Monday, February 27, 2017

Persiapan Persekolahan Faris Amsyar Tahun 1

Assalamualaikum..

2017..tahun pertama buat abang Faris Amsyar menjejakkan kaki ke alam persekolahan..

Jadi banyaklah 1st time untuk ibu dan abang faris. Ibu nak share cerita abang sebagai rujukan ibu juga pada masa akan datang.

Antara persiapan untuk abang...


Alat Tulis
Semua peralatan persekolahan boleh di beli mengikut kemampuan masing-masing. Untuk abang Faris, semua alat tulis ibu pakai yang mana ada di rumah. Waktu di LIL Caliph banyak dapat hadiah berbentuk alat tulis dari teacher dan goodies dari kawan-kawan yang sambut birthday. So jimat di situ..hehe. Hari pertama ibu siapkan pensil dia, bila balik betapa terkejutnya tengok pensil yang dia bawa size nya tinggal separuh dari ketinggian sebenar..haha..alasan dia, dia sharp pensil tu tapi tak tajam-tajam..apa-apa la nak.. Make sure tandakan semua alat tulis untuk elakkan tertukar, takut nanti jadi bahan berebut sesama mereka pula kan.

Beg
Sebenarnya kesian pada abang Faris yang kecik molek nak bawa beg sekolah. Membayangkan banyak buku yang perlu di bawa buat ibu dan ayah ambil masa paling lama untuk decide beg sekolah yang perlu di beli. Samaada beroda atau tidak, jenis fabrik yang tahan lasak, dan size beg perlu di teliti juga. At last, kami belikan beg beroda tapi coz kelas abang di tingkat bawah, kalau tingkat atas mungkin kurang sesuai. 

Pakaian
Pakaian sekolah untuk mengelakkan ibu stress, ibu sediakan 4 pasang tuk 4 hari persekolahan, (1 hari tuk ko-ko). Jadi sebagai persiapannya, ibu-ibu, bapak-bapak silalah iron baju anak-anak di hujung minggu. Waktu malam persekolahan bolehlah di gunakan dengan baik sebagai masa untuk memantau kerja rumah anak-anak 

Buku Sekolah


Siapa buat macam ni?kita geng..senang..label macam ni banyak membantu tau..caranya:
1. Labelkan 1 stiker warna untuk setiap hari pada jadual waktu
2. Labelkan stiker warna pada setiap buku mengikut warna hari dalam jadual waktu tersebut.

Jadi, setiap malam susun buku mengikut warna di tepi buku sahaja..easy kan? Untuk buku, ibu tempah sticker nama dan kelas, so just tepek je pada setiap buku-buku dan barang peribadi abang


 Homework

Jangan lupa ajarkan anak-anak bahawa 'homework' tidak semestinya di buat di rumah. Beritahu mereka, waktu cikgu tiada dalam kelas pun boleh digunakan untuk menyiapkan 'kerja rumah'. Sejak ajarkan macam tu kepada abang Faris, selalu balik rumah dengan muka gembira "abang dah siapkan kerja masa rehat tadi..abang boleh tengok tv kan ibu?"


owhh..memang terasa struggle tengok life dia sejak masuk sekolah..ibu pun penat tengok. Tapi abang tetap semangat. Semangat pulak join macam-macam kelab. Isnin hingga Khamis selain kelas mengaji dia join Kelab Taekwando dan memanah. Latest dia ada bagi tau nak join kelab chess pulak. As long as abang rasa abang mampu..ibu ikutkan aje.

Ni gambar kelas abang Faris..ibu snap masa 1st day school. Amazingly, tiada seorang pun pelajar darjah 1 ni yang menangis tau. Beza amat dengan zaman ibu bersekolah dulu..hihihih..





Jadual makan abang di sekolah, waktu rehat makan bekal dari rumah, waktu makan tengahari makan beramai-ramai dalam dulang.

Ibu doakan abang Faris jadi anak yang soleh dan bijak!!



Thursday, February 2, 2017

Hero 3

hai

hai

hai

lama sangat hilang..tepek gambar hero-hero je sebagai pembuka kata 2017..ahaks..




Fahim Ammar dah pandai buat peace tapi kisah kelahiran dia masih dalam draft..ok bai..haha
Related Posts with Thumbnails
 

Copyright © 2012 Reserved to Kayzie
Design by Cik Kumbang