Tuesday, March 23, 2010

Brokoli oh Pegaga

Kepada puan-puan yang menyusukan anak..di sini bukan prof..bukan doc..bukan cendiakawan or even bf mom yg berpengalaman luas ingin berkongsi tips...hehe..

Kalo korang prihatin korang mesti pernah terbaca tentang khasiat brokoli n pegaga kan?try it..dari awal bersalin memang aku makan brokoli..n alhamdulillah memang membantu menjana susu..hihi..n 3 hari lepas aku try lak pegaga..wahhhhh..hasilnya lumayan (hb aku sll sebut nih bila aku mengepam)..alhamdulillah rezeki anak...mungkin lain orang lain makanan penjananya..tapi tak salah mencuba..selain pegaga n brokoli yang pernah aku baca peria pun leh membantu penambahan susu gak..all da best to all moms out there..


Sunday, March 21, 2010

Sebulan sudah berlalu




sebulan sudah anak ibu...



cepatnya rasa masa berlalu..sakit dan kegembiraan masa lahirkan Faris pun belum ibu lupakan..dan mungkin takkan di lupakan..masa minggu pertama selepas Faris keluar dari hspital, ibu dan ayah dapat tido 2jam jek semalam..huhu..Faris tak menangis tapi tak nak tido..sepanjang masa nk neneng..ayah berjaga tuk temankan ibu..n lepas neneng ibu serah Faris pada ayah tuk di dodoikan..maybe Faris lum biasakan diri lagi..still kmpius masa bila nk kena tido n bgun..huhu..bila dah masuk minggu kedua dan seterusnya wktu tdo Faris dah semakin stabil..kadang2 dalam seminggu ada la jugak Faris taknk tido..kul3 or 4 pagi baru nk tido..tugas ibu bangun masa Faris nk neneng jek..kalo Faris nak 'main-main' ayah akan layankan sampai Faris tido..huhu..untung Faris dapat ayah yang rajin melayan tu tau..Faris suka tdo gaya bebas..tak suka di bedung n suka tdo atas dada ayah n ibu..sekarang ibu akan pastikan lepas mandi pagi Faris akan tido sekurang2nya sampai ptg..lepas mand petang Faris kena berjaga..so Faris akan tido semula kira2 pkul10 mlm..tgh malam selalunya Faris akan terjaga 2 or 3 jam sekali tuk nyusu..kadang2 kalo Faris tak terjaga ..ibu n ayah pun amik kesempatan tdo dgn lenanya..hehe..kelaparan la anak ibu..kecian..huhu..kalo dah neneng tapi Faris still taknk tdo..selalunya ayah n ibu akan letak jek Faris atas katil n biarkan Faris bebel sorang2 sampai tertido..ibu intai2 gak..kelakar tgk Faris bebel2 sambil cuit2 ayah n ibu..huhu..



paling ibu suka bila nk bf Faris..coz Faris ada tabiat sendiri tiap kali ibu nak kasi neneng..huhu..ibu n ayah takkan lupa perangai nakal anak ibu ni..suka gak bila dodoikan Faris..kalo ayah yg dodoikan mesti silent mood..dah banyak kali ibu suh ayah nyanyi..huhu..kalo ngn ibu macam2 lagu la..antaranya:



:::twinkle2 lil star..how i wonder wut u are..up above da world so high..like a diamond in da sky..takat tu jek la ibu tau..hihi



::time to sleep now..close ur eyes..try to think of tomoro..all of us wish u good nite n ibu switch off da lite..one more hug, one more smile, kiss u one, kiss u twice, ill be here for a while n ibu wish Faris goodnight (ni lagu ayah sll nyanyi tuk ibu dl..xoxoxo)



::1..kasih nan abadi tiada tandingi dia yg satu...(lagu aris ariwatan..huhu)
selain tu 4 sure la ada zikir2 yg ibu sll dendangkan tuk Faris..



::lailahaillallah muhammadurrasullullah
::hasbi rabbi jallallah...

tu belum termasuk lagu yg ibu reka sendiri..lagi baik ibu tak masukkan dalam entry nihh..takut ada yg muntah baca nnt..wakaka

lagu yg ibu tak pernah lupa...dah banyak lagu ibu nyanyikan tapi mata Faris maintain bulat bersinar renung ibu..pastu ibu pun nyanyikan lagu oh ibu..kau di siram bayu pagi...lum sempat masuk baris kedua..'kedepuk'..kena cepuk atas dahi ngn ayah..hahaha...



syok la dah ada Faris dalam hidup ibu..terima kasih kerana memberi warna baru dalam dunia ibu..semoga anak ibu membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh


Friday, March 19, 2010

1st Anniversary



alhamdulillah..14 Mac lepas genaplah setahun ibu dan ayah berkahwin..di sebabkan ibu masih dalam pantang maka sambutan tuk anniversary kami akan di postpone ke bulan dpn..tapi ibu dah cukup gembira dengan kucupan dan wish dari ayah..ibu lak just sms ayah tepat pukul 12.00am 14 Mac 2010..petang tu lepas ayah pulang dari kerja, ibu cam dah berangan harap2 ayah ada belikan ibu bunga even sekuntum..coz dari masa bercynta ayah suka belikan ibu bunga..ibu mmg sangat sukakan roses..tapi ayah balik dengan tangan kosong..kecewa la sket..masa ibu nak mandi ayah kemaskan katil faris..siap jek ibu mandi, ibu tersenyum sendiri bila tengok ada sejambak bunga ros merah+pink kat sebelah faris..yuhuuuu..ayah mmg memahami ibu..cukup dgn itu pun ibu dah rasa di hargai..

abang..kasih sayang ima pada abang takkan pernah pudar..semoga hidup kita bahagia ke akhir hayat..terlalu banyak suka dan duka kita hadapi sejak mengenali satu sama lain..semoga kita sentiasa dapat menghadapi segala ujian dan cabaran dalam hubungan ini..sekarang abang dan faris adalah segalanya dalam hidup ima..abang dan faris pelengkap hidup ima..penyeri hari-hari ima dan tempat ima mencurahkan kasih dan berkongsi sayang..love u with all my heart..

Sunday, March 14, 2010

puting palsu???

Selasa 9 Mac 2010
ibu demam..ibu keluarkan beberapa botol EBM 2oz dari tempat sejuk beku dan pindahkan ke fridge..supaya susu dapat mencair dan dapat digunakan untuk keperluan Faris sepanjang hari itu..susu yang dah di pindahkan tu perlu di habiskan dalam tempoh 24jam..botol terakhir ibu keluarkan pada pukul6ptg..hari tu Faris menyusu dengan ayah..^_^

Rabu 10 Mac 2010
botol terakhir yang ibu keluarkan semalam masih belum digunakan..so ibu pun panaskan pada pukul4ptg supaya dapat di berikan kepada Faris..sayang tu kalo nk biarkan expired camtu jek..penat ibu memerah..hehe..bila dah dapat suhu yang sesuai ngam2 jek Faris pun dah minta susu..so ibu pun berikan susu yang dah di masukkan dalam botol..
Pandainya kamu..sambil nangis2 Faris nganga mulut cam biasa mencari *b* ibu..ibu pun suapkan puting botol..faris isap sket pastu **bweeekkk*..huuhu..Faris keluarkan kan semula puting dan susu yang dah masuk ke mulut..ibu kompius..panas sangat ke?ibu rasa..erm..dah ok..ibu suap lagi..kali ni dgn lebih agresif Faris tolak puting dengan lidah siap terjelir lagi lidah..hahah..ibu kompius lagi..dah masam ke??ibu rasa..erm..sedap jek lagi..ibu suap lagi sekali..Faris wat benda yang sama..tolak gak..pastu ibu pun selak baju..ekekek..rupa-rupanya Faris tau ibu ada..wat pe nk puting palsu..hahahaha..pandai anak ibu..

petang tu ayah balik kul6ptg..ibu ceritakan pada ayah..susu tu still leh di gunakan so ayah pun kasi pada Faris..elok jek bila ayah yang suapkan..Faris nganga n isap dengan seleranya..haisshhh anak ibu~~~

Thursday, March 4, 2010

sUsU iBu

Entry kali ni ibu nak menceritakan macam mana bermulanya sesi breastfeeding untuk anak kesayangan ibu Faris Amsyar..Sejak dari awal kehamilan ibu banyak membaca dan mengumpul maklumat tentang penyusuan susu ibu..ibu kagum, dan kasi tabik spring pada ibu-ibu yang masih menyusukan anak mereka terutamanya mereka yang bekerja..kecekalan dan nekad mereka itu sedikit sebanyak menyuntik semangat dalam diri ibu..mungkin masih awal untuk ibu katakan ibu berjaya..tapi ibu akan lakukan yang terbaik untuk memastikan impian ibu tercapai..chaiyukkk ibu..hehe

ok..ibu ceritakan dulu macam mana mula2 ibu ajar Faris menyusu..pernah satu artikel yang ibu baca menceritakan bahawa bayi baru lahir mempunyai deria atau secara semulajadinya akan mencari sumber makanan dia bila kuar dari perut ibu..so sebab itulah bila kita letakkan bayi di *b* kita bayi tahu sendiri apa yang dia perlu buat iaitu menyunyut..(*b* ibu gunakan untuk breast k)
ibu lahirkan Faris secara pembedahan so hari pertama selepas pembedahan terlalu sukar untuk ibu gerakkan badan..ingat lagi betapa sakitnya bila nak duduk atau baring..tapi ibu cekal kan hati semata-mata nak pastikan Faris mendapat hak Faris..

KolEstrum
Kepada ibu-ibu yang ingin memahami kenapa penting menyusukan bayi kita sebaik dilahirkan leh baca di sini. Menurut artikel dalam PAMA Feb 2010 pula (Kenali Cecair Emas Berharga) kolestrum mula keluar pada hari pertama kelahiran sehingga hari ke3 dalam kuantiti yang terhad..cecair berharga ini mengandungi semua zat yang di perlukan oleh bayi baru lahir malah lebih kaya dengan protein dan antibodi jika di bandingkan dengan susu matang.
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang