Saturday, May 26, 2012

Detik Kelahiran Ayman Zafran- Part 3

Salam...

Thanks coz sudi mengikuti sambungan cerita telenovela nih..hehe..bersambung ke fasa kemuncak cerita iaitu di labour room..semoga terhibur..ahaks..

Selepas VE ke2 dan bukaan telah pun mencapai 6cm, maka ibu di persiapkan untuk di bawa ke labour room. Tapi kalau tak penuh bukan la KMC namanya..ahaks..kebetulan banyak lak baby yang memilih  tarikh 15.05 untuk di lahirkan, penuh semua (2 bilik je) labour room. So ibu di tempatkan sementara di bilik CTG kira-kira jam 11.30pg. Nurse  menyediakan segala kelengkapan bersalin di bilik tersebut, kena standby katanya. Dalam hati ibu, janganlah bersalin di bilik CTG memandangkan katilnya agak tak sesuai je rasanya. Alhamdulillah kira-kira pukul12 seorang bayi selamat di lahirkan, maka ibu di pindahkan ke labour room la pulak.

Kira-kira pukul 12.30tengahari, Doktor Suriati, doktor yang sama yang menyambut kelahiran Faris dulu, melakukan VE sekali lagi. Masih 6cm, so doktor putuskan untuk memecahkan air ketuban. Tepat jam 12.45 waktu tu. Terdetik dalam hati ibu, insyaALLAH akan bersalin tak lama lagi dan sangat yakin ibu dapat melahirkan secara normal pada kali ini..**positif tu penting kan??**

Jam berdetik..masa berlalu..ahaks..sehingga ke pukul 2petang bukaan tetap pada tahap yang sama iaitu 6cm. Kata nurse, kontraksi berubah menjadi perlahan daripada sebelumnya. Mungkin di sebabkan itu bukaan menjadi lambat. Ibu minta izin untuk turun dari katil 'saya nak berdiri'..tapi nurse tak izinkan..huhu..Alhamdulillah, sakit kali kedua ni sangat berbeza dengan sakit melahirkan Faris. Ibu kawal pernafasan mengikut tips yang di berikan seperti dalam entry ini >>> BERNAFAS , sekali sekala ayah bernafas bersama untuk mengingatkan ibu. Tiap kali datang kontraksi ibu akan tarik nafas paling dalam dan hembuskan secara perlahan melalui mulut. Ibu minta ayah cubit lengan ibu  untuk mengalih perhatian ibu bila ibu terasa sakit  terlalu kerap.  Ayah cubit sekuat hati, mungkin balas dendam sebab tangan ayah luka kesan dari cengkaman kuku ibu semasa menahan sakit..huhu..

Selepas air ketuban di pecahkan tadi, doktor pesan pada nurse yang menjaga ibu untuk berikan ibu gas entonox, tapi kata nurse 'cara awak kawal sakit bagus sangat, tak perlu la awak ambil gas'. So ibu ikutkan coz memang pada ibu, alhamdulillah ibu masih boleh terima tahap kesakitan tu..:)..Tapi bila VE pada pukul3 masih lagi 6cm, ibu putuskan untuk ambil gas coz pada ibu mungkin panjang lagi masa untuk melahirkan, so ibu perlukan sedikit rehat. Badan dah terasa sangat penat, dan tak dapat nak jangka bila akan melahirkan.

Masalah dengan gas ni, membuatkan ibu rasa serabut. Ibu lagi suka pegang tangan ayah daripada pegang  mask gas tu..haha..So ayah tolong pegangkan, pada peringkat awal sedut gas tu ibu rasa sangat mamai, ibu beritahu ayah sesuatu..tapi ayah leh lak gelak mungkin sebab tengok ibu terlalu 'lalok'..so ibu rasa gas tu tak sesuai untuk ibu. Beberapa kali sedut dan ibu tidak sedut sepanjang kontraksi coz risau kalau terus tertidur.

Pukul3.30 petang, bukaan bertambah kepada 7cm (sangat lama berbanding progres awal kan?) Kata nurse dinding rahim sebelah kanan ibu tak cukup lembut untuk membantu kepala bayi turun, di sebabkan itulah bukaan agak lambat. So nurse yang menjaga ibu minta ibu bertukar posisi kepada mengiring, tapi ibu kurang selesa so dia minta ibu cuba untuk duduk. Sebelum itu dia bertanya bila kali terakhir ibu membuang air kecil. Sebelum  masuk ke labour room jawapannya. Ingat lagi tips ni>>kosongkan pundi kencing. So selepas 'membuang', ibu cuba duduk. . 

Alhamdulillah selepas beberapa minit duduk, bukaan bertambah kepada 8cm. Selama ni orang selalu kata bila dah nak bersalin sangat kita akan terasa seperti nak membuang air besar..ohhh..masa mengalami tu terdetik dalam hati 'ohh..memang nak terberon..'..huhu..Pada tahap ni ibu rasa cam nak tergelak pun ada, hepi coz tahu akan melahirkan dan lawak coz ayah menjerit mengingatkan ibu jangan meneran. Paksa ibu bernafas bukan meneran..Rasanya hanya perempuan yang telah melahirkan faham perasaan ibu masa ni..haha..susah rupanya nak menahan daripada meneran kerana bukaan belum penuh (10cm).

Tepat jam 4petang, tiba-tiba nurse bersuara 'ok..kalau rasa nak meneran, awak terus teran je'. Ibu sempat tanya 'camne nak push kak?'. Tapi seyes, sejak dapat green light untuk push, kontraksi tiba-tiba hilang. Ibu langsung tak sakit. Nurse pandang ibu 'tak nk meneran ke?'..ibu jawab 'kena ada sakit kan baru meneran?saya tak sakit pun'. Nurse tu buat muka kompius dan tergelak..ibu pun rasa kompius kenapa takde rasa sakit, siap leh tersengih pandang ayah n nurse.. Entah berapa kali cuba meneran, seingat ibu, kali pertama datang sakit dan ibu cuba meneran adalah pada pukul 4.15 petang. Doktor datang tak lama selepas itu, doktor pun boleh termenung tengok rambut baby yang dah terkeluar, tapi ibu masih menunggu kontraksi..haha. Beberapa kali meneran sehingga pukul5 petang doktor bagi amaran 'baby tak boleh lama di sini, takut dia lemas, awak mesti teran sekuat hati kalau tidak doktor terpaksa bantu dengan vakum'..alamak ai..dengar vakum terus ibu kesat peluh. Tanpa pikir panjang, ibu cuba teran tuk kali terakhir, tanpa sakit dannnnnn...ohh surrender..memang tak mampu dah. So doktor decide tuk gunakan vakum. Dengan sekali gentle push..alhamdulillah adik keluar dengan selamat tepat jam 5.04petang. :) Tepat jam 5.15pm uri selamat di keluarkan dan proses menjahit di mulakan..ahaks..Jam 5.30 petang ibu di bawa ke wad dan setengah jam kemudian adik di bawa masuk. Perasaan yang paling indah untuk ibu apabila dapat menyusukan adik kali pertama, 1jam selepas adik melihat dunia.

Tenaga nak push memang di tahap '0', ibu kuatkan sebab perjuangan perlu di teruskan..ahaks. Coz masuk labour room dengan hanya bekalan roti dan milo yang di makan pada pukul 7pagi. Ingatkan sebelum tengahari selamat bersalin kan..rupanya sampai ke petang..haha. dan sepanjang di labour room ibu hanya minum air zamzam dan kurma sahaja. Walau apapun, ibu sangat bersyukur, ALLAH makbulkan hasrat ibu untuk merasai kesakitan yang arwah mak rasakan semasa melahirkan ibu. ALLAH makbulkan doa ibu untuk merasakan kesakitan sebenar melahirkan seorang hambaNYA. ALLAH tunaikan impian ibu  supaya ayah menyaksikan sendiri kelahiran anaknya. Dan yang paling penting, adik lahir dengan sihat dan selamat.

Alhamdulillah, walaupun prosesnya panjang ibu rasa ALLAH telah mempermudahkan untuk ibu hadapi dengan baik bersama ayah. Walaupun ayah pun penat, mengantuk dan luka tangannya akibat cengkaman tangan ibu, sokongan ayah sangat besar maknanya..**thanks abang..ima sayunk abang**.  Terima kasih juga untuk semua yang mendoakan terutamanya ahli keluarga kami dan mereka yang menjadi sumber inspirasi untuk ibu berjaya VBAC. Thanks juga untuk doktor dan nurse yang sangat supportive. Doktor sempat bertanya, 'camne pasni nak czar or normal?'..ibu jawab 'walaupun normal sakit, tapi takpela,saya nak normal..' :)

Pengalaman kali ini akan ibu gunakan untuk kelahiran seterusnya..ahaks..coz banyak moral of the story.. Bagi yang akan melahirkan tu, semoga ada tips yang dapat membantu. Kita usaha dan tawakal semoga ALLAH mempermudahkan setiap urusan kita..:)
 
Ini gambar terakhir ibu semasa Ayman Zafran masih di dalam (2hari sebelum kelahiran)..hehe..temankan abang bermain di taman bersama mummy.
 Dalam 'birth plan' ibu dan ayah..nak ambil gambar banyak2 semasa di hospital. Tetapi ayah lupa  tidak sempat untuk buat semua tu memandangkan fokus utama tangannya adalah untuk di 'pintal' ibu..huhu

 Gambar pertama ibu dan Ayman yang belum bernama pada waktu ini..huhu..kegemukan terserlah, kompom rindukan 'kegemukan' tu..huuhu..


Wassalam..

**tahniah kerana berjaya menghabiskan pembacaan di entry yg sangat panjang..hohoho

Friday, May 25, 2012

Detik Kelahiran Ayman Zafran- Part 2

 Salam...

Sampai di KMC hampir pukul10,ibu terus di minta ke bilik CTG. Pemeriksaan tahap kontraksi dan jantung bayi di jalankan. VE pada pukul10.30 pagi mendapati bukaan sebanyak 2cm. So kira-kira pukul10.50, ibu di tolak ke wad, KMC ni sentiasa la penuh, kami request tuk single room tapi takde so berkongsi bilik dengan sorang lagi bakal ibu. Tapi 'kawan sebilik' ibu ni belum sakit, ramai lak pelawatnya termasuk anak kecil lagi. Kawan sebilik ibu pun syok bersantai sambil berbaring. Ibu dan ayah hanya berdua, so sedikit sebanyak kemeriahan diorang tu membantu ibu untuk tidak terlalu memikirkan sakit..ok tipu..haha..Kompom la rasa serabut dengan orang keluar masuk. Ibu sebenarnya nak cuba tidur memandangkan tak cukup tidur, konon-konon nak kumpul sedikit tenaga tuk lahirkan baby nanti..tapi..harapan la kan..huhu..ibu cuma menumpang dengar perbualan diorang dan menikmati tangisan anak pelawat..hehe..tipu lagi..ibu sumbat telinga dengan earphone, dengarkan bacaan al quran dari iphone ibu. Sepanjang tu ibu berdiri, bersandar pada ayah atau almari sisi katil.

Alang-alang tak boleh nak tidur, ibu tetapkan untuk berdiri..erm..ingat entry nih >>posisi pelahiran?? berdiri akan membantu
#1 stimulate effective contraction
#2 use gravity to help baby's descent

 yupp memang sangat membantu..10minit berada di wad, nurse datang untuk membuat VE kali ke 2. Alhamdulillah bukaan dah 6cm. Subhanallah 4cm dalam 10minit untuk ibu sangat besar maknanya..ayat dari mulut nurse tu ibu sambut dengan rasa syukur dan air mata..pemeriksaan itu sangat membantu ibu, meyakinkan dan menguatkan lagi semangat ibu untuk mendapatkan peluang melahirkan secara normal pada kali ini. Lebih meyakinkan ibu kerana air ketuban belum pecah pada bukaan 6cm tersebut..refer entry ni VBAC

"alamak dik..dah 6cm?kena ke labour room ni..cepat awak ni, labour room penuh, tapi akak rasa macam awak dulu je yang akan beranak"..ayat nurse tu buat ibu hilang rasa sakit..seyes..haha..
**bersambung lagi..haha..jangan marah rr..ibu berpantang yang cuba mengupdate blog..camni la jadinya...semoga sudi menunggu..:)


Wednesday, May 23, 2012

Detik Kelahiran Ayman Zafran- Part 1

Selasa 15.05.2012

Malam tu, Faris dan ayah dah lena di ulit mimpi. Ibu pula seperti malam-malam sebelumnya susah nak lelapkan mata. Ibu menulis di diari ibu sehingga pukul1am lebih sebelum naik ke katil untuk cuba tidur. Kira-kira pukul 3.30 pagi ibu terjaga dari tidur untuk ke bilik air. Entah kenapa malam tu terasa lain, bangun ke bilik air dengan rasa sakit sedikit di perut. Sebenarnya sakit dan perut mengeras ni dah selalu ibu rasa sejak lebih seminggu lepas. So pada ibu, sakit itu akan hilang seperti biasa. Tapi selepas membuang air, sakit tadi semakin terasa. Ayah terjaga bila mendengar keluhan ibu. Seperti selalu, setiap kali ibu terasa sakit ayah akan panaskan tungku elektrik tuk legakan kesakitan ibu. 

Sebelum ini, ibu pernah rasa sakit berpanjangan selama 3jam kemudian sakit itu hilang begitu sahaja. Tapi pada malam itu, terdetik dalam hati ibu 'harap-harap ini sakit yang betul'. Dah tak sabar rasa nak bertemu dengan anak ibu..huhu. Ayah pantau sakit ibu, berulang kali dia beritahu sakit ini konsisten. Hampir 5 minit sekali. Oleh sebab masih awal pagi dan sakitnya belum kuat, ibu cuba rehatkan diri dengan berbaring dan cuba tidur. Tapi ibu langsung tak dapat nak lelapkan mata, ayah pula banyak kali tertidur sambil 'tungkukan' ibu. Sepanjang sakit, sekerap mungkin ibu ke tandas untuk membuang air. Itu tips yang ibu baca, mesti pastikan PUNDI KENCING SENTIASA KOSONG.

Pukul 6pagi ibu bangun untuk tunaikan solat subuh, risau kalau turun tanda sebelum sempat solat. Sebelum solat, ayah suruh ibu mandi dulu, MANDI AIR SUAM memang sangat membantu melegakan sakit walaupun sekejap. Selepas solat, niat ibu nak baca surah Mariam terpaksa di batalkan memandangkan sakit semakin kerap dan agak kuat. So ayah dan ibu turun untuk sarapan. Ayah berkali-kali tanya nak ke hospital atau tak. Ibu katakan 'tunggu turun tanda'..hehe..dalam hati nak tunggu turun darah atau pecah ketuban la konon. Sarapan kami pagi tu hanya segelas milo dan sebuku roti pada pukul 7.30pagi. Dari pukul 7pagi hingga 9pagi, ayah catatkan waktu kontraksi, dalam tempoh tu sakit dalam jarak 3-4 minit sekali. Ayah terus 'tungkukan' belakang badan ibu. Pukul 9pagi ibu menyerah, ajak ayah ke hospital. Ayah siapkan bekalan makanan termasuk air zamzam dan kurma untuk bekalan di labour room dan buat belah mulut anak ibu nanti. Masuk ke kereta, ibu cuba lelapkan mata sambil dengar bacaan Surah Mariam dan Surah Yusuf. Almaklumlah tak tidur semalaman, rasa mengantuk banget.



bersambung.....:)

WW : Assalamualaikum

 Assalamualaikum semua.....


Selasa
 24 Jamadil akhir 1433 / 15 Mei 2012
5.04pm
2.82kg

 1st day



Hari ke7
Ayman Zafran

dan sekarang...saya adalah ratu kepada 3 hero..:)
Alhamdulillah...


**banyak cerita yang bakal menyusul insyaALLAH..:)

Thursday, May 10, 2012

Posisi Semasa Pelahiran


Salam..

Waktu pregnant kan Faris tak de la beria amik tau or menggali ilmu tentang nak deliver ni kan..coz bajet sume orang merasa benda yang berlainan, so ibu just berpegang kepada 'wait n feel'..haha..rupanya, susah jugak nk melahirkan baby, dan banyak juga yang perlu kita tahu sebelum menyerah diri ke hospital..**dulu sibuk menggali ilmu sal penyusuan jerk..hehe..

Kali ni rajin lak mencari ilmu sal labor..Posisi semasa pelahiran, ubat tahan sakit, kesan induce, cara mengurangkan sakit kontraksi..banyak rupanya perkara yang boleh di pelajari (terasa cam dah sampai suku jalan tuk jadi doktor..haha). Of course implementation tu tak berapa pasti lagi, coz mungkin bila dah sakit semua ilmu berteraburan di udara..haha..sebab itulah pentingnya suami or pendamping semasa pelahiran..Kalau dalam babycentre siap di ajarnya supaya ada 'birth list'.. So peneman leh take over tuk buat keputusan bagi pihak ibu apabila di saat genting..hehe

ok..dah mengarut banyak..sebenarnya just nak share pic yang ibu dapat dari mr google..posisi semasa pelahiran yang boleh membantu mengurangkan rasa sakit kontraksi dan mepercepatkan proses pelahiran..insyaALLAH..semua posisi dalam pic ni menggalakkan kita untuk tidak berbaring



hah..yang mana pilihan korang..di galakkan untuk tidak berbaring k supaya graviti dapat membantu mempercepatkan pelahiran. Kalau menurut artikel dalam babycentre (kalau ibu yg tulis sesaja kompem org tak caya..haha), berbaring mengakibatkan proses pelahiran memakan masa yang lebih panjang, kurang efektif dan sakit..

Bagi ibu yang mengalami sakit belakang semasa kontraksi, itu kemungkinan kerana bayi berada dalam posisi posterior iaitu muka bayi mengadap ke perut ibu (sepatutnya muka bayi mengadap ke belakang badan ibu aka anterior), so posisi kneeling adalah yang terbaik supaya dapat mengubah posisi bayi dari posterior kepada anterior..

Semoga pic tuh membantu, dan rajinkan lah diri untuk google dengan lebih lanjut..hehe..atau google je babycentre.com.my..bukan sahaja untuk ibu yang bakal melahirkan, info tentang penjagaan anak pun ada k..adioss

Wassalam...

**masih tertunggu-tunggu surprise dari baby...:)

erkk..pesal post ibu nih duk dalam 1 perenggan ek???sorry korang..tabahkan hati membaca sementara saya mencari solusinya...

Wednesday, May 9, 2012

Fetal Movement Reduce | False Alarm @37w

Salam...

Update tentang pregnancy kali ni jarang betol..huhu..sekarang ibu dah memasuki fasa 38minggu..kurang dari 2 minggu lagi sampai lah ke tarikh due iaitu 21 Mei..

Alhamdulillah so far, baby dan ibu sihat..ada cerita yang ibu nak kongsikan..jom baca..

Khamis lepas (3 Mei 2012), adalah hari check up di Klinik Desa tempat ibu melakukan pemeriksaan biasa. Waktu pemeriksaan, nurse bertanya tentang rekod pergerakan baby. Ibu dengan yakinnya menjawab

ibu : baby gerak cukup 10x (9am - 9pm) cuma pergerakan dia cam dah berubah tak berapa aktif..gerak sikit-sikit jek dan lebih lambat dari biasa tuk cukupkan waktu gerakan ke 10
nurse : eh..sejak bila?
ibu : sejak 2-3 hari lepas..tapi normal kan?coz bb tetap gerak.(dah rasa cam gelabah skit)
nurse : mana boleh normal..nape tak pegi cek hosp?lepas ni terus ke GH saya nk awak buat ctg..

Kalau ikut pemahaman ibu, gerakan yang berkurang bila memasuki bulan akhir kehamilan itu adalah normal..coz pada ibu mungkin ruang untuk baby bergerak dah semakin sempit..tapi rupanya tetap perlu di pantau, coz ada juga kemungkinan lain seperti baby terbelit tali pusat..nauzubillah..

Nasib baiklah pagi tu ayah ada temankan ibu ke Klinik, so teruslah kami ke GH. Di GH CTG di jalankan lebih sejam. CTG baby agak kureng cantik (menurut kata nurse), banyak sleeping pattern dengan graf mendatar. Selepas sejam heart beat baby kembali stabil bersama contraction yang di kesan 10 minit sekali. Tapi ibu takde merasa sebarang kesakitan melainkan baby mengeras je. Akibatnya doktor amik keputusan untuk seluk (VE)..huhu

VE (Vaginal Examination) di lakukan, seperti yang ibu dah jangka, memang tiada bukaan. Tapi still doktor arahkan untuk warded. Kami minta transfer ke KMC kerana ayah tak nk ibu tinggal di ward GH tanpa dia, risau katanya kalau di takdirkan ibu nak bersalin..huhu..Lagipun doktor di GH pun siap leh cakap 'esok kalau semua ok, kita leh kasi bersalin la coz awak pun dah cukup bulan..daripada baby duk dalam kita tak tau apa jadi, lebih baik biar dia keluar'....oohh..alangkah indahnya kalau senang nak keluarkan tu..kompem la nak kena induce sebab ibu belum sakit..so definitely jawapan ibu 'TAK NAK!!

So berpindahlah kami ke KMC petang tu, di KMC sekali lagi kena buat CTG, resultnya sangat baik. Gerakan dan jantung baby memuaskan dan ibu minta dari doktor supaya tidak di warded..hehe..Doktor kasi peluang cuma kena ulang prosedur CTG untuk 2 hari..selamat...Alhamdulillah..




Cuma selepas check up di KMC, balik je ke rumah ibu mula rasakan contraction..pada peringkat awal sakit dapat rasa dalam jngka masa yang tetap dan semakin kerap, untuk 3jam pertama dari pukul 7pm - 10 pm, contraction berlaku sekerap 5 minit sekali. Subhanallah, sakit itu lah yang ibu rasakan selepas di induce untuk percepatkan bukaan semasa nak lahirkan Faris..rasa syukur tak masuk wad masa tu, coz dapat menikmati sakit di rumah dengan pelbagai aksi dan gaya tersendiri..huhu..Tapi selepas 3jam, contraction dah jadi tak menentu. Sehingga ke hari ni, masih lagi ibu dapat rasakan contraction sekali sekala. So pada ibu, mungkin apa yang ibu alami dari hari itu sampai ke hari ini adalah False Alarm. Cuma rasa sangat bersyukur dapat rasakan kesakitan ini berperingkat berbanding sakit kuat yang mengejut selepas di induce semasa hari kelahiran Faris..

Menurut nurse dan melalui beberapa pembacaan ibu, contraction awal (False Alarm) ini dapat kita bezakan dengan sakit waktu pelahiran sebenar melalui beberapa tanda

1. False alarm, kesakitan hanya di rasai pada bahagian bawah perut dan mungkin hingga ke pangkal peha. Manakala waktu pelahiran sebenar nanti sakitnya menyeluruh, meliputi bawah perut, bahagian perut, dan pinggang.

2. Bagi Kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Manakala False alarm jaraknya tidak tetap

Tanda-tanda lain bagi False Alarm:
1. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.
2. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.
3. Tiada pendarahan atau air ketuban tidak pecah



Moral of the story : Mencatatkan atau memantau waktu pergerakan baby IS A MUST...wajib k, terutama kalau di hari busy kita..So kita akan lebih alert dengan keadaan baby di dalam.

Semoga baby di pelihara dan di lindungi. dan semoga ibu dapat menghadapi hari kelahiran nanti dengan tenang..tak sabar nak jumpa baby..semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk kita sekeluarga..:)


**Thanks to cik kumbang kerana hadiahkan baby dengan 'hiasan' baru untuk rumah ibu ni..:)
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang