang salah ibu..dah banyak kali atuk pesan suruh tidur di bawah coz takut Faris jatuh katil tapi ibu selalu bertangguh..ini lah padahnya..malam tadi terus jek tarik tilam ke bawah..baby cot Faris ibu still letakkan di tingkat bawah coz selalu guna tuk letakkan Faris masa ibu memasak mungkin after this kena bawa naik n Faris kena tidur dalam cot pulak supaya lebih selamat...

Semoga Faris sentiasa dilindungi dan di pelihara dari sebarang keburukan...
maafkan kecuaian ibu k sayunk..

>>satu lagi peristiwa pada 19hb<<

Monday, July 19, 2010

bikin panas!!

Hari ni genap anak ibu 5bulan..setiap kali tiba tarikh ni mesti akan ada peristiwa lain..masa anak ibu genap 3bulan..19 mei lepas ibu dapat surat sah jawatan..hari ini ada peristiwa yang boleh di jadikan teladan pula terjadi..

terbayang lagi wajah anak ibu senyum masa ibu keluar rumah tengah hari tadi..tapi tak sangka pulak on da way ke office ada seorang pakcik (layak Faris gelar atuk) tunjukkan isyarat jari yang mmg semua orang tahu bermaksud  lucah agak kurang sopan..soalannya..perlu ke kalau kita marah sampai nak kena tunjuk isyarat camtu?
minggu lepas waktu pendaftaran pelajar pun ada seorang pakcik yang marah2 ajukan soalan pada ibu bila no tuan rumah sewa yang di berikan padanya oleh seorang pensyarah tak dapat di hubungi..ibu berikan jawapan sebaiknya dengan nada yang sangat sopan tapi dapat respon yang menghampakan dari pakcik tu..lebih memalukan, anak dia yang merupakan pelajar baru di sini pun ad di sebelah..erm..macam mana anak tu nak hormatkan cikgu dia kalau ayah dia sendiri tak menunjukkan contoh yang baik..KESIAN


teringat pada atuk..pernah satu hari atuk bawa kereta ibu, ada seorang pemuda langgar kereta ibu semasa dia keluar dari parking kereta..tapi dia tunggu sampai atuk datang ke kereta untuk beritahu atuk dan bayar rm30 kepada atuk..bila atuk ceritakan pada ibu, ibu tanya kenapa atuk minta 30 rm jek..atuk kata, atuk tak minta,dia yang beri..pada atuk dia tunggu tuk minta maaf pun dah bagus, hari ni hari dia, mungkin nanti hari kita..erm..cuba bayangkan kalau kereta kedua pakcik di atas tu yang kena langgar..agaknya apa dia buat pada yang melanggar tu???renung-renungkan...

kepada mereka yang 'serumah' dengan mereka yang baran seperti 'pakcik-pakcik' di atas mungkin blog ini berguna untuk anda



Thursday, July 15, 2010

Gen siapa?

cakap sal gen ni mestilah kisah Faris kan..pagi tadi bawa Faris check up untuk 5 bulan walaupun Faris genap 5 bulan pada 19hb ni..

Punya la ayahnya kata anaknya dah berat..tak sabar nak tahu berat anak..mungkin ayahnya dapat dukung masa hujung minggu jek sebab itulah terasa berat kot..tuk ibu yang hari2 dukung Faris ni tak rasa perubahan berat yang mendadak pun..dan terjawablah bila dah p klinik tuh..siap nurse cakap..'eh..sikitnya naik berat'..mana taknya..berat Faris genap 6kg sahaja okeeyy..

tapi alhamdulillah masih lagi dalam peningkatan dan normal walaupun sikit..ibu pun bukannya wat entry semata sal berat ni sebab risau..tapi sebab nak bagi tahu..faris ikut ibu la tuh..atuk dah cakap 'ngah dulu kecik2 macam ni lah..kecik..halus jek'..huhu..so nak buat macam mana lagi kan?yang penting sihat dan aktif..melompat tak ingat..nanti kalau dah leh jalan mesti tak larat nak kejar nih..
inilah Faris Amsyar..semua benda dia akan masuk mulut..hai anak..

Wednesday, July 14, 2010

Manisnya kata-kata

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang


ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya


Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia


Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu


Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari


Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga


Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas


Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita


Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa
Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.


dah habis baca?tiada ayat permulaan kerana takut terganggu feeling bila membaca ayat2 di atas..so ibu menulis di pengakhiran entry ini..cantik kata-kata ini, dan sememangnya bukan diriku yang cantik ini yang merekanya (ahaks..saja nak sedapkan ayat k..ku sedar diri ini..)..ALLAH berikan pencipta ayat ini kekereatifan dan daku hanya penyambung dakwah..=)


apa perlu di katakan lagi?baca..fahami..jiwai..renung-renungkan dan selamat beramal..:)

Tuesday, July 13, 2010

Rumahku..syurgaku

camne la nak jadi blogger tegar camni??selalu jek fail curi masa tuk berblog..ehhehe

Dah lama tak update..kali ni nak ceritakan al kisah tentang aktiviti minggu lepas..hik..asyik sal wiken jek kan??nak buat macam mana..status masih lagi 'ibu tinggal'..so weekend jek la aktif dengan aktiviti bersama keluarga nih..

Faris kena tahu nih..
ayah balik awal minggu lepas sebab dapat mc..ayah demam+batuk dan selesema..dah lama ayah tak kena demam, kali terakhir sebelum Faris lahir..demam teruk sampai kena tahan wad masa tuh..walaupun ayah demam..tapi ayah layankan jugak aktiviti yang memang dah di rancang sebelum tu..hari sabtu,pergi weds aunty enol di Dewan Jubli Perak Kuantan bersama dengan mama zima n family yang datang bermalam di rumah kita buat pertama kali..

Sabtu malam pulak memenuhi keinginan mama zima yang teringin makan satay zul..tapi malangnya satay ayam jek tinggal..lain sume habis..laku betol, baru kul9 malam sume dah habis..

Ahad pagi plan nak balik Ceneh, bawa Faris jumpa nenek n aki tapi ayah pulak nak setelkan hal rumah..aktiviti gantung menggantung yang dah tertangguh coz minggu lepas kita ke KL..syok pulak bila tengok hasilnya..bila dah selesai aktiviti menggantung tu baru lah balik ke ceneh..petang pulak kita ke ECM tuk beli barang rumah..dan ayah sempat singgah ke nursery tuk beli rumput..sepanjang duduk rumah lansung ayah tak makan ubat..ibu pun salah..just ingatkan tapi tak pastikan ubat tu masuk mulut ayah sebab ibu asek kalut dengan Faris jek..sian ayah..huk..sorry sayunk..

ermm..ada beberapa gambar tuk tatapan nih..hehe..saksikanlahhhh..


hehe..ni hasil tebukan ayah yang pertama..masa ayah siapkan ibu sibuk jemur kain so tak sempat nak amik gambar masa dalam proses..lack tu beli kat ikea..murah aje k..ayah pesan jgn letak segala mak nenek atas tuh..'baiklah!!'
plan asal nak letak cermin..tapi bila berpeluang ke ikea..ibu pun tukar plan..hehe
ni masa tengah kusyuk menebuk tuk gantungan ke2..ayah tak perasan ibu snap gambar..safety penting ek..engineer katanye..pakai safety goggle n earplug..nasib baik tak pakai safety boot jek..huhu
hehe..saja suh ayah pose sikit..faris masih tidur dengan lenanya..senang ayah n ibu nak setel kerja..hehe
ni hasil gantungan ke2..nenek belikan ni..sekurang2nya takde la kosong dinding tuh..i'ALLAH ada rezeki lebih akan ada sesuatu di bawah itu nanti..

gantungan ke3 adalah jam..hehe..so tak perlu la gambar kan??..tapi kalo tengok gambar 1st leh nampak jam yang tergantung di sebelah kiri itu ya..

 sekian sahaja (skema)
terima kasih kerana sudi membaca ya..hehe

eh cupp..nak masuk gak gambar ibu n mama zima di satay zul..hehe..

adiosss

Thursday, July 8, 2010

4 bulan ++

sebenarnya sekarang ibu tengah bengang + sakit hati + serabut..so cara yang paling mudah tuk ubat penyakit-penyakit ni adalah dengan mengenangkan Faris..

Faris dah nak masuk 5 bulan sebenarnya..11 hari lg cukup 5 bulan..tapi sesaja wat entry tuk 4bulan dulu..anak ibu semakin membesar..semalam baru jek tengok2 gambar Faris..sangat la berbeza dulu dan sekarang..kebetulan lak semalam Faris pakai baju yang sama dengan dalam gambar masa 1 bulan..so bila di bandingkan mestilah berbeza kan?macam 2 orang yang berbeza coz faris masa dalam pantang kulit agak ke 'milo' an sikit..sekarang ala2 teh susu cair..hehe..ibu tak kisah..warna kulit tak membezakan kasih sayang ibu pada Faris ok..

Perkembangan Faris..erm..ibu rasa Faris ringan kot..sebab tu cepat jek meniarap berbanding kawan2 yg sebaya..masa 3 bulan dah pandai meniarap sendiri dan dah pandai mengensot..sekarang semakin aktif..meniarap dan melentang dengan jayanya..Faris pun semakin pandai..pantang dengar orang panggil..dah tau nama sendiri..bila ibu cakap pun mesti sibuk nak 'mendengar'..kusyuk tengok cam faham jek apa yang ibu cakap..satu lagi kegemaran anak ibu..tengok tv..lawak kalau Faris tengok berita..mesti Faris akan 'bercakap' dengan pembaca berita tu..perasan pembaca berita tu bercakap ngan Faris la tuh..huhu..pastu anak ibu ni memang peminat bola..so abang..pasni up astro HD k..hehe

Hobi Faris sekarang adalah melompat..seyes k..siapa2 yang pernah pegang dia jek yang boleh paham..dah banyak kali orang serender tak nak pegang Faris sebab tak larat layan Faris melompat..bila orang dudukkan mesti marah..huhu..semua tu atuk yang ajar..melompat degan mulut ternganga..hehe..

ok..reda dah sikit kebengangan ni..sakit kepala layan bengang..kembali ceria..hehehe..punca bengang??malas nak cite..nanti bengang semula..huhu..

wassalam...

Monday, July 5, 2010

Penggal ke2 2010

skema pulak rasanya entry ni..hiks..
sedar tak sedar dah pun masuk Julai 2010..bila dah Julai ni sedar-sedar lah wahai sahabatku..bulan depan dah masuk ogos..11 ogos bersamaan 1 ramadhan..peringatan kepada sesiapa yang belum habis menggantikan puasa (peringatan untuk diri sendiri juga)hiks..

bab kerja..sekarang kolej  tengah sibuk dengan kursus untuk ibu tunggal..tiap2 minggu ada kursus..sabtu and ahad k..kalau tak terlibat tu leh la ibu berfoya-foya..kalau terlibat ibu tetap berfoya2 jugak..hehe..coz selalunya tak sampai petang..paling lewat hari tu habis dalam pukul 3..habis kursus terus ke KL ikut hb yang ada kerja di KL..wiken baru ni pun ke KL lg tuk majlis kawin kawan lak..belum habis cerita sal orang kawin..biasala 2010 kebanyakan sahabat2 dah menginjak umur patut kahwin..hehe..so tiap2 minggu ada kenduri kawin kawan..plus sekarang cuaca amat memberansangkan tuk wat majlis kawin..hehe..

cont..minggu lepas kursus sal soya..rugi gak tak leh join kalau tak , pasni leh la wat taufu fa sendiri..hehe..just membantu persiapan kursus jek..Sabtu minggu sebelum tu buat cupcakes..sepanjang kursus untuk ibu tunggal ni rasa cam sedey setiap kali tengok muka2 diorang, muda2 lagi..siap ada yang bawa anak..harap mereka semua tu tabah dan belajar baik2..pasni leh buka bisnes sendiri..huks..

Faris lak..semakin membesar..tangan dah laju pegang sana sini..dah pandai belajar nak mengamuk..nangis kuat2 sampai kuar air hidung..betul-betul cam sakit..kadang2 tu takde warning..terus jek siren naik se maksimumnya..hehe..tu tandanya anak ibu semakin membesar..sekarang tengah tunggu surat..perubahan di kolej menyebabkan ibu akan di hantar kursus selama 2 minggu..macam mana la nanti..arghh..tak mau pikir lagi..

sepatutnya entry ni di namakan entry ROJAK or ABC..hehe..tengah bosan kat office nih..so nak merepek sikit2..still tuk bacaan di masa hadapan..hehe..

harapan untuk Julai ni..hope tak jadi ibu tinggal lagi dah..hehe..please encik manager..nak merasa duk ngn suami di rumah itu sepenuhnya..erkss..tak desperate k..cuma..berharap..kesian hb asek nak ulang alik tiap jumaat n isnin ke KL..seb baik 2jam jek..

ok..wassalam..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang