Tuesday, June 5, 2018

Kisah kelahiran ke4 - Aisy Zulaikha, puteri pertama

16 Februari 2018 (Jumaat)
Kuantan ke Chenor
Hari paling best bermula dengan offer dari ayah untuk bawa ibu pergi lunch di restoren ikan sungai feveret ibu. Dapat semangkuk gulai lemak kepala kerai, makan memang sampai puas hati. Lepas makan, kami singgah Chenor melawat atuk n nenek Saudah yang tak berapa sihat (al Fatihah untuk nenek yang telah pergi meninggalkan kita pada 7Mei 2018). Mujur ibu & ayah datang sehelai sepinggang, memang tak plan nak tidur Chenor so pukul 4pm bertolak balik Kuantan semula.

Permulaan surge
Sepanjang perjalanan ke Kuantan tiba-tiba start sakit selang 5minit. Ibu sengih-sengih je sebab dah terbiasa kena main dengan baby. Tapi ayah nampak macam panik, ayah call nenek Hasnah minta datang rumah untuk jaga fahim (abg2 memang dah ada di rumah nenek sejak semalam sempena cuti CNY) in case ibu nak ke hospital. Ibu maklum pada ayah tak perlu lagi. Tunggu sakit kuat or turun tanda.

Tiba di rumah
So sampai rumah kami buat persiapan akhir kalau-kalau malam tu adalah malam pilihan untuk baby lahir. Ibu & ayah kemaskan bilik baby, beg baju untuk ke hospital. Ibu kemas rumah dan bila ayah tengok ibu steady je basuh dan jemur baju ayah tanya dah tak sakit ke? "Aah, hilang dah rasa sakit".. memang waktu tu (pukul6pm) dah hilang sakitnya..haha

Bersiap untuk solat dan keluar makan
Pukul 7pm lebih waktu ibu nak mandi dan solat maghrib sakit datang semula. Tapi tak konsisten,bukan 5minit sekali. Ibu melayan fahim yang meragam gila2 malam tu. Buat perangai habis,terdetik dalam hati "ni macam tau je hari terakhir dia jadi bongsu ni" . Sepanjang  dinner, sakit kembali 1-2minit tuk selang 5minit sekali. So kami decide untuk tidur awal, rehatkan diri. 

Turun tanda
Ibu dapat tidur lena dalam 2jam (10.30 -12++ mlm) sebelum kerap terjaga. Sakit tak kuat pun tapi non stop dah. Ibu nak bangun ke tandas, ayah terjaga. Waktu ke tandas check ada lendir + darah keluar. Bila bagitahu ayah, macam biasa la..ayah nampak je cool tapi bab camni dia cepat panik. Nampak muka dia berubah, "jom hospital!!" Ibu tanya kena pergi ke?boleh tahan lagi sakit ni. Dalam hati teringat history kelahiran faris 'ketuban darah'.  Ayah ajak pergi, "bimbang baby tu" katanya. Ok laaaa..ikutkan je..


17 Februari 2018
Check-in Hospital
Sampai hospital dalam jam 2am. Terus kena CTG n check jalan. Still boleh bertahan so dah boleh agak berapa bukaan. Doktor cek bagitau baru nak masuk 2cm. Tapi pintu rahim dah lembut so doc jangka akan cepat, so check in wad tak boleh balik dah. Anak ke4 kot.

Lamanya masa di wad
Maybe sebab dah kena VE sakit jadi makin kuat. Ayah suruh ibu cuba tidur dulu tapi ibu memang tak berkenan nak baring, makin sakit bila berbaring. So ibu just berdiri peluk ayah setiap kali datang surge, berjalan sekali sekala. Menyesal tak bawa gym ball ke hospital!! Ibu tak boleh nak duduk atau baring coz bukan sahaja rasa tak boleh control sakit tapi ibu akan menggigil kesejukan dalam posisi tu. So memang maintain berdiri. Kadang -kadang rasa badan lemah sangat-sangat sebab tak tidur tapi mujur ada ayah sentiasa ingatkan ibu untuk control nafas, bagi oksigen kat baby dan bagi kata-kata semangat 'ibu kuat, ibu boleh'. Masa ni baru teringat, ibu tak bawa makanan lain selain kurma dan air zamzam.

LR yang mengerikan
3am hingga 5.30am dalam wad. Memang darah banyak keluar, ayah dah berapa kali tanya ibu, "nak panggil nurse tak?" Ibu malas nak kena ve lg. Risau kalau down bila tau bukaan..hahah..Tapi pukul 5.40 ibu mengalah, nurse datang check jalan n bawa ke LR terus. Nurse cek kata dah 7cm. Doctor check di LR baru 5cm, jam menunjukkan pukul 6.15pagi doctor terus pecahkan ketuban tanpa maklum pun. Frust sikit tapi bila doktor kata ketuban dah ada taik maksudnya baby dah berak dalam perut terus panik.

Terus doctor tanya, "macam mana?nak operate tak?"haishhhh..

Ibu pandang ayah, ayah pandang doctor tanya risiko n option. Ibu sempat tanya berapa lama doktor boleh tunggu bila doktor kata bimbang dengan heart beat baby.  Maksud ibu tunggu jangkaan untuk ibu full dialated. Doktor kata boleh tunggu tapi tatau cepat or lambat n keadaan jantung baby membimbangkan. Ayah bagi keputusan setuju operate ayah bagitau ibu jantung baby turun setiap kali ada contraction. Ibu sign persetujuan OT dengan low chance of live. Sedih bukan kepalang masa tu. Zikir dan doa tak berhenti minta bantuan Allah.

Detik Kelahiran
 Alhamdulillah, dalam waktu menunggu persiapan untuk OT,  datang surge yang kuat sampai ibu rasa nak push. Bila doktor tengok muka ibu menahan diri daripada push terus doktor cek jalan sekali lagi, "8cm tapi kalau awak nak cuba push kena push dengan kuat dan betul-betul or else baby akan bertambah stress dan lemas" kata doktor. Dengan bantuan doktor dan of course perancangan Allah, 3x push baby girl ibu selamat melihat dunia pada jam 6.43 pagi. Ayah menangis bila tengok baby keluar. Tali pusat melilit leher baby, so doktor bagitau itulah yang menjadi punca baby berak dalam perut, dia stress sebab terlilit tali pusat.

Sejam dalam LR, masa paling singkat berbanding masa lahirkan abang2, tapi sejam yang paling mencemaskan, mendebarkan dan menyesakkan dada.

Alhamdulillah..sakit memang tak lama..memang tak sekuat mana..dengan sokongan daripada ayah yang sentiasa ingatkan ibu untuk bernafas dengan betul. Waktu ibu hampir hilang kawalan, ayah sempat buat lawak ajak ibu berjoget. Sepanjang sakit memang ibu selesa berpaut pada ayah, bernafas pun sambil cium bau ayah..haha..sebab itu bau dan tempat paling selesa untuk tenangkan ibu.

Malam tu kami sama-sama tak tidur demi kelahiranmu tuan puteri. Alhamdulillah.



Aisy Zulaikha Binti Mohd Fakhrurazi
17 Februari 2018
Sabtu
6.43am 
2.43kg
Kuantan Medical Centre
 

Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang