Monday, May 10, 2010

ibu tinggal

Baca betul2 k..bukan tunggal tapi tinggal k..hehe..
tinggal la coz ayah Faris di KL..dah hampir sebulan..tuntutan kerja..redha jek..hujung minggu baru balik tuk bersama keluarga..dulu selalu dah kena tinggal..sekarang walaupun di tinggal ayah..Faris ada pengubat rindu ibu..=)
Faris sekarang di jaga oleh nenek (mak saudara ibu) n atuk (bapak ibu)..Faris dah takde nenek sebelah ibu..tapi nenek sekarang pun dah memang macam mak kepada ibu so nenek sebenar Faris..coz nenek la yang jaga ibu masa ibu kecik2 dulu selepas mak ibu meninggal..terima kasih sangat2 pada atuk n nenek sebab sanggup berkorban jagakan Faris..nenek n atuk sendiri tak sanggup tuk biarkan ibu kasi Faris pada orang lain sekarang..alhamdulillah sebab ibu 1000x lagi tak sanggup..tunggu la anak ibu besar sikit..so siapa yang nak jagakan Faris leh la btau sebelum bulan 8 k..hehe

Pertama kali ibu dapat ucapan 'selamat hari ibu' dari ayah (zaman cintun dulu selalu gak ayah wish..tp bb blum wjud..sekarang baru dapat merasai gelaran sebenar)...
gembira rasa hati..lengkap rasa hidup ibu dengan adanya ayah dan faris...ibu sayunk ayah n faris banget..ayah belanja ibu makan makanan feveret ibu di Tjantek sempena hari ibu..tapi sayang takde amik gambar..ibu tak sabar tunggu kad hari ibu pertama dari Faris (bila la ea)..Semoga ibu dapat menjadi ibu yang mithali..dapat mendidik anak ibu untuk berjaya di dunia dan akhirat..

khas untuk ibu-ibu sekalian..(ibu kongsikan mesej yang ibu dapat sempena Hari Ibu)..

Jika mejadi ibu..
Jadilah ibu yang ikhlas hatinya, seikhlas Siti Khadijah
Jadilah ibu yang tabah jiwanya setabah Siti Hajar,
Jadilah ibu yang teguh imannya seteguh Masitah isteri Firaun,
Jadilah ibu yang kental imannya sekental Sumayyah..
Jangan lah jadi ibu yang...
Longgar jiwanya
Rapuh imannya
Sempit mindanya
Mudah-mudahan semua ibu sentiasa mendapat rahmat daripada ALLAH
Selamat Hari Ibu

nyum-nyum

Wednesday, May 5, 2010

FAris @ 2 months

Hari ni sebenarnya faris amsyar anak kesayangan ibu dah 76 hari..huhu..baru nak wat entry sal 2 bulan..setakat hari ini anak ibu dah pandai senyum-senyum..gelak pun dah pandai..mengekek jek bila orang main ngan dia..tapi yang kelakau nye kadang-kadang anak ibu ni kompius antara gelak ngn menangis..awal-awal cam nak gelak tapi tiba-tiba menangis lak..huhu..ayah kata faris dah pandai ngamuk..bukan ngamuk hentak2 kaki tuh..ngamuk nangis uji vokal bila lambat dapat susu..kalo dulu nangis terus 'suap' tapi sekarang kena pakai botol memang teruji la sikit kesabaran anak ibu ni kan?coz bila lapar..nak kena tunggu susu di keluarkan ****** masuk dalam botol ***** di panaskan ****** baru boleh masuk mulut dia..tu belum kira kalau terlajak panas nak kena tunggu suhu stabil lak...(ibu tengah mempertimbangkan untuk beli set warmer lak, if itu akan memudahkan nenek menjaga faris)..sebelum ni anak ibu dah pandai meniarapkan diri sendiri..tapi dengan usaha yang sangat keras la..but 2 hari lepas dengan mudahnya anak ibu meniarap dan macam dah selesa lak tidur meniarap..cuma ibu perlu la pantau takut kalau muka tersembam kat tilam lak..dah 2bulan lebih ni gak la Faris baru di cukur..huhu..alhamdulillah Faris Amsyar membesar dengan sihat..bersyukur ke hadrat-NYA...semoga anak ibu membesar menjadi anak yang soleh..

~~Faris Amsyar baru meniarap dan berkepala botak sedang tidur~~

Faris Amsyar 2 bulan
:::berat 4.5kg::
::tinggi 54cm ::

Monday, May 3, 2010

dEmam laGi

tak cukup tido..tak cukup rest..akibatnya demam lagi..tambahan pulak sekarang memang musim panas..rumah ni lak kalau malam macam duk dalam sauna..sabotaj tuan umah la tu..lambat buh air cond..huhu..bila aku demam..yang paling merisaukan adalah waktu menyusu..nak susukan faris risau kalau anak ibu ni lak demam nanti..tapi alhamdulillah sebelum ni dah 2kali demam tak pernah lagi terjangkit..kali ni pun harapnya tidak la..
ibu kepenatan coz sejak masuk rumah belum dapat rehat yang mencukupi..mengemas dan melayan anak ibu yang sorang ni (tu baru anak sorang..haha)..pastu lak sabtu malam baru ni buat sembahyang hajat, bacaan yasin dan doa selamat sempena masuk rumah..kenduri kecil-kecilan je..tambahan pula kenduri last minit..jemputannya sanak saudara terdekat dan beberapa orang kawan ofis..i'ALLAH lepas ni akan buat akikah untuk faris baru leh jemput ramai2..

semalam faris dengan rasminya botak..bercukur di hari ke tujuh....puluh tiga..huhu..semakin bolat lak muka bila dah botak..pencukurnya adalah ayah..

hope ibu sembuh sepenuhnya cepat-cepat..penat bila demam ni..semalam suhu 38.6 tapi pagi ni dah turun sket..hope esok dah kuat seperti biasa..hehe..doakan ibu k sayunk..
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang