Saturday, November 6, 2010

Lunch ayam kukus

ok puan-puan..selamat datang ke rancangan di dapur bersama ibu faris..ahaks..

hari ni sesaja gatal nak berkongsi resepi lunch kami sekeluarga..mana la tau leh di jadikan idea tuk diner korang or lunch esok kan?coz resepi yang sangat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama tuk di sediakan..

Bahan-Bahannya:

Ayam
Sos Tiram
Garam

Di kisar/ di tumbuk
Halia
Bawang putih
Serai

Caranya:
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas kemudian kukus aje (ibu kukus dalam periuk nasi Faris)..ibu n ayah makan dengan penuh selera nasi putih +ayam kukus + sup kosong (just letak celery n carrot)..Simple sesangat kerana ibu takde dapur..dah berapa hari kerja memasak (tanpa penggunaan api k) di buat di ruang tamu coz dapur sedang di kerjakan oleh si tukang..

errr..gambar yang tak memenuhi 'eyes eat first' (tapi ibu kental nak letak gak..hiks) coz 'dad eat first'..huhu..tak sempat nak snap ayah dah mencubit..u can do it better than this..chaiyukkk..adios

Thursday, November 4, 2010

Campak ke?

my lil precious demam panas..hari ni dah masuk hari ke3. Faris stat tnjuk simptom demam pada malam selasa (2 nov)..next day suhu badan Faris 38+,so afyer balik kerja terus ibu n ayah bw faris ke klinik..but malam tu suhu makin meningkat lak..malam semalam suhu naik smpai 39..Sian anak ibu taknak tdo,kepala panas sgt so ayah sll basahkan kepala Faris..sangkaan awal kami FAris demam nak tumbuh gg..di sebabkan semalam suhu still tinggi (39++), kami bw faris jmp pakar di KMC pulak..(isau pny pasal)..doc kasi antibiotik tuk pantau selama 2 hari..so esk if suhu still sama kena wat blood test..sembuh cepat k sayunk..anak ibu ni masa tampal cool fever atas dahi pun nangis cam sakit,tak sanggup rasa kalau tgk Faris di cucuk. Pas mandi tadi,atuk perasan ada bntik merah di paha n badan FAris..ermm ni yang ibu kompius..adakah??

Monday, November 1, 2010

Kerana Sayang

1 November..catat sejarah pulak untuk ibu tahun ini..kenapa tiap kali marah mesti termenangis eh?tak suke..tak suke..tak suke..lagi-lagi bila termenangis di hadapan mereka-mereka yang di marahi..so apa  yang akan mereka pikir eh?menunjukkan kelemahan diri sendiri?menagih simpati?sebak?camne lah kalau nak marah Faris nanti eh?anak ibu baikkan?jangan buat ibu marah k..

Kenapa ibu marah-marah?Marah sape?nak tau...


Go to fullsize image
::takde la sampai macam ni k..::

huhuhu..marahkan students tersayang..kalau dah sayang sure la bukan marah saja-saja..student zaman sekarang, langsung tak sama dengan student masa ibu belajar dulu (bunyi cam dah lama sangat la pulak zaman ibu belajar kan?..huhu). Semuanya tunggu di suap..nganga jek mulut..cikgu takde tak boleh buat..angin satu kepala bila assignment yang di tinggalkan untuk di siapkan lebih 2 minggu lepas tak siap..apa yang buat ibu panas, minggu lepas dah pesan ala-ala ugutan

'kalau tak hantar tugasan saya, saya tak masuk kelas minggu depan..korang belajar sendiri!!'
~dengan harapan semua hantar lah..tapi kuciwa, sebelum ke kelas pagi ni, hanya ada 6 assignment je daripada total 27 org pelajar..tak sampai suku pun yang hantar tuh)..huh..~

lepas sebakul membebel..tanya sorang2 mana la tau semua demam kura-kura or ada alasan yang boleh cairkan hati ibu ni..tapi malangnya memang semuanya disebabkan penyakit yang sama



sakit MALAS


camne tak tercabar kesabaran ibu coz ini bukan kali pertama..ibu tak suka marah diorang, tak pernah pun marah tak bersebab..tapi kalau perangai macam ni yang di bawa, macam mana nak teruskan ke peringkat lebih tinggi or camne mereka nak bekerja?Habis membebel terus tutup muka dengan fail (sorok sebab termenangis)..nasib baik cepat cool n teruskan dengan sesi mengajar..mana yang tak buat, di ARAHKAN untuk siapkan even dengan tulis tangan..

salah ke ibu marah?

apa-apa pun marah bukan tujuan utama, tapi nak menyatakan kekecewaan terhadap perangai yang mereka tunjukkan, semuanya sebaya dengan adik-adik ibu di rumah, so mengajar diorang sama cam harapan ibu tuk tengok adik-adik berjaya..mungkin coz selama ini terlalu banyak bergelak tawa dengan diorang dan ini hasilnya..

tapi sebelum tamat kelas...diorang datang bersalaman macam biasa n minta maaf..so dah boleh senyum walaupun masih lagi ku keciwa..












Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang