Tuesday, January 15, 2013

Abang pergi School

Salam...

Hari ni 15 Januari genap anakanda Ayman Zafran berusia 8bulan. Alhamdulillah anakanda semakin lasak dan cergas. Semoga adik terus membesar menjadi anak yang soleh dan teman rapat kepada abang Faris Amsyar..:)


 erkkk...mmg la, nampak sangat malas nk menulis entry, tajuk lain pun leh selit cerita lain..huhu..

Nak bercerita tentang anakanda sulung yang dah memulakan sesi 'persekolahan' nya awal minggu lepas. Faris join taska untuk 3 tahun. Apa yang ibu perhati, anakanda suka sangat ke sekolah, teruja nak berjumpa dengan cikgunya dan kawan-kawan. Bersemangat untuk bangun pagi walaupun tidur lewat setiap hari. Hampir tiap hari ibu yang tidur dulu sebelum abang, tapi abang tetap segar di pagi hari..huhu. Sampaikan hari Sabtu pun abang bangun awal pagi n minta nak mandi..huhu
 bila nak dapat uniform ni??
Semalam abang mengadu :
Faris : Ibu, kita kena tidur kalau dah malam kan?teacher  tu suruh abang tidur panas-panas.
Ibu :  hah?school abang panas ke?
Faris : teacher suruh abang tidur panas-panas..masa ada sun. Kita tidur kalau dah malam kan?apa la teacher tu, panas-panas lagi suruh abang tidur
ibu: oowwww...

Bila di pikir barulah ibu paham, maksud Faris, teacher suruh dia tidur siang..hehe..kompem dia duk tak puas hati bila teacher dia suh tidur siang, kompem sebab dia nak bermain kan?huhu..korang tak paham?abaikan...hehe 

Pernah juga abang balik dan mengadu

Faris :  ibu tadi ada orang gaduh dekat school, tak baik kan gaduh-gaduh kan ibu?nanti ALLAH bagi dia storm camne ibu?
Ibu : lain kali kalau orang gaduh abang cakap lah 'tak baik gaduh-gaduh, kena main sama-sama. Abang jangan gaduh tau..
Faris : ok ibu..abang tak gaduh.

Hari-hari ibu teringat kan abang tau..apa la abang buat kat sekolah?menangis ke abang kalau berebut mainan?ada orang buli abang tak atau abang yang membuli?huhuhu..Memandangkan anak ibu ni sentimental orangnya, kalau kena kacau kompem menangis..huhu

Salag satu aktiviti di sekolah,  adalah main lego..eh lego tu brand ke nama permainan tu ek?apa-apa la kan..tapi abang bahasakan 'block'. Selalu kalau di rumah, ayat abang 'ibu buatkan abang elephant' or 'ayah buatkan abang ......'..semuanya dia harapkan ibu dan ayah yang buat. Bila ibu minta abang cuba buat, 'abang kan kecik lagi, abang tak pandai'..ermm..abang belom confident dengan kebolehannya. Tapi sejak dah ke sekolah ni..ermm...

 abang semakin kreatif dan yakin dengan skill abang..hehe

 abang kata ni elephant..hehe


Heheh..besar dah anak ibu sorang ni, ibu harap banyak la yang abang belajar di sekolah abang, belajar tuk bergaul dan belajar tuk menapis baik dan buruk. Semua tu perlukan masa dan sememangnya dalam usia sekarang, semua benda abang akan tiru.

eh satu lagi, dah 2 kali abang bawa balik beg penuh makanan ringan..ermmm..ibu tak berkenan..erk, cerewet ek ibu nih?kena wat homeschooling jek la kalau camni kan?hahahha

Wassalam...

5 comments:

Unknown said...

dah sekolah Ayman ya, cepat je ya kayzie, ni baru taska, nanti dah masuk darjah 1 lagi ibunya teruja.

azhariahzuber said...

Budak2 mcm kita gak. Suka jajan. Huhu

sweetlavender86 said...

kak kayzie,same laa mcm adam tu.skang ni mmg sukeee sangat mkn sweets,jajan2 tu.dpt dri sekolah die.kitrg mmg jarang gilee beli.adam pun mcm faris.dah suke pegi sekolah.seblum ni asal ckp je nk hntr nursery mesti nangis.mmg die xsuke.yg sekolah baru ni die mmg suke sangat..bile anak2 happy pegi sek mak pun happy same kan

kayzie said...

kak yus: Aah la kak..tak sabar tgg ms tu :)
az: kat umah mmg tak penah sedia or bli jajan kak..tp tu la kan mmg budak2 suka sgt bnd yg kita larang..huhu
zura: senang hati kan?bgun pg pun tak ssh nk kejut, mmg lega sgt..huhu

tna said...

Alolooo sweetnye abg faris..bijak2 petah bercakap..qisya pn suke main block..tp dia pilih block yg kecik2 aj.huhuhu
Xsbr nk anta qisya g skool jugak.. abaikan ibu yg excited terlebeh.huhu

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang