Wednesday, August 25, 2010

Resah Gelisah

Salam 15 Ramadhan untuk semua..Alhamdulillah dah 15 hari kita berpuasa, banyak tak top up amalan??Harap dah banyak topup amalan di samping sibuk menguruskan badan atau memikirkan juadah berbuka setiap hari k..

Entry kali ni lebih kepada tuk mengingatkan diri sendiri tentang kecuaian dan kelekaan ibu dalam menguruskan stok susu untuk Faris..Nak kata cabaran Ramadan rasanya tak sesuai coz resah gelisah ini datang akibat kecuaian diri sendiri. Alhamdulillah hasil untuk setiap kali pam sepanjang berpuasa tetap maintain malah ada hari-hari yang hasilnya lebih banyak dari bulan sebelumnya. Saat-saat 6bulan dah berlalu dengan jayanya (Alhamdulillah), ibu sangat2 berharap dapat meneruskan penyusuan sehingga 2tahun..

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Berbalik kepada tajuk entry tuh...stok susu untuk hari ini hanya tinggal 5oz..owhh..bila di pikirkan macam sukar n mustahil jek nak memenuhi keperluan Faris selepas ni kerana stok yang sangat berkurangan..Kadang-kadang terpikir mungkin terpaksa mengakhiri penyusuan setakat 6bulan..Nak menangis pun ada..sampai kan petang semalam ibu gantikan masa mengepam dengan tadarus bersama rakan pejabat coz hati ni sangat2 gelisah dengan stok yang tinggal..Hasil setiap kali pam sama tapi kenapa stok semakin kurang??ok..inilah part yang harus diingati sampai bila-bila, kalau pun takde rezeki tuk di teruskan sehingga 2 tahun untuk Faris, ini akan di jadikan rujukan untuk adik2 Faris nanti..

Semuanya salah ibu..cuai n leka..Ramadan di jadikan alasan untuk mengurangkan kekerapan mengepam..bulan biasa ibu pam 4kali, tapi hanya 2kali dalam bulan Ramadan ni..Bila kurang mengepam hasil untuk setiap hari tak dapat memenuhi keperluan Faris, so setiap hari ibu gunakan stok tanpa dapat gantikan semula stok yang di ambil..Lama kelamaan stok pun berkurangan..=(

InsyaALLAH belajar dari kesilapan itu, (walaupun baru 6bulan tapi katakan TIDAK untuk berhenti)..tak pernah pun terpikir tuk mula berikan susu lain..Malam tadi ibu bangun kul1 pagi tuk mengepam..Alhamdulillah walaupun ambil masa yang lama (sejam) tuk dapatkan 3oz (mungkin ke sebab perubahan waktu pam??).Kul1.30 susukan Faris sambil mengepam..dan sekali lagi selepas sahur tadi..Alhamdulillah sebelum pergi kerja tadi dapat tinggalkan 12oz tuk kegunaan Faris setakat tengah hari ini. Sangat-sangat kena beringat..walau apa pun jadi tak boleh kurangkan kekerapan mengepam..keperluan Faris tidak boleh di korbankan semata-mata untuk memenuhi keperluan ibu (bersenaang lenang tanpa mengepam)

inilah hasil mengepam selama 1jam pada 1 pagi..kira susu termahal setakat ini kerana mengambil masa yang sangat lama..walaubagaimanapun..ALHAMDULILLAH

Syukur ALLAH sentiasa permudahkan ibu, memberikan suami yang sangat supportive dan berikan kekuatan untuk ibu melawan stress..kerana dalam memastikan susu sentiasa maintain, stress la perkara pertama yang perlu di hindarkan..

Salam Ramadhan~~

2 comments:

alinalan said...

salam perkenalan sis. Alhamdulillah berjumpa lagi kenalan baru dlm perjalanan penyusuan susu ibu.

Kekerapan pump kene lebih sis esp bulan ramdhan nih. akak pun banyak terbabas waktu mengepam. tp mungki rutin pump sebelum nih ok so tak lari sangat... tapi sentiasa ingatkan diri nih spy jangan lalai...

sis pun boleh. Tahniah krn berjaya dlm penyusuan 6 bulan.. teruskan sis. u can do it!!!

kayzie said...

salam kak..thanks a lot..really appreciate komen akak..wat naik semangat saya..=)..tu la..awal2 dl kalut ngn anak sy n suami berjauhan, so sll terabai sesi pam..skrg dah sedar..harap blom terlambat..i'ALLAH buat apa saja tuk penuhi keperluan dia..

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang