Salam..
Ibu nak kongsikan sedikit info yang ibu dapat tentang mengandung selepas cesarean. Info ni ibu kumpulkan selepas ibu sah mengandung kali ke2 ni..Alhamdulillah..Tujuannya lebih kepada untuk menyedapkan hati dan untuk menjawab soalan2 yang bakal di tanya (coz ibu tahu dan dah ada pun yang bertanya 'tak takut ke?'..hehe). Seikhlasnya, bila tahu ibu mengandung lagi, rasa takut dan risau untuk mengandung pada masa terdekat hilang sama sekali. Pada ibu, sebaik-baik perancang adalah DIA, so bila dia dah tentukan berhasil, InsyaALLAH semuanya di bawah lindunganNYA. Untuk yang senasib, jom kita kongsikan info di bawah..
Jarak
kehamilan selepas cesarean
Persoalannya:
berapa lamakah sepatutnya seseorang wanita yang telah menjalani pembedahan cesarean
boleh hamil lagi ?
Pada kebiasaannya
kita cadangkan antara satu hingga dua tahun.Apakah kemungkinan jika seseorang wanita mengandng lebih awal dari
itu ?misalnya enam bulan
selepas pembedahan ataupun sejurus selepas pantang ia terus mengandung.
Sebenarnya luka pembedahan akan pulih dalam masa dua minggu, tetapi
ia menjadi kuat dalam masa satu hingga dua bulan.
Apabila sampai ke tiga
bulan atau lebih parut akan menjadi lebih kuat dan tidak ada bezanya mungkin
kekuatan parut cesarean selepas tiga bulan ataupun selepas setahun.Oleh itu jika seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu
sebab ia patut menggugurkan kandungannya.Sebaiknya
ia diteruskan, lagi pun tidak kesemua kes pembedahan mesti diulang,ia
bergantung pada apa punca pembedahan yang pertama, misalnya
kalau rongga tulangnya sempit maka ia perlu diulang.
Bolehkah
saya melahirkan secara normal berikutnya?
Sebenarnya
selepas pembedahan cesarean pertama kemungkinan untuk secara normal adalah sangat
besar, mungkin melebihi 70 peratus
Sebilangan kecil sahaja yang mungkin diulang-bedah oleh sebab rongga
punggungnya agak sempit dan tidak membenarkan kepala bayi melepasinya.Tetapi yang lain-lain adalah disebabkan faktor seperti pendarahan, bayi
lemas (ini masalah masa ibu nak bersalinkan Faris, untuk adik Faris, ibu harap dapat bersalin normal pula) atau masalah uri yang tidak mungkin berulang lagi.
Yang kedua ini adalah persoalan wanita yang baru menjalani pembedahan juga..
Soalannya (selepas di potong mana yang tidak berkenaan):
Bolehkah saya meneruskan kandungan saya ini kerana saya baru saja enam
bulan melahirkan anak? Bolehkah saya menggugurkan kandungan saya ini
dengan memakan pil saja? Atau perlukah saya pergi ke hospital kerajaan
(rekod saya di sana), dan meminta pendapat mereka terlebih dulu
Jawapannya:
Pembedahan caesarean dilakukan di bawah rahim. Bahagian ini agak
nipis, tidak memainkan apa-apa peranan ketika kontraksi rahim untuk
proses kelahiran dan mengandungi kandungan otot yang kurang dari
bahagian atas rahim. Cara pembedahan pada masa sekarang dilakukan
dengan membuat pembukaan melebar di bahagian rahim ini, kemudian
membolehkan ia ditutup kembali dengan mudah. Justeru, ia sembuh dengan
lebih cepat dan baik.
Dianggarkan luka pembedahan akan sembuh
dalam masa enam minggu hingga tiga bulan untuk mereka yang tidak ada
masalah kesihatan lain seperti kencing manis yang melambatkan proses
pemulihan. Kandungan biasanya berada di bahagian atas rahim dan akan
berkembang di sana.
Bahagian bawah rahim mula berkembang pada
tiga bulan terakhir mengandung dan ia terbentuk sepenuhnya ketika
hendak bersalin.
Ada beberapa komplikasi yang boleh terjadi
apabila seseorang itu mengandung selepas satu, dua atau tiga kali
pembedahan caesarean. Yang pertama ialah risiko uri melekat di bahagian
bawah rahim lebih tinggi dan ini dipanggil ‘placenta praevia’.Ini akan dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.
Satu
lagi masalah ialah parut yang lama itu mungkin terbelah atau carik
(uterine rupture). Ia berlaku terutama ketika sakit bersalin kerana
masa inilah bahagian ini mula meregang untuk membolehkan bayi menurun.
Kemungkinan risiko ini ialah satu dalam 200, bermakna antara 200 wanita
yang bersalin melalui pembedahan, hanya seorang akan mengalami
komplikasi ini pada kandungan seterusnya. Jadi risiko ini tidak begitu
tinggi.
Bila ia berlaku, pendarahan daripada pembukaan parut
akan berkumpul dalam abdomen dan boleh menjejaskan aliran darah kepada
bayi. Keadaan ini adalah kritikal dan perlu pembedahan, mungkin rahim
terpaksa dikeluarkan untuk menyelamatkan nyawa ibu. Oleh itu, ibu yang
pernah melalui caesarean harus bersalin di hospital untuk mana-mana
kandungan seterusnya, untuk memerhati tanda komplikasi ini. Jika
dikesan lebih awal, risiko diatas boleh dikurangkan. ~ ok yang ni buat ibu takut sedikit~
Masa yang
paling sesuai untuk mengandung semula selepas pembedahan caesarean
ialah 18 bulan. Ini memberi cukup masa untuk luka pulih kepada keadaan
asal, ibu juga sudah kembali kepada keadaan sebelum mengandung dan
bayi sudah tidak terlalu bergantung kepada susu ibu untuk pemakanannya.
Puan sudah berkahwin selama enam tahun dan mengalami dua keguguran.
Jangan
gugurkan kandungan ini semata-mata atas keterangan yang tidak ada dasar
yang kukuh. Aspirin perlu dimulakan secepat mungkin. Jangan takut
kepada manusia – itu tidak mendatangkan apa-apa faedah. Sebaliknya
minta pertolongan daripada Kuasa yang menentukan semua ini dan takut
kepada tanggungjawab puan atas kandungan ini sekarang.
Sumber:
http://www.hamidarshat.com/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=218
http://bintangkejora-myblog.blogspot.com/2010/06/anda-tanya-doktor-jawab-mengandung-lagi.html
"Tuhanku,
permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan, kerana sesungguhnya memudahkan
sesuatu itu mudah bagiMu. Tuhanku sempurnakanlah dengan kebaikan."
Wallahualam..