Tuesday, February 21, 2012

Faris @ 2 tahun

Salam..

Sempena ulang tahun ke2 kelahiran anakanda pada 19.02 (Ahad) lepas, kami mengadakan majlis doa selamat dan sambutan kecil-kecilan di kampung. AJK jemputan pada hari itu adalah atuk, so kebanyakan jemputan adalah kawan-kawan surau atuk..hehe..hanya 5 orang kanak-kanak yang datang tuk menambah kecerian birthday boy..huhu..kelakau pun ada.

Apa-apa pun, Alhamdulillah coz majlis doa selamat berjalan lancar dan jamuan pun dapat menampung jumlah tetamu. Thanks to mummy n pok yi yang sangat banyak membantu ibu menyediakan juadah. Juadah utama mi kari, sepenuhnya air tangan mummy n pok yi..huhu..Ibu just masak hidangan ringan/goreng-gorengan dan bihun goreng ajo..

dah..jom layan picca..(tapi semua gambar selepas majlis doa selamat coz cameraman lambat charge bateri kamera..huhu)

 Posing..special dari birthday boy..

 Kek untuk anakanda..beli yang dah siap sajo, tak sempat nak tempah2..huhu

 Anakanda bersedia untuk potong kek..kawan-kawan yang ada malu-malu nk join masuk kamera..


 So..mummy, ibu n ayah je la tolong temankan..


 Anak ibu memang suka dan pandai berkawan..


Blur lak gamabr nih..

bila tetamu datang, dia sibuk nak tolong hidang air dan kasi makanan..so pas dah potong kek, dia gak sibuk nak agihkan kek tu..haha..tengok cara potong dah leh tau hasil potongannya kan?
 
 yeaayy..dapat new collection untuk lightning mc queen..thanks ayah..

Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar..yang penting anakanda happy, seharian  kusyuk bermain dengan kereta baru..so dapatlah ibu berehat selepas majlis..:)

Sunday, February 19, 2012

Selamat Ulangtahun Anakku

|Coretan khas buat anakanda kesayangan ibu|

Salam sayang untuk anak ibu...

Alhamdulillah..hari ni genap usia anakanda ibu 2 tahun. Waktu ibu menaip ni, hampir jam 7malam, waktu ni 2 tahun yang lalu, ibu baru di minta bersedia oleh nurse untuk di bawa ke bilik bersalin. 2 tahun berlalu, namun sedikit pun ibu tak pernah dapat lupa detik yang perlu ibu lalui untuk menyambut kehadiran sayang.

Alhamdulillah sekali lagi, sakit dan perit yang ibu lalui, terasa berbaloi dengan kurniaan yang telah ALLAH berikan kepada ibu. Melihat Faris membesar dengan cergas, cerdas dan pintar membuatkan ibu sentiasa berasa bangga dengan anak ibu. Pengalaman baru yang Faris berikan kepada ibu sebagai 'ibu' Faris menjadikan hidup ibu semakin bermakna.

Detik 12 malam tadi, ayah dan ibu memberikan ciuman sambil mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' kepada anakanda, respon anakanda hanya dengan senyuman. Bertambah lagi usia anakanda, bertambah besar dan berat lagi tanggungjawab ibu, ibu sentiasa mendoakan agar anakanda sentiasa di pelihara dan di lindungi oleh ALLAH dan semoga ibu dan ayah sentiasa dapat memberikan didikan yang terbaik kepada anakanda.

Panjang lagi perjalanan anakanda, semoga kehidupan awal anakanda ini akan mencorakkan kehidupan yang cemerlang di masa hadapan. Selamat Hari Lahir sayang..semoga anakanda menjadi khalifah kebanggaan ibu dan ayah, sepertimana ibu dan ayah berbangga melihat anakanda membesar sekarang.

Ibu dan ayah sentiasa sayangkan Faris..permata hati kami selamanya...

Friday, February 17, 2012

Makcik menang

salam.....


semangat ni nak update...alhamdulillah ibu menang pertandingan anjuran cik kumbang..suka..suka..:)
tak sabar nak dapatkan wajah baru dari cik kumbang

**********************************************************************************
|tumpang entry..hehe|

Alhamdulillah baby dan ibu sihat walafiat..ibu semakin membesar bagai juara..berat naik mendadak 10kg dalam masa 6bulan pregnant..dan hasilnya minggu depan nurse suh minum air gula..huhu..

Abang faris pula bakal berusia 2tahun pada hari Ahad ni..bulan ni ayah banyak kena kerja keluar,jadi abang faris ambil alih tugas ayah. Tiap malam dia sibuk nak suap ibu semua vitamin ibu dan gelaran 'ibu' dah bertukar menjadi ' sayang'

Nasib baik ada anakanda ibu yang banyak celoteh ni,kalau tidak memang kesunyian la jawabnya. Ayah berada di KL hingga hujung minggu depan walaupun baru pulang dari Bangkok minggu lepas. Lama tak berjauhan, bila terkena rasa tak tertanggung pula rindunya..ahaks..ok abaikan..tapi seyes itu yang ibu rasa walaupun ayah baru bertolak..

**serius tak sabar nak memulakan projek bersama cik kumbang, tapi perlukan sedikit masa kot..huhu..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang