Thursday, May 12, 2011

Makan-makan di Bandung

Salam..

Acara jalan-jalan cari makan di Bandung ni kira macam kemuncak percutian..hehe..Kalau pergi ke Bandung memang tak perlu risau dengan makanan mereka. Selera meraka lebih kurang je dengan selera orang Malaysia, kadang-kadang makanan diorang tu ibu rasa lebih sedap daripada di Malaysia..hehe..Sepanjang di Bandung kami merasa makanan SUNDANESE dan MASAKAN PADANG. Itu adalah makanan femes ames di sana. Masakan Sunda ni kebanyakan nasi nya di masak dengan bahan-bahan lain seperti daging, ada juga yang di masak dalam buluh dan di balut daun pisang. So aromanya pun dah cukup menyelerakan. If makanan Padang, cara hidangannya sangat berbeza, macam-macam jenis lauk diorang hidangkan, leh di katakan lebih 10 jenis lauk. Jangan korang sentuh semua jenis lauk, yang di hidang tak semestinya perlu di bayar, hanya yang di sentuh sahaja yang akan di kira.. Haishh..tak pandai la nak cerita lebih-lebih sal makanan ni coz tak sempat nak interview supir..hehe..tapi memang tak rugi merasa makanan diorang. Memang sedap, mungkin pasni p Bandung leh fokus tuk Jalan-Jalan Cari Makan aje..hehe..Jom layan pics



di BALIBU restoren, kami suka ambil tempat macam ni supaya senang nak kepung dak kecik tu


sup bontot goreng..enak banget..sup ekor sebenarnya..huhu


menu kami di BALIBU, nasi timbel ayam komplit..ini adalah makanan Sunda, diorang punya set mesti dengan nasi, ayam or ikan, ulam-ulaman dan sambal..simple tapi marvellous

Sunda lagi..


Di KARAMBA restoren kami makan ikan terbang..huhu

ini pula masakan padang..tengok tu..macam-macam lauk yang buatkan air liur meleleh..uhuhu..makan 3-4 jenis lauk baru dalam RM 20..berbaloi kan?

di SEDERHANA, restoren masakan Padang yang galmour di sana, banyak cawangan dan ada sediakan tempat mainan tuk kanak-kanak..


ibu tengah berkira-kira nak makan yang mana satu..haha..

teh botol..tiada di Malaysia kan?agak pekat sikit bagi ibu teh o dia ni..anyway sedap dan berjaya hilangkan dahaga selepas keletihan shopping..huhu..

Kebanyakan restoren di Bandung ni menyediakan musolla, mudah tuk kita kan..

**********************************KAMPUNG DAUN*******************************

KAMPUNG DAUN..restoren yang paling istimewa di hati kami..ahaks..malam terakhir di sana, supir bawa kami ke sini. Mengikut supir, ini tempat wajib pergi..
Memang istimewa tempat ni, terletak di kawasan pergunungan berhampiran dengan TENGKUBAN PERAHU (next entry). Sejuk dan nyaman banget di sini. Nak basuh tangan pun takut coz rasa cam basuh dengan air batu..sejukkkkk..
Suasananya ala-ala dalam hutan gitu coz mereka menerapkan natural konsep. Sesuai dengan suasana yang nyaman dan aman
Hujung minggu tak payah la korang plan nak ke sini, memang beratur tunggu meja nanti..


gelap la pulak gambarnya..huhu..susah tul nak ajak dak kecik ni bergambar, dia excited berjalan
 dan teroka tempat yang luas ni. 


Di sini tempat makan semuanya dalam pondok-pondok..syok siap leh baring-baring..

Tidur pun enak ni..hehe

Ini juadah kami malam tu, NASI LIWET..hah..jangan ingat di Malaysia je glamer dengan liwat-liwat ni..haha..di Bandung pun liwet menjadi rebutan k..oppss..haha..tak de pulak gambar nasi liwet ni, nasinya duk dalam periuk bertutup tu..nasi dia di masak dengan pelbagai ramuan, sampaikan si kecik tu makan nasi semata-mata..sedap katanya...anyway di sini pun ada di sediakan western menu untuk mereka yang tak berminat dengan Indonesian Special..

So kalau ke Bandung jangan lupa pergi ke Kampung Daun k..45minit dari Bandar Bandung..jauh tapi insyaALLAH berbaloi..:)

dadaaaaa..

Tuesday, May 10, 2011

Shopping di Bandung- Part 2

Selain FO yang kami cover sepanjang 4 hari di sana, destinasi shopping yang femes ames di Bandung adalah PASAR BARU. Bangunan 7 tingkat, tingkat 1 - 6 adalah kedai, tingkat 7 pula parking. Penat weh nak round 6 tingkat tu..ada lebih 300 kedai dalam Pasar Baru ni..bukan ibu yang kira, supir yang bagitau k..Kami ke sini siap dengan stroller, so takde la penat nak gendong anak coz di sini pun di sediakan lift mudah untuk bergerak dengan stroller. Tingkat bawah agak sesak dan tak selesa coz panas, anak pun asek mengamuk sepanjang di tingkat bawah. Diorang dah kelaskan barangan yang di jual di setiap tingkat, tapi tak sempat pula ibu nak rekodkan..hehe. Tapi sepanjang di sana, setiap tingkat pun ibu jumpa penjual telekung. Di sini leh tawar menawar k. Tingkat 6 Pasar Baru adalah food court, kami pening nak pilih barang masa shopping, bila lapar naik ke tingkat 6, pening lak nak pilih kedai makan. Kompius pun ada, ada setengah kedai duk kata HALAL tapi patung dewa ala dewa Hindu kat depan kaunter..

Tempat shopping ke3 yang kami terjah adalah tempat jualan barangan kulit iaitu JALAN CIBADUYUT. Barangan kulit yang di jual di sini adalah dari Home Industry. Maknanya diorang buat di rumah, tapi kualiti nya bagus..HB beli jaket kulit dan belikan ibu kasut kulit..:)..tak berjenama pun tak kisahlah asalkan mutunya setanding gitu..hehe..Harganya pun sangat berbaloi-baloi.



ini di Jalan Cibaduyut...tiada gambar yang proper, coz kami sangat fokus semasa shopping..haha..tak sempat nak bergambar..ibu beli tauhu cheese..sedap gak..terliur lak bila tengok gambar ni..huhu

Sepanjang jalan di Bandung ni memang banyak gerai jalanan,macam-macam yang diorang jual..kesian tengok. Selain gerai, ada juga yang tawarkan macam-macam khidmat, ada yang sampai jadi tukang sapu cermin kereta dengan bulu ayam, menyanyi pada pemandu kereta, dan menjual majalah dan air bergerak semata-mata untuk mencari rezeki. Diorang susah, tapi diorang sanggup lakukan pelbagai kerja untuk mendapatkan wang. Insaf bila tengok keadaan diorang.

Jalan di Bandung ni sangat berbeza dengan Malaysia..kenderaan takde yang laju-laju pun..ibu rasa paling laju diorang pecut, 60km sejam kot..bak kata supir, saman laju memang mustahil..huhu..
tapi menakutkan tengok diorang memandu, coz lampu isyarat tu tak menjamin apa-apa. Lampu merah pun diorang main redah je jalan..huhu..yang ajaib nye kemalangan memang kurang. Coz diorang guna peraturan sendiri berdasarkan tolak ansur...Kita orang Malaysia yang dah biasa ikut peraturan jalan raya ni memang rasa seram sikit la tengok..huhu

ok..to be continue...dadaaaaaaa..hehe

Monday, May 9, 2011

Shopping di Bandung - Part 1

Shopping memang asyiiik banget di Bandung ni..Sangat banyak FACTORY OUTLET. Tapi pandai-pandai la tengok harga coz di FO ni tiada tawar menawar k. Ada juga sesetengah FO yang harganya tinggi berbanding FO lain. Yang paling syok..semua FO ada banyak baju anak-anak yang murah. So memang setiap kali masuk FO kompem si kecil ibu dapat baju or seluar baru..Antara FO yang femes dan wajib pergi (bukan wajib beli k) RUMAH MODE. Ikut kata supir jalan Riau dan Dago yang banyak FO. Di sini FO pun berdekatan sebab tu ada kawan-kawan yang pergi menginap di hotel berlainan setiap malam untuk mudahkan diorang nak shopping tanpa perlukan supir. Sebut aje mau shopping apa, handbag boleh cari di Terminal Tas dan Rumah Tas (ibu suka di sini), atau kasut dan beg jenama tempatan di Elizebeth. Pakaian anak-anak, semua tempat pun ada, di ANAK KECIL memang di khaskan untuk anak-anak. Barangan batik dan kebaya eksklusif di *ibu terlupa..dan Jeans di TOKO TIGA..

RUMAH MODE
~pakaian lelaki +wanita +anak-anak~


RUMAH TAS
Shopping handbag selain dari TERMINAL TAS


~Banyak pilihan..ibu nak pilih handbag Faris sibuk nak neneng~

ANAK KECIL
 ~pakaian anak-anak..rambang mata di buatnya..di sediakan juga ruang bermain untuk anak-anak~



FASHION WORLD

~cantik kedai ni..semangat nak shopping..huhu~

Batik Eksklusif..lupa nama kedai**
Banyak pakaian batik indon/ jawa di sini..cantik dan kalau convert harga dalam duit Malaysia tetap berbaloi..Tapi kami just tengok-tengok je, nak beli batik nak pakai masa bila lak kan?huhu

~nak ke ayah pakai baju camni?hehe~

TOKO 3

Dipanggil Toko 3 coz 3 kedai (Toko) di gabungkan

Banyak gila pilihan jeans di sini..

Selain FO, ada tempat lain yang menjadi serbuan pelancong untuk shopping..tunggu next entry k..dadaaa
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang