Tuesday, November 23, 2010

Kekal Romantik

Tips tuk suami isteri mengekalkan kebahagiaan dan ke romantikan d' amour...renung-renungkan dan selamat beramal..hehe

Amalan Harian...
::Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing
::Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin  harian dengan dakapan dan ciuman di bibir
::Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar bertanya apa yang sedang dilakukan.
::Sentiasa ucapkan kata-kata I Love You sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur
::Sentiasa mencari peluang untuk lunch bersama kerana pastinya tiada gangguan anak-anak jika pada hari bekerja
::Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan

Cari Masa Untuk Bersama
::Luangkan masa untuk berbual tentang apa-apa sahaja sebelum tidur
::Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca surat khabar, yang pernting anda berada di sisi
::Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang
::Amalkan solat berjemaah semasa di rumah
::Biasakan bergilir gelas atau pinggan makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman pasangan
::Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkhan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari
::Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya

Lakukan Sesuatu yang luar biasa
::Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya
::Sentiasa kenang perngorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras menyara keluarga
::Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu
Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu..

Petikan dan olahan artikel dari Pesona Pengantin Dis 2010.

p/s: bahagiakan harimu with love..love..n love..(hikss)

Monday, November 22, 2010

Di mana2 pun boleh..



Tiba-tiba teringin nak post kan gambar nih..picca Faris dengan 'milk dispenser' nya..hehe..syok kan jadi ibu?Motif entry..terasa sangat bersyukur dengan anugerah yang ALLAH berikan, nikmat yang tak putus dan rezeki anak yang melimpah ruah ini. Semoga susu ibu akan terus dapat memenuhi keperluan Faris dan semoga ibu akan terus kuat tuk menjalankan tanggungjawab ibu menyusukan Faris.
senangkan dengan BF nih..tak perlu nak angkut segala macam alatan dan perkakasan tuk membancuh susu bila nak keluar. just gunakan teknik 'selak dan sumbat' aje..hehe..dari dulu berangan nak beli nursing cover tapi tak tercapai. Alhamdulillah setakat ni tak menghadapi sebarang kesulitan tuk menyusukan Faris di mana sahaja. Selalu ayah akan cover kan. Pakaian pun penting. If ke tempat yang memang ramai orang dan susah cari tempat 'menyorok' ibu akan pakai baju yang memang khas tuk nursing, mudah tuk di selak. tapi kalau ke mall yang memang khaskan bilik tuk menyusu pakai apa pun tak kisah. Kan best kalo bilik menyusu di sediakan di semua mall or mungkin boleh di buat macam tandas awam tu, leh ada kat tepi-tepi jalan..hehe

Alhamdulillah

Alhamdulillah atas nikmat dan pemberian dari Nya..anak ibu cukup 9 bulan 3 hari lepas..bermakna sudah 9 bulan juga, ibu berjaya memberikan hanya yang terbaik tuk anak ibu..mohon ALLAH panjangkan nikmat ini. InsyaALLAH sekurang-kurangnya hingga 1 tahun dan seboleh-bolehnya hingga anak ibu berusia 2 tahun. Ibu sekarang dalam proses nak memilih taska tuk Faris..berat hati sebenarnya tapi sampai bila atuk nak jaga Faris. Ibu kasihan kan atuk even atuk sendiri sanggup nak jaga Faris n taknk ibu hantar Faris ke taska. Semoga ALLAH berikan petunjuk supaya ibu dapat buat keputusan terbaik tuk anak ibu.

9 bulan Faris baru pandai merangkak. Selama ni just dalam posisi merangkak, tapi bila nak gerak terus meniarap. Tapi 2 hari lepas Faris dah mula merangkak, tak kisah la lambat pun sayunk asalkan ibu dapat saksikan aksi anak ibu merangkak macam kanak2 lain. Sure bila ayah balik nanti dah laju anak ibu merangkak. 

Alhamdulillah tuk kesihatan dan kecerdasan yang ALLAH kurniakan untuk anak ibu. Semoga anak ibu sentiasa di pelihara dan dilindungi oleh ALLAH. Amiin.. 


gambar yg tak berapa berkualiti..eheh

::tengah pikir2..perlu ke beli 2nd fridge coz selalu kena berkira tuk beli bahan mentah coz susu Faris memenuhi ruang yang ada (daging korban orang kasi pun tak dapat nak simpan banyak, orang kasi kita, ibu kasi orang lain sampai pakcik tukang yang tengah wat umah kita pun ibu kasi..tapi memang bagus di sedekahkan kan?hehe.).::
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang